Proses hardening merupakan satu proses untuk memastikan anak
pokok yang dikeluarkan dari Nursery mampu menyesuaikan diri dengan kawasan
tanaman yang bakal didudukinya nanti. Seperti yang kita tahu, anak-anak pokok
dari Nursery diberikan perlindungan daripada panas terik matahari supaya dapat
bertumbuh dengan lebih baik. Namun begitu, keadaan realitinya nanti pasti pokok
tersebut perlu ditanam dikawasan yang terdedah kepada cahaya matahari.
Bergantung kepada keadaan tapak penanaman itu nanti. Contoh kawasan yang terbuka dan mungkin akan memberikan cabaran kepada anak pokok yang tidak melalui proses hardening.
Anak-anak pokok dari Nursery akan didedahkan keadaan terik
mentari seminggu dua sebelum ia dipindahkan ke tapak penanaman. Jumlah siraman
juga dikurangkan. Ini bertujuan bagi memastikan anak-anak pokok yang bertahan
sahaja dipilih kerana ia akan mengurangkan risiko kematian anak pokok selepas
proses menanam. Hanya anak pokok yang betul-betul bersedia akan dipindahkan ke
ladang. Yang tidak mampu bertahan akan mati dan dapat dilihat ia tidak sihat
untuk dipindahkan ke ladang. Namun begitu, di anggarkan 10% daripada pokok yang
terpilih untuk ditanam juga mungkin akan mati atas sebab-sebab yang lain.
Proses hardening juga dilakukan kepada anak-anak pokok yang
dikeluarkan dari hutan iaitu anak liar yang tumbuh disekitar pokok induk. Anak pokok
ini juga perlu melalui proses hardening sebelum ia boleh bertumbuh dengan baik
berbeza dengan keadaan sebelumnya. Ia agak berbeza dari hardening yang dilakukan pada anak pokok dari Nursery. Ini bertujuan memberikan penyesuaian kepada anak pokok liar dengan keadaan didalam Nursery.
sumber : google
Ok, setakat ini perkongsian pada hari ini.
Jangan lupa ke MICCOS :)
Ikhlas,
Aminah Saad
Comments (0)
Post a Comment