Channel Pasaran Gaharu

Labels: , ,

Assalamualaikum dan Selamat pagi semua,

Rindunya nak update blog. Rindu nak menulis. Rindu nak bercerita. Husband cakap saya ni kaki cerita. Ada je benda yang nak diceritakan. Tapi kalau dah sebulan tak update blog, itu tandanya apa? Mungkin sbb saya pemalas atau memang tiada idea nak tulis. Sekarang pun memang jarang sangat update apa-apa di social network. Konon nak jadikan hidup ni lebih exclusive la kan, dulu setiap detik kalau boleh nak update di facebook. So sekarang dengan kesibukan, jadikan alasan hidup lebih exclusive untuk tak selalu update. Haha. Tapi blog ni memang tak boleh tinggal. Its my life journey diary. Lagipun sekarang ini kebanyakkan masa saya ialah di Sungkai. Memang jarang-jarang sangat dah keluar. So saya rasa tak ada apa sangat yang saya nak update. Serius saya sangatlah rindu untuk start travel again.


I miss to travel again :)

Sejak kebanyakkan masa saya di kampung, rupanya telah ramai sangat yang menanam gaharu di sekitar kawasan kampung dan kawasan berhampiran dengan kampung saya ini. Ramai yang mula datang ke GLR Trolak untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan apa seterusnya yang boleh mereka lakukan. Mereka rasa "lost", hilang punca dan tak tahu kemana harus di tuju. Menjadi salah satu syarikat yang sedang berada dalam industri ini menyedarkan saya tentang tanggungjawap saya kepada orang-orang disekitar saya ini. Dan tekanan semakin tinggi, saya rasa seolah-olah semua tanggungjawap itu terletak di bahu saya sendiri. Seolah-olah saya yang memulakan semua ini. Tetapi saya tak salahkan siapa-siapa pun. Let just plan to move forward and dont look back. Dari fikir sapa yang perlu bertanggungjawap (which is none) lebih baik kita buat langkah penyelesaian. 

" Pakcik dah tanam sepuluh tahun lepas tapi tak tahu nak buat apa? Sampai bila nak tunggu"

It's sad but true. Memang banyak sangat terjadi. Bukan satu tapi terlalu ramai yang menghadapi masalah ini. Sebagai player-player gaharu jom kita sama-sama fikir untuk membantu mereka-mereka ini untuk menyelesaikan permasalahan yang telah menjadi satu trauma dan barah yang semakin parah. Dan menyebabkan bakal-bakal penanam berfikir 808 kali untuk menanam atau tidak. Industri ini tidak salah pun, mungkin kita dipertemukan dengan orang yang salah. Orang yang mengambil kesempatan. Akhirnya kita rasa lost dan terduduk. 


Menanam dan terus menanam adalah sangat penting. Jika anda anda dan anda tidak menanam, akhirnya industri gaharu akan collapse. Kalau yang dah ada tanah dan tidak diusahakan, saya cadangkan untuk anda menanam. Yes, tanam dari sekarang. Follow syarikat yang aktif dan boleh dipercayai, inshaAllah anda akan nampak arah tuju dengan lebih jelas. Dan sentiasa tambah ilmu dalam bidang ini. Dan jangan hadkan diri anda berfikir untuk gaharu sahaja, cari sumber-sumber lain juga. Jangan obses sangat. Macam dikebun GLR, gabungkan dengan kelapa matak dan kelulut sekali. Alhamdulilah sinergi yang baik.Hasil kelapa dan madu pun sudah mula dituai. InshaAllah, tanah yang diusahakan akan sangat berbaloi. Berbudi kepada tanah pasti ada hasilnya. Kepada yang sangat suka bercucuk tanam, boleh usahakan secara integrasi. Sesuai kepada yang ingin menceburi diri secara full time. Tetapi jika ada tidak mempunyai terlalu banyak masa dikebun, pemantauan hujung minggu dikebun gaharu anda sudah memadai. Atau sekadar 50 pokok di sekitar rumah juga sudah pasti akan lebih berbaloi, selain menjadikan anda bertambah sihat di hujung minggu. 

Rumah lebah kelulut

Kelulut Honey 100% Lestary Brand. Harga RM 65 (250ml)


Kalau akhirnya tiada pasaran bagaimana?

Pasaran memang sentiasa ada. Serius. Bukan nak kelentong. Bukan nak auta. Bukan kerana tiada pasaran menyebabkan gaharu kita tidak terjual. Banyak sebab lain. Cuba kita lihat kepada industri lain. Ada orang yang menanam cili tetapi tidak dapat menjual. Sedangkan ada juga yang menanam cili tetapi dapat menjual walaupun berpuluh puluh tan sampaikan tidak mencukupi. Adakah cili kita tidak terjual kerana tiada pasaran?? Jawapannya tidak. Kerana kita tidak mempunyai channel pasaran yang betul. Dan jika kita mempunyai channel pasaran yang betul, adakah kita mampu membekalkan jumlah yang mereka kehendaki? Exporter/Importer ini pasti mempunyai volume tertentu supaya transaksi dapat dijalankan. Walaupun cili dan gaharu adalah dua entiti yang sangat berbeza, point utama yang ingin saya sampaikan disini ialah bukan kerana tiada pasaran gaharu kita tidak terjual. 


Kalau begitu, macam mana kita nak pastikan kita mendapat channel pasaran yang betul ? Orang-orang Gaharu ini cakap je pandai sedangkan apa pun tak de...

Ok, sejujurnya membina channel pasaran yang betul bukanlah mudah. Perlukan perancangan yang tersusun dan rapi. Tak boleh kita bergerak sendiri. Kita perlu berada dalam pasukan yang kuat disokong oleh pelbagai agensi. Rasanya banyak kali saya sentuh bab kerjasama ni. Kalau kita masih di dalam Malaysia, jangan risaulah antara kita bukan pesaing langsung. Tak perlu nak tikam dari belakang. Tak perlu nak menipu. The market is too big and never last. Industri gaharu di Malaysia ini masih baru n kecil, sekali kita buat taik, sekejap je orang lain dah boleh tahu. Dan tak perlu mendabik dada kitalah hero dalam industri ini kerana kita tidak tahu usaha yang dilakukan oleh orang lain. Jangan memandang rendah pada orang lain.Tak update di facebook/blog tak semestinya tiada progress kn?? --> Puan Aminah buat alasan tak aktif facebook sebab nak hidup lebih exclusive kononnya. Haha. 


Ok, Selamat Maju Kaya :)

Exclusively By,
Aminah Saad

Comments (3)

Puan, kalau bela kelulut dlm kaw perumahan yg ada 2 btg pokok buah yg agak besar (ketinggian antara 15-20 kaki), agak2 boleh dapat hasil madu tak? Tkasih.

Suka sngt nak tau pasal gaharu.....hehehe..

Suka sngt nak tau pasal gaharu.....hehehe..

Post a Comment