Kaedah Penjagaan Anak Pokok Gaharu

Labels:


Salam ceria buat semua,

Pada hari ini saya ingin menulis berkenaan kaedah penjagaan anak pokok gaharu. Saya ada juga menerima persoalan tentang tahap kesukaran menjaga anak pokok gaharu yang baru dipindahkan dari polybag ke ladang.

"Tahap kesukaran menjaga anak pokok gaharu?"

A. Kacang je
B. Boleh tahan la
C. Susah giler...

Anda rasa manakah jawapan yang mungkin anda pilih.

Secara jujurnya, sebagai seorang yang baru dalam bidang ini saya rasa penjagaan anak pokok gaharu adalah tidak begitu rumit. Jadi jawapan saya adalah B. :P

Kaedah Penjagaan Anak Pokok

1. Pindahkan anak pokok dari polybag ke tanah. Jangan tanam terlampau dalam. Pastikan anda masih boleh melihat tanah dalam polybag sebelum itu.

2. Gunakan baja organik atau baja kimia bagi tujuan pembesaran anak pokok gaharu.

3. Jadual pembajaan bagi baja organik

Tahun 1-2 : 3 bulan sekali dengan kadar 400g baja sepokok
Tahun 3-4 : 6 bulan sekali dengan kadar 500g baja sepokok
Tahun 4-5 : sekali sahaja

4. Pastikan anak pokok selamat dari banjir ( jika berlaku banjir pindahkan anak pokok dalam masa 3 hari jika tidak anak pokok akan mati)

5. Anak pokok mestilah memperolehi 70% cahaya matahari. Oleh itu elakkan penanaman anak pokok di kawasan yang menerima cahaya matahari kurang dari 70%.


Ikhlas,




Perintis Usahawan Gaharu Malaysia

Comment (1)

salam. Terima kasih dengan info yng diberi.
Ada sesetengah pendapat pokok gaharu ini sejenih tumbuhan tumbuh secara lasak, bersesuaian dengan habitat asalnya..HUTAN..BUKIT..HIDUP SECARA LIAR.. Sekiranya ditanam secara integrasi dengan pokok lain seperti pokok getah, sawit dan sebagainya saya rasa penerimaan 70% cahaya matahari adalah kurang..atau lebih kurang lagi drpda 30%.. apa pandangan Cik/Puan Aminah..
Saya sekadar nak mencari ilmu...

Post a Comment