Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,
Hari jumaat penghulu segala hari. Semoga hari ini mendapat keberkatan yang berlipat kali ganda. Baru tiba di rumah malam tadi selesai perjalanan pulang dari Kelantan dan singgah di beberapa lokasi di Perak. Maaf yang minta datang ke Pulau Pinang dan Kedah kerana masih tidak berkesempatan.
Walaupun agak penat saya ingin update sedikit berkenaan proses penebangan pokok yang dilakukan di Kelantan. Mungkin ramai ternanti-nanti berapa kilo la cik Aminah dapat teras kali ini. Hehe. Pokok yang disuntik adalah pokok liar yang mungkin berusia ratusan tahun. Memang agak liat. GLR menggunakan beberapa jenis ubat suntikan memandangkan sejak awal proses suntikan kita juga masih baru dan mencuba pelbagai jenis suntikan. Saya yakin ramai juga pengusaha gaharu yang telah berhabis untuk mencari formula yang terbaik bagi menghasilkan teras gaharu :)
Sabar ok, just enjoy the process (ayat mengubat hati).

* Team GLR yang terlibat dengan penebangan pokok :)
* Cabangan pokok yang pertama telah ditebang pada hari pertama
* Orang kuat GLR yang sibuk mengangkat kayu. Terima kasih banyak2 kerana bertungkus lumus bekerja :)
* Cik Aminah hanya mampu mengutip habuk kayu. Angkat kayu tak larat :P
* Stok kayu bagi proses penyulingan minyak
*Penebang pokok profesional. Lilitan pokok 12 kaki. Terima kasih.
* Tunjang Belakang Gaharu Lestari Resources
*Kesan daripada beberapa suntikan menggunakan beberapa jenis inokulan. Banyak faktor yang mempengaruhi pembentukan teras pada pokok gaharu. Namun untuk penyulingan minyak tiada masalah. Masa yang tepat untuk penebangan pokok juga penting bagi memastikan hasil yang dimahukan berkualiti.
*Sebahagian bongkah kayu yang telah dipindahkan ke dalam stor sebelum proses meracik dan penyulingan di lakukan.
*Sumber kayu racik daripada penduduk setempat
* Bakal Production Manager Gaharu Lestari Resources..Haha :)
Ok lah, sampai sini dulu. Update selanjutnya berkenaan dengan lawatan ke ladang gaharu di Lenggong dan Temoh akan saya update nanti.
Terima kasih kerana membaca.
Salam Jumaat,
Aminah Saad
Assalamualaikum.. sekadar singgah untuk bertanya.. mana yang dinamakan "Teras Gaharu".
jangan harap la tuan. mereka cakap je lebih. harapkan hasil jual anak pokok, kursus gaharu, jual ubat cakap hasilkan teras gaharu. tapi untuk buktikan hampeh. nampak je macam terer pasal gaharu. buktikan dulu baru boleh tunjuk pandai tak payah tunjuk pandai dengan kursus sana-sini.
Wslm Anonymous 1,
Teras adalah pada bahagian yang hitam di antara kayu tersebut. Namun begitu untuk pokok ini, kebanyakkan jalur yang terbentuk tidak membentuk teras tetapi lebih sesuai untuk penyulingan minyak. Ada juga yang membentuk teras tetapi sangat nipis dan perlu di carving dahulu. Warna teras juga untuk pokok ini agak kurang kerana masa pokok ditebang pada masa pucuk muda. Salah timing :)
Anonymous 2,
Terima kasih atas komen membina Tuan. Cuma saya ingin betulkan sedikit, penganjuran kursus bukan untuk menunjuk pandai tapi untuk menyampaikan ilmu. Tiada paksaan.
Hanya Allah yang tahu niat saya menulis disini dan niat tuan menulis komen ini.
Terima kasih kepada semua yang membaca.
Terima kasih atas segala info berkaitan bisnis gaharu. Saya nak tanya brapa harga skilo kayu racik tu dan adakah harga tersebut tidak selaras di setiap negeri di Malaysia.Tq
Anonymous 3,
Selalunya harga kayu racik yang digunakan untuk penyulingan minyak adalah dalam anggaran RM 5 - RM 10 sekilo. Namun begitu, jika kualiti kayu racik adalah lebih tinggi (banyak minyak) maka harga mungkin lebih tinggi.
Encik boleh juga merujuk pada entri saya berkenaan dengan harga gred gaharu, mengikut sumber tersebut harga bagi kayu racik bermula dari RM 5 hingga RM 100.Pada pendapat saya, harga mungkin agak berbeza antara negeri memandangkan ia bergantung kpd penilaian pengurus kilang yang akan menilai harga kayu racik tersebut.
http://gaharuinfo.blogspot.com/2013/01/gred-gaharu.html
Sekian.
Salam.. bagaimana dgn ubat gaharu super max-G yg puan jual tu, berkesan tak seperti yg di war-war kan. Ada contoh @ bukti tak. Saya bminat sekiranya ada jaminan jika berkesan seperti yg dpromosi.
May i know what is this specis? Malacensis?
I never seen such a great gaharu before. Its awesome.
However, why dont you cut the tree after the resin become better grade? Because this three very big and old, if make the wood into better grade then only cut it, it will be much more better. Because it is not that easy to get a big tree like this. This is my recommendation.
Anyway, Thanks for your sharing. :)
Assalamualaikum..
Saya nak tanya berapakah kayu racik diperlukan untuk menghasilkan satu tola/ 12ml minyak?
Terima kasih