Kaedah Tuaian Pokok Gaharu

Labels: , ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Semoga dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Doakan saya juga sihat-sihat juga. Boleh buat kerja dengan semangat dan juga boleh update blog selalu. Hehe. Memang 2,3 minggu ni fokus kerja di kilang Teh sahaja. Banyak betul kerja. Tu belum masuk lagi dengan kerja-kerja site yang tertangguh. Ok jom berbalik kepada topik asal sebelum saya melalut entah apa2. 

Bagaimanakah kaedah tuaian Pokok Gaharu yang akan dilakukan?

Persoalan ini sebenarnya juga sangat menganggu fikiran saya. Bagaimana ingin menyusun kaedah tuaian yang bersesuaian apabila kita menuai pokok gaharu kelak. Kaedah pembayaran yang akan dilakukan. Setakat ambil daripada kebun sendiri mungkin tidak menjadi masalah. Tetapi apabila pokok yang dituai daripada kebun orang lain. Bagaimanakah kaedah marking pokok yang bersesuaian sebelum dinilai dan pembayaran dilakukan. Hmmm...agak mencabar saya rasa.


Jika sasaran utama bagi penanam ialah menghasilkan teras, pastilah teras perlu dibersihkan dahulu sebelum ia boleh dinilai. Seperti yang kita sedia maklum proses membersihkan teras ini juga bukan sesuatu yang mudah dan cepat selesai. Ia mengambil masa. Adakah pemilik pokok akan bersabar dan percaya kepada pengusaha? Sejauh mana kejujuran pengusaha dalam menyelesaikan tugasan-tugasan membersihkan teras ini. Hmmm...



Gambar di atas gambar dari kawan saya di Thailand. Nampaknya saya pun kena tanya beliau lebih lanjut bagaimana kaedah yang beliau gunakan ketika menuai gaharu. Adakah bayar secara pukal tanpa melihat hasilnya dahulu? Atau bayar setelah tugasan membersihkan gaharu selesai. Tolak bayaran carving gaharu dan bayar selebihnya kepada pemilik pokok.

Jika sasaran utama adalah menjual sebagai kayu minyak adakah proses menimbang dilakukan ketika pokok masih basah atau kering? Berapakah tempoh yang bersesuaian. Saya sedang buat SOP bagi proses penuaian ini bagi memudahkan syarikat beroperasi dimasa akan datang. Nampaknya tempoh tuaian sudah semakin hampir. Masih banyak kekeliruan yang belum terungkai. Moga Allah berikan ilham agar saya dapat menyelesaikan semua kekusutan ini sebelum masanya tiba. InshaAllah, saya yakin pasti ada cara yang terbaik bagi memastikan semua pihak berpuas hati. Jika ada cadangan-cadangan sila ajukan diruangan komen.

Cadangan Saya :-

Tuaian Teras

1) Pengusaha akan ke site untuk marking pokok yang akan dituai. Sambil tu check dahulu adakah betul gaharu telah terbentuk di dalam pokok yang telah di tanda. Pokok ditanda menggunakan kod tertentu bagi memudahkan pihak pengusaha memahami kod tersebut. Atau boleh marking secara random dan kemudian masukkan kod ke dalam sistem komputer. Contoh marking No.1, kod pokok ialah PRK2230001

PRK : Perak
223 : Kod Client (Pemilik Pokok)
0001 : No pokok

Jika kita dapat masukkan koordinat pokok sekali adalah lebih baik. Maklumat-maklumat lain juga perlu diambil ketika proses marking dilakukan seperti diamater pokok, ketinggian pokok dan juga spesis. Ini bagi memudahkan proses rujukan di masa akan datang.

2) Setelah pokok dimarking, tebang pokok mengikut saiz tertentu dan tandakan PRK2230001-T1 (merujuk kepada tual 1 pokok no 1). Jumlah tual bergantung kepada ketinggian pokok.

3) Setelah pokok ditanda, masukkan pokok ke dalam lori untuk dihantar ke tempat pembersihan gaharu. Kayu akan diturunkan ke dalam gudang sebelum tiba masanya ia di bersihkan. Selalunya kayu di biarkan kering supaya lebih mudah mengasingkan bahagian putih dan hitam teras gaharu.


Persoalannya, adakah pemilik pokok percaya kepada pengusaha? Berapakah tempoh yang perlu mereka tunggu lagi untuk menikmati hasil gaharu tersebut?

Tuaian Kayu Minyak

Jika tujuan kita menanam pokok gaharu adalah bagi mendapatkan kayu minyak mungkin ia tak sekomplikated teras kerana melibatkan proses carving. Mungkin ia lebih mudah kerana pokok ditebang, dihantar ke kilang, di timbang dan dinilai, seterusnya proses pembayaran sudah boleh dilakukan.

InshaAllah, kita pasti akan dapat membangunkan SOP yang bersesuaian sebelum tempoh tuaian berlaku. Bantulah hambamu ini Ya Allah. Berikan kami petunjuk.

A moment to remember :)

Puan Aminah Saad

Comments (0)

Post a Comment