Pasaran Gaharu memang bukan perkara yang mudah dan di anggap remeh. Sejak akhir-akhir ini, banyak berita-berita yang kurang menyenangkan di dengar. Ada yang kata hanya spesis A yang laku dan spesis lain tidak. Ada yang kata pasaran sudah tepu dan harga akan merudum jatuh. Macam-macam kisah di dengar. Yang nyata ramai yang menangis dalam diam. Hati gundah gulana. Duit sudah banyak di laburkan mana mungkin pengakhirannya begini. Semakin banyak orang yang kita jumpa, hati semakin tidak keruan. Mengaku sajalah sebab saya sendiri pun kadang-kala rasa begitu. Haha.
Sedikit sebanyak emosi saya juga terganggu dengan pelbagai soalan-soalan yang diajukan. Nampak je cool namun begitu, otak terus berfikir dan berfikir mencari kaedah penyelesaian yang terbaik. Jawapan yang menenangkan hati. Selepas pulang dari China pada bulan lepas, saya amat yakin bahawa pasaran gaharu ini masih sangat besar. Jika hendak di bandingkan jumlah tanaman gaharu di China dan Malaysia dari segi jumlah memang kita sangatlah ke belakang. Mereka menanam bersungguh-sungguh. Dan kebanyakkan spesis yang mereka tanam ialah Aquilaria sinensis kerana itulah spesis tempatan bagi Negara mereka.
"Jika di China mereka menanam Aquilaria sinensis, nanti pastilah harga bagi chip/minyak sinensis akan jatuh apabila Negara China mula mengeluarkan secara besar-besaran" - Penanam Sinensis
Jawapan : Janganlah terlalu cepat berputus asa. Tanaman gaharu ini mengambil masa sebelum dituai. Perlu disuntik. Perlu di racik dan beberapa proses lagi yang perlu dilalui. Jika kita mengambil tindakan yang lebih pantas, pokok kita akan lebih cepat dituai dan dijual berbanding hasil daripada China. Fast Action, Fast Result. Bagi saya penanam Gaharu spesis ini mestilah ambil tindakan yang segera. Pilih jenis inokulan yang bersesuaian, suntik, tuai (chip/minyak). Jika tunggu-tunggu lagi mungkin anda perlu bersaing dengan pengeluaran besar-besaran daripada Negara China. Saya jangkakan pengeluaran besar-besaran dari Negara China akan berlaku bermula pada tahun 2017.
"Alamak pokok saya baru berusia 2 tahun, tak kan nak suntik sekarang?" - Penanam Sinensis 2 tahun
Jawapan : Anda janganlah terlalu risau dan kecewa. Bagi pandangan peribadi saya, masih ada perbezaan bagi hasil yang dikeluarkan oleh Negara China dan Malaysia walaupun jenis spesis adalah sama. Iklim dan persekitaran yang berbeza menghasilkan chip/minyak yang berbeza. Saya yakin setiap satunya membuat segmen pasaran yang tersendiri. Bina kelebihan tersendiri bagi produk kita, InshaAllah ada pasaran yang menanti. Jangan sekadar bergantung kepada pasaran tradisional, saya melihat dalam kontek yang lebih luas. Banyak pasaran-pasaran baru yang akan muncul dengan penghasilan gaharu secara lebih konsisten. Kadang-kala kita terlalu terikat dengan pasaran tradisional menjadikan kita terlalu mengikut corak pasaran tersebut. Berfikirlah di luar kotak, anda akan menemui jawapannya.
"Apakah spesis yang paling bagus untuk ditanam? Yang harganya paling mahal bila waktu menuai nanti?"
Jawapan : Setiap spesis ada kelebihan tersendiri. Seperti yang saya katakan sebelum ini, jangan terlalu limitkan diri anda untuk berfikir secara pasaran tradisional. Come on, cuba fikir secara lebih terbuka. Hadiri program-program untuk membuka fikiran anda. Berfikir secara kretif dan kritis. Pelik saya dengan orang yang kerjanya mengutuk program orang lain, jika tidak dapat hadir atau rasa jelik untuk hadir lebih baik duduk diam-diam. Ilmu ini terlalu luas, jika kita rasa kita sudah tahu semuanya mungkin ada orang lain yang masih dahagakan ilmu-ilmu baru. Saya sendiri jika diberi kesempatan masa dan kewangan, mahu hadiri semua program-program berkaitan gaharu yang dianjurkan. Mahu meneroka ke setiap pelosok Negeri untuk mencari lebih banyak ilmu.
Saya akui walau berkali-kali hadir pada program yang sama, setiap kali itulah saya akan dapat idea-idea baru. Akan dapat ilmu baru. Kadang kala hanya satu perkara je yang betul2 memberi kesan kepada saya dalam sesuatu program tersebut tetapi kesannya sangatlah bagus. Alhamdulilah saya enjoy cara begini. Jadi janganlah pelik kalau asyik-asyik muka saya yang muncul di program-program gaharu ini.
Jika anda belum menanam maka pilihkan spesis yang anda rasa sesuai dengan objektif anda menanam pokok gaharu tersebut. Jika anda dapat bekerjasama dengan mana-mana syarikat yang akan membeli semula hasil daripada perladangan anda kelak ia adalah lebih baik. Seorang sahabat saya berkata " Waktu hendak promote menanam orang hanya cerita yang best-best, tetapi bila dah menanam baru lah rasa sakit pening memikirkan macam-macam" Haha. True indeed.
Jadi saya bagitau sedikit selepas menanam, anda perlu juga fikir macam mana hendak menjaga sakit pening pokok gaharu ni, selepas 5 tahun anda perlu fikir untuk suntikan inokulasi pula, selepas 1 atau 2 tahun sila pening sekali lagi mencari pasaran. Haha. InshaAllah, saya berharap Gaharu Lestari Resources akan berada di posisi tersebut apabila masanya tiba membantu anda menyelesaikan segala kekusutan fikiran :)
"Saya dah tanam spesis X, En A cakap spesis ini tidak laku. Apa perlu saya lakukan ?"
Jawapan : Hentikan kerisauan anda. Fokus kepada penyelesaian. Jika anda terus terusan berpegang kepada satu pendapat sahaja, memang anda akan terus terusan sakit jantung. Saya tidak katakan En A tersebut salah, mungkin pasaran beliau sedia ada menerina Spesis Y jadi beliau menyatakan bahawa Spesis X tidak laku. Mungkin beliau belum berjumpa lagi dengan pasaran bagi spesis X. Setiap trader mempunyai kelebihan dan rangkaian yang berbeza, jadi luaskan networking anda. Jangan sedih ya, jika En A tidak mahu ambil masih ada En. B, C, D, E ......Z yang mungkin akan bersedia menerima spesis X tersebut. Life is too short, enjoy every moment of it :)
Kadang kala saya agak kecewa dengan penyampaian-penyampaian yang begini. Bekerjasama dan berilah semangat antara satu sama lain. Kita akan jadi lebih kuat. Jangan lah sokmo nak tunjuk hero paling hebat segalanya. Rasa hebat ke bagi orang hidup dengan penuh kerisauan? Kepada anda-anda yang terus terusan risau, saya nasihatkan hentikanlah kerisauan anda itu. Kerisauan anda itu tidak akan mengubah apa-apa. Atur strategi baru untuk menyelesaikan permasalahan ini :)
Walaupun saya sendiri pun masih belum mampu melegakan hati anda semua, but right now I am working on it. Saya akui ia bukanlah satu kerja yang mudah. Tetapi jika kita tidak mulakan, bila ianya akan menjadi mudah. Bersusah susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Saya bergerak apa adanya. Gaharu Lestari bukanlah satu syarikat yang mempunyai dana yang cukup untuk melakukanya semuanya, tetapi saya mempunyai semangat dan keinginan yang sangat sangat kuat bagi merealisasikan nya. Walaupun perlahan tetapi saya tidak berhenti. I'm keep moving. Bukan mudah hendak yakinkan pihak-pihak yang mengeluarkan geran atau pinjaman tentang satu industri yang masih lagi baru. Yang lebih banyak cerita buruk berbanding kisah yang baik. Dengan kewujudan pelbagai skim gaharu yang tidak tulen. Memang kadang kala saya sendiri tidak dapat menjawap begitu banyak persoalan tentang industri ini. Tetapi di sudut hati saya, saya meletakkan keyakinan 100% bahawa industri ini akan menjadi boom satu hari nanti. Saya sandarkan segalanya kepada Yang Maha Kuasa. Di situlah kekuatan saya. Saya yakin Allah dorongkan hati saya masih terus dalam industri ini dengan sebab tersendiri. Yang saya sendiri belum tahu :)
Yang Benar,
Aminah Saad
Gaharu Lestari Resources Sdn Bhd

Kalau boleh berfikir tanpa kotak lebih baik :)

Comments (0)
Post a Comment