Kaedah Pemprosesan Minyak Gaharu

Labels:

Salam buat semua,

Pada hari ini saya ingin berkongsi info berkaitan kaedah pemprosesan minyak gaharu menggunakan kaedah penyulingan. Minyak gaharu diperoleh apabila kayu gaharu racik diperah melalui proses penyulingan. Di Malaysia, kaedah ini merupakan kaedah yang digunakan secara meluas.


a) Gambar kilang pemprosesan minyak gaharu


b) Kaedah penyulingan minyak gaharu




c) Kaedah penyulingan minyak gaharu

Langkah-langkah kaedah penyulingan :

1) Kepingan kayu racik di hancurkan menjadi debu menggunakan mesin penghancur.

2) Kemudian, kayu gaharu yang telah hancur menjadi debu dimasukkan ke dalam tong untuk diperam selama 3 hari 3 malam.

3) Hasil peraman di dalam tong dimasukkan ke dalam periuk dandang ( boiler) yang mengandungi air. Periuk dipanaskan di atas dapur yang menggunakan bahan pembakaran seperti kayu api selama 5 hari atau mungkin sehingga seminggu.



4) Bintik-bintik campuran wap air dan minyak akan terjadi dan disalurkan melalui paip ke kondenser yang dialirkan air sejuk melalui paip air.

5) Minyak air akan menitik dan terkumpul di dalam balang tadahan.

6) Minyak dipisahkan dari air.

7) Minyak disimpan dalam balang kaca.

Proses penyulingan tamat.


Ikhlas,



Perintis Usahawan Gaharu Malaysia


Comment (1)

Nampak mcm kilang jentera BERAT. sERIOUSLY SAYA ADA STOK GAHARU yang bergred A dan B kalau tak yang super. Leh nasihatkan saya mcm mana nak jadikan duit dengan benda tu.

Post a Comment