Inovasi Inokulan

Labels:

Inokulan merupakan satu topik yang paling HOT dan digemari oleh semua penggiat industri gaharu. Sudah pasti ia mendapat perhatian yang lebih kerana dengan bantuan inokulan yang berkesan teras yang bermutu tinggi akan terhasil. Jika kita mengharapkan ia terhasil secara semulajadi mungkin memakan masa 20-40 tahun. Malah mungkin lebih lagi dan kebarangkalian ia langsung tidak terbentuk juga ada. Pembentukan teras yang berkualiti tinggi pasti menjadi tujuan utama para penanam gaharu walaupun ada juga yang bertujuan bagi pengektrakan minyak, pembuatan teh dan lain-lain.

Percubaan demi percubaan akan menghasilkan kaedah yang lebih baik dari sebelumnya. Inovasi baru berlaku bagi menambahbaik teknik dan inokulan yang sedia ada. Perbincangan dan pertukaran ilmu menjadikan sesuatu inovasi yang dilakukan bertambah baik.

Pagi ini, selepas solat subuh blog walking sebentar membaca berkenaan gaharu. Sangat berminat dengan tulisan En Jamar berkenaan dengan teknik lubang udara. Anda boleh baca entri di sini.

Jika satu masa dahulu, teknik paku merupakan antara kaedah yang digunakan bagi penghasilan teras gaharu dengan kreativiti pasti kaedah yang lebih baik, ekonomik dan efisen akan dapat dihasilkan. Semuanya pasti bermula dengan kesungguhan dan percubaan yang memerlukan kesabaran yang tinggi.


Perkembangan inovasi inokulan gaharu di Malaysia semakin berkembang. Banyak pihak yang mencuba pelbagai formula bagi menghasilkan inokulan yang  terbaik dan paling bersesuaian digunakan di Malaysia. Ini merupakan satu perkembangan yang sangat positif kerana dalam beberapa tahun akan datang pasti terdapat puluhan ribu pokok daripada usaha perladangan yang perlu diinokulasi dan semestinya penciptaan-penciptaan inokulan yang berkualiti inilah yang ditunggu-tunggu oleh setiap peladang. Usaha R&D yang dilakukan bagi penghasilan inokulan bermutu tinggi merupakan satu pelaburan yang tinggi dari pelbagai sudut, kewangan, masa, kesabaran, ketekunan menyebabkan harga yang dicas bagi setiap inokulan adalah dianggap berpadanan dengan usaha yang dicurahkan.

Inokulan yang terdapat dipasaran pada masa kini masih lagi dianggap mahal jika digunakan bagi keperluan perladangan kerana ia melibatkan ribuan pokok walaupun tahap penggunaan per pokok kurang berbanding suntikan yang dilakukan pada pokok-pokok semulajadi. Mungkin inovasi-inovasi yang akan datang bakal membuahkan hasil dengan inokulan yang lebih murah tetapi tetap berkualiti bersesuaian bagi penggunaan pokok diladang. Ini bertujuan bagi membantu penanam-penanam kecil-kecilan juga mampu untuk memiliki dan menginokulasi pokok ladang mereka.

Akhirnya,
Saya berharap agar segala usaha yang kita curahkan dalam pembangunan industri gaharu ini akan dapat menyumbang kepada kebaikan yang berlipat ganda dimasa hadapan. InsyaAllah.

Ikhlas,
Aminah Saad

Comment (1)

Terima kasih Cik Min atas segala sokongan yang diberikan.

Post a Comment