Proses 'Hardening'

0

Labels:


Proses hardening merupakan satu proses untuk memastikan anak pokok yang dikeluarkan dari Nursery mampu menyesuaikan diri dengan kawasan tanaman yang bakal didudukinya nanti. Seperti yang kita tahu, anak-anak pokok dari Nursery diberikan perlindungan daripada panas terik matahari supaya dapat bertumbuh dengan lebih baik. Namun begitu, keadaan realitinya nanti pasti pokok tersebut perlu ditanam dikawasan yang terdedah kepada cahaya matahari. Bergantung kepada keadaan tapak penanaman itu nanti. Contoh kawasan yang terbuka dan mungkin akan memberikan cabaran kepada anak pokok yang tidak melalui proses hardening.





Anak-anak pokok dari Nursery akan didedahkan keadaan terik mentari seminggu dua sebelum ia dipindahkan ke tapak penanaman. Jumlah siraman juga dikurangkan. Ini bertujuan bagi memastikan anak-anak pokok yang bertahan sahaja dipilih kerana ia akan mengurangkan risiko kematian anak pokok selepas proses menanam. Hanya anak pokok yang betul-betul bersedia akan dipindahkan ke ladang. Yang tidak mampu bertahan akan mati dan dapat dilihat ia tidak sihat untuk dipindahkan ke ladang. Namun begitu, di anggarkan 10% daripada pokok yang terpilih untuk ditanam juga mungkin akan mati atas sebab-sebab yang lain.


Proses hardening juga dilakukan kepada anak-anak pokok yang dikeluarkan dari hutan iaitu anak liar yang tumbuh disekitar pokok induk. Anak pokok ini juga perlu melalui proses hardening sebelum ia boleh bertumbuh dengan baik berbeza dengan keadaan sebelumnya. Ia agak berbeza dari hardening yang dilakukan pada anak pokok dari Nursery. Ini bertujuan memberikan penyesuaian kepada anak pokok liar dengan keadaan didalam Nursery. 

sumber : google



Ok, setakat ini perkongsian pada hari ini.

Jangan lupa ke MICCOS :)

Ikhlas,
Aminah Saad

MICCOS 2011

2

Labels:

The Malaysia International Commodity Conference & Showcase (MICCOS) is a premier event on Malaysian Commodities. MICCOS is a biennial event that brings together major industry players and entrepreneurs in the commodities sector.

With the theme “Creating Wealth Through Innovation”, MICCOS 2011 will showcase a wide range of latest products as well as technological developments and innovations in the Malaysian commodities sector that include palm oil, timber, rubber, cocoa, pepper, tobacco, kenaf, jatropha and sago. This exhibition will feature the participation of major producers, manufacturers and exporters, as well as Agencies responsible for the development and promotion of these commodities
.




  • Malaysia International Commodity Conference and Showcase ( MICCOS) organized every two years by the Ministry of Plantation Industries and Commodities (MPIC) is served as a platform to showcase the performance of the plantation and commodities.
  •  
  • Commodity exhibition is the first known as the Commodity Week was held in 2005 at the Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC), Seri Kembangan. Number of visitors to the exhibition is estimated at 10,000 people.
  •  
  • In 2007, Commodity Week has been rebranded to Malaysia International Commodity Conference and Showcase ( MICCOS). MICCOS 2007 was held at the Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur. An estimated 12,000 people have visited the exhibition.
  •  
  • MICCOS 2009 held in Malaysia Agro Exposition Park Serdang was attended by about 33,000 visitors, including 20,000 small farmers from all over Malaysia.
source : www.miccos.com.my 

Date : 28-30 October 2011

* Even from this website it doesnt mention about gaharu but there're gaharu booth on that day. Come and have a look. Maybe you can get something worth coming to this events. 

Di mana pasaran Gaharu?

39

Labels: ,

Assalamualaikum buat semua,

Bagaimana hari anda? Pada hari ini saya menghadiri satu program " Planting Ceremony" yang diadakan di UPM dengan kerjasama Mitsubishi. Program ini merupakan satu program menghijaukan bumi yang semakin lama semakin teruk akibat pembangunan.

Ok, berbalik kepada tajuk entri pada hari ini. Soalan yang kerap dan menjadi persoalan utama bagi setiap individu/syarikat atau siapa jua yang ingin melibatkan diri dalam industri gaharu terutamanya perladangan gaharu.

Di manakah pasaran gaharu? Mana pembelinya?

Soalan tersebut memamg paling patut ditanyakan sebelum kita melibatkan diri dalam apa jua bidang perniagaan. Pasaran adalah faktor paling penting sebelum kita memulakan sesuatu perniagaan. Kita disogokkan dengan statistik masih terdapat 80% pasaran gaharu dunia yang masih belum dipenuhi. Namun bila masanya kita hendak menjual hasilnya tiada satu pun pembeli yang tampil ke hadapan. Betul ke gaharu ini ada pembelinya?

Dalam perniagaan terutamanya seperti dalam industri gaharu ini kepercayaan merupakan faktor utama urusan dilakukan. Mana mungkin kita yang baru pertama kali berurusan berharap untuk terus berurusan dengan pihak pembeli besar dengan harapan mendapat keuntungan berganda-ganda. Dengan pelbagai taktik penjualan dan penipuan yang berlaku dalam industri ini, pembeli mengambil inisiatif untuk lebih berhati-hati dan berurusan dengan pihak yang mempunyai kredibiliti yang dipercayai. Dan memandangkan pasaran akhir gaharu adalah di luar negara maka sesetengahnya pasti menghadapi masalah untuk berurusan dengan pihak tersebut. Namun, kepada pengumpul gaharu anda boleh menjual kepada orang tengah (pengusaha gaharu) yang akan berurusan dengan pelanggan tersebut.

Pasaran gaharu sememangnya masih besar. Ini kerana tidak semua Negara mempunyai kesesuaian untuk penanaman pokok karas ini. Di tambah dengan masalah pokok karas liar yang semakin di ancam kepupusan. Semuanya berkait rapat. Dengan penawaran yang berkurangan, gap pasaran semakin besar dan nilai pula akan meningkat. Data yang diperolehi daripada MTIB pada tahun 2005-2009 menunjukkan destinasi utama bagi minyak gaharu ialah :

1) Saudi Arabia
2) UAE
3) Singapore
4) Bahrain
5) India
6) Kuwait
7) France

Memang la nampak agak susah jika kita fikir untuk terus berurusan dengan Negara-negara tersebut terutamanya jika kita hanyalah pekebun kecil yang menanam dalam kuantiti yang sedikit. Inilah pentingnya kita berkerjasama dalam menghasilkan satu konsortium yang kuat untuk membekalkan minyak gaharu kepada negara-negara tersebut. Jangan ada pihak yang mengambil kesempatan berlipat kali ganda dengan situasi ini. Mungkin sedikit masa lagi di Malaysia akan ada suatu badan yang akan memantau harga bagi gaharu (dan segala derivatif daripadanya) supaya tiada pihak yang akan mengambil kesempatan. Seperti getah dan kelapa sawit, ada suatu standard khas untuk mengklasifikasikan setiap hasilnya.

Jika minyak gaharu kelihatannya seperti lebih mudah untuk diklasifikasikan, bagaimana pula dengan gaharu??

Ya, chip atau blok gaharu susah untuk dikelaskan mengikut kumpulan tertentu. Dengan standard negara pembeli yang berbeza-beza juga. Dari data tahun 2002 hingga 2009 yang juga diperolehi daripada MTIB menyatakan negara-negara utama pembeli gaharu blok atau chip ini ialah :

1) Singapore
2) Taiwan
3) UAE
4) Vietnam
5) Saudi Arabia
6) Thailand
7) Pakistan

Singapore merupakan negara yang banyak membeli hasil gaharu dari Malaysia dan merupakan orang tengah bagi pembeli akhir gaharu. Kini, singapore merupakan hub perdagangan gaharu dunia walaupun singapore hanya mempunyai pokok karas yang sangat sedikit di Negara mereka.

Dengan pengurusan yang lebih sistematik, rundingan dengan destinasi pengguna gaharu bagi membekalkan gaharu terus ke Negara mereka mampu menjadikan Malaysia sebagai hub perdagangan gaharu yang baru. Namun, usaha yang berterusan dan sokongan dari pihak kerajaan menjadi salah satu cara bagi kita memantapkan industri gaharu di Malaysia. Masih banyak gap yang perlu dipenuhi. Bermula dari perladangan sehingga ke pasaran.

Kini, dengan teknologi yang semakin berkembang penjual-penjual gaharu juga boleh mempromosikan hasil gaharu mereka melalui medium internet. Blog, website, facebook kini menjadi salah satu penghubung antara pembeli dan penjual. Para pembeli juga pasti ingin mendapatkan harga yang lebih murah jika terus membeli daripada Negara pengeluar gaharu sendiri seperti Malaysia. Jika kita mampu berurusan dengan harga yang lebih baik pasti lama-kelamaan Malaysia akan menjadi pilihan utama.

Semoga kita sama-sama berusaha menjadi Malaysia hub gaharu yang baru.

Ikhlas,
Aminah Saad

Inovasi Inokulan

1

Labels:

Inokulan merupakan satu topik yang paling HOT dan digemari oleh semua penggiat industri gaharu. Sudah pasti ia mendapat perhatian yang lebih kerana dengan bantuan inokulan yang berkesan teras yang bermutu tinggi akan terhasil. Jika kita mengharapkan ia terhasil secara semulajadi mungkin memakan masa 20-40 tahun. Malah mungkin lebih lagi dan kebarangkalian ia langsung tidak terbentuk juga ada. Pembentukan teras yang berkualiti tinggi pasti menjadi tujuan utama para penanam gaharu walaupun ada juga yang bertujuan bagi pengektrakan minyak, pembuatan teh dan lain-lain.

Percubaan demi percubaan akan menghasilkan kaedah yang lebih baik dari sebelumnya. Inovasi baru berlaku bagi menambahbaik teknik dan inokulan yang sedia ada. Perbincangan dan pertukaran ilmu menjadikan sesuatu inovasi yang dilakukan bertambah baik.

Pagi ini, selepas solat subuh blog walking sebentar membaca berkenaan gaharu. Sangat berminat dengan tulisan En Jamar berkenaan dengan teknik lubang udara. Anda boleh baca entri di sini.

Jika satu masa dahulu, teknik paku merupakan antara kaedah yang digunakan bagi penghasilan teras gaharu dengan kreativiti pasti kaedah yang lebih baik, ekonomik dan efisen akan dapat dihasilkan. Semuanya pasti bermula dengan kesungguhan dan percubaan yang memerlukan kesabaran yang tinggi.


Perkembangan inovasi inokulan gaharu di Malaysia semakin berkembang. Banyak pihak yang mencuba pelbagai formula bagi menghasilkan inokulan yang  terbaik dan paling bersesuaian digunakan di Malaysia. Ini merupakan satu perkembangan yang sangat positif kerana dalam beberapa tahun akan datang pasti terdapat puluhan ribu pokok daripada usaha perladangan yang perlu diinokulasi dan semestinya penciptaan-penciptaan inokulan yang berkualiti inilah yang ditunggu-tunggu oleh setiap peladang. Usaha R&D yang dilakukan bagi penghasilan inokulan bermutu tinggi merupakan satu pelaburan yang tinggi dari pelbagai sudut, kewangan, masa, kesabaran, ketekunan menyebabkan harga yang dicas bagi setiap inokulan adalah dianggap berpadanan dengan usaha yang dicurahkan.

Inokulan yang terdapat dipasaran pada masa kini masih lagi dianggap mahal jika digunakan bagi keperluan perladangan kerana ia melibatkan ribuan pokok walaupun tahap penggunaan per pokok kurang berbanding suntikan yang dilakukan pada pokok-pokok semulajadi. Mungkin inovasi-inovasi yang akan datang bakal membuahkan hasil dengan inokulan yang lebih murah tetapi tetap berkualiti bersesuaian bagi penggunaan pokok diladang. Ini bertujuan bagi membantu penanam-penanam kecil-kecilan juga mampu untuk memiliki dan menginokulasi pokok ladang mereka.

Akhirnya,
Saya berharap agar segala usaha yang kita curahkan dalam pembangunan industri gaharu ini akan dapat menyumbang kepada kebaikan yang berlipat ganda dimasa hadapan. InsyaAllah.

Ikhlas,
Aminah Saad

Jom Jadi Kaya

0

Labels:

Definisi kaya berbeza bagi setiap orang. Ada yang menganggap punya wang RM100,000 sudah kaya. Ada yang menganggap punya RM1juta masih tidak lagi kaya. Terpulanglah kepada masing-masing untuk memberi takrifan.

“Wah, kayalah kau nanti kalau sudah tuai hasil gaharu”

“Sudahlah jangan nak berangan tanam gaharu boleh jadi jutawan”

“Nanti dah jadi jutawan jangan lupa tolong aku pulak..Hahahaha”

Bak kata Azizi Ali, jutawan itu seolah-olah dari planet jupiter. Nampak begitu mustahil untuk dicapai. Sukar untuk orang percaya orang biasa-biasa boleh menjadi jutawan. Namun telah terbukti begitu ramai orang biasa-biasa yang menjadi jutawan. Satu kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat menunjukkan 90% billionaire disana merupakan generasi pertama. Iya, mereka bukan dilahirkan dengan kemewahan malahan ada yang hidup lebih melarat dari kita yang biasa-biasa.

Jika kita berusaha dengan bersungguh-sungguh, insyaAllah kejayaan pasti milik kita. Namun kesabaran perlu digarap bersama kerana tanpa sabar kita akan terasa lamanya untuk mencapai kejayaan dan kekayaan.

Jika anda sering dihujani dengan kata-kata perli sebegini, jangan risau kerana itu menunjukkan anda sedang dalam perjalanan untuk berjaya.  Yang berkata-kata itu jika berterusan sikap begitu, lagi sepuluh tahun dia masih ditakuk yang lama. Anda walau dari sudut mana pun pasti lebih lagi pengalaman darinya. Lebih sabar, lebih yakin diri, lebih percaya kepada rezeki. Itukan menunjukkan anda lebih berjaya dari yang mengata.

Kerana takut gagal, orang sanggup tunggu dan lihat kejayaan orang lain.

“Kau buktikanlah dulu projek ni boleh jadi kaya baru aku buat jugak”

Kata-kata sebegini hanya keluar dari mulut orang yang tiada semangat dan kepercayaan dalam diri. Ingatlah hanya 20% orang yang betul-betul berjaya dalam setiap bidang yang ada didunia ini. Dan 80% kekayaan didunia ini dimiliki oleh 20% orang yang berjaya tersebut. Mereka ialah orang yang sanggup bermula dahulu, bersusah payah, dan tahan telinga mendengar kutukan orang lain. Jadi jika ingin menjadi yang 20% tersebut maka mulakanlah sekarang apa jua impian anda/idea perniagaan anda.

Idea jika disimpan akan terus menjadi idea.
Walaupun ia idea yang baik namun tetap tidak dapat menandingan idea teruk yang dilaksanakan.

Saya tidak pernah memberikan satu harapan bahawa tanamlah 1000 pokok gaharu pada hari ini, dan 7 tahun lagi anda akan berpeluang menjadi seorang jutawan. Pada saya, lakukan apa sahaja yang anda lakukan sekarang ini dengan bersungguh-sungguh, sabar, yakin, tidak berputus asa dan insyaAllah anda pasti mampu menjadi kaya juga.

Kaya dengan pengalaman.
Kaya dengan kesabaran.
Kaya dengan keyakinan.
Kaya dengan pengharapan kepada Yang Esa.

Bukan hanya duit menjadi ukuran kekayaan. Jika kita menjadi kaya dengan perkara-perkara diatas, apabila Allah uji dengan mengambil harta material yang kita miliki maka kita mampu untuk bangun berkali ganda dari sebelumnya kerana kita telah kaya dengan sikap-sikap seorang usahawan.

Walaupun berusaha dengan gigih, Allah berkuasa untuk menjadikan usaha kita sebaliknya. Setelah 7tahun menanti dengan pelaburan yang tinggi tahun ke tahun,

Ladang gaharu kita ditimpa musibah banjir. Adakah kita masih mampu bertahan?

Pokok gaharu kita mati secara serentak kerana diserang sejenis serangga yang tidak diketahui. Mampukah kita bersabar?

Pokok yang  telah kita suntik dicuri orang tanpa dapat dikesan. Masihkan kita percaya pada rezeki yang Allah aturkan?

Jadilah orang yang kaya budi pekertinya apabila berhadapan dengan ujian Allah. Sabar dan terima dengan redha segala yang telah ditentukan.

“Allah turunkan hujan ditengahri rupanya ingin menghadiahkan kita pelangi”

Akhir kalam,
Jom Jadi Kaya


Ikhlas,
Aminah Saad

Lagi Rujukan Gaharu

0

Labels:

Kepada semua peminat gaharu dan juga yang sentiasa ingin menambahkan ilmu berkaitan gaharu, anda bolehlah dapatkan buku keluaran FRIM bertajuk " Tapping the Wealth From Karas Tree". Kepada yang jauh, boleh beli daripada website FRIM saya rasa, tapi kepada yang dekat boleh terus ke kedai buku FRIM. Harga buku ini hanya RM60.



Seorang pakar motivasi Kop Kopmeyer ada berkata " Belajarlah daripada yang pakar kerana kita tidak mempunyai masa yang terlalu banyak untuk belajar kesemuanya sendiri. Salah satunya ialah dengan membaca buku-buku karangan mereka".

Lihat, orang yang dah hebat pun suka membaca inikan pula kita yang masih cetek ilmunya. Disebabkan sumber rujukan dalam bidang gaharu ini amatlah terhad, maka kita perlu mengambil kesempatan untuk memiliki setiap buku/artikel/majalah yang membincangkan tentang gaharu. Bukan setakat memiliki tapi membaca dan lebih baik jika ilmunya disebar-sebarkan.

Jika anda punya cadangan sumber-sumber yang boleh dijadikan rujukan apakata kongsikan bersama-sama yang lain. Semoga kita sama-sama mendapat manfaat daripada ilmu yang disampaikan. Disebabkan saya masih belum menghabiskan bacaan buku ini, jadi saya tidak akan membuat review di sini. Hehe.

Saya akhiri tulisan dengan ucapan wasalam dan selamat malam.

Ikhlas,
Aminah Saad

Bukti Gaharu Bernilai Tinggi

2

Labels:

Pagi tadi saya telah mendapat khabar gembira dari seorang kenalan (mengenali melalui blog ini). Sebelum ini, beliau menelefon untuk menjual gaharu kepada saya namun buat masa ini kami hanya membeli kayu gaharu yang digunakan untuk pemprosesan minyak. Namun saya memberikan alternatif kepada beliau untuk upload gambar yang beliau ada di laman facebook gaharu lestari resources pada 5 Oktober 2011.

Cuba anda anggarkan berapakah harga bagi gaharu seperti ini?




Alhamdulilah, pagi tadi saya menerima khabar gembira yang beliau telah berjaya menjual kesemua stok gaharu yang dimiliki berjumlah 23kg dengan harga RM21,000 sekilo. Lumayan kan? Cuba anda kira sendiri berapakah jumlahnya..:)

Walaupun jual beli bukanlah atas pertolongan yang saya berikan kerana deal tersebut dibuat antara sahabatnya di Singapura namun saya tetap berasa gembira atas kejayaan jualan tersebut. Lagipula, penjualan tersebut dilakukan bagi memberikan bantuan kepada fakir miskin di Kemboja (kerana stok yang diperolehi adalah kerjasama muslim kemboja di kemboja). Niat yang baik pasti membawa pulangan yang menguntungkan. Alhamdulilah.

Semoga industri gaharu di Malaysia akan lebih berjaya. InsyaAllah.


Ikhlas,
Aminah Saad

Suntikan Inokulan Pokok Ladang

0

Labels:

Di Malaysia, perkembangan industri gaharu dilihat semakin mendapat tempat dihati pelbagai pihak. Tidak kira sama ada pengusaha ladang, Nursery, penjual inokulan, pembeli hasil gaharu dan tidak kurang juga yang hanya memerhatikan dari jauh. Semakin banyak kajian dan percubaan yang dilakukan bagi memaksimumkan hasil yang bakal diperolehi. Sumbangan-sumbangan inilah yang sangat kita perlukan bagi memantapkan industri gaharu kita yang agak kebelakang berbanding Negara jiran kita yang lain.

Semalam, kami melakukan beberapa percubaan suntikan pokok ladang spesis sub-integra yang ditanam pada tahun 2008. Beberapa pokok dipilih yang mempunyai anggaran lilitan batang 10-20inci. Menggunakan kaedah botol yang kelihatannya lebih memberikan kemudahan dari segi masa dan produktiviti. 



*pokok ini mempunyai history pernah disuntik menggunakan inokulan lain juga. 


Ini merupakan salah satu percubaan yang dilakukan bagi melihat kesan terhadap pokok dari sumber ladang. Kesan terhadap inokulan yang berbeza, masa ia dilakukan, kaedah suntikan terhadap spesis sub-integra yang ditanam.Semoga hasil yang akan diperolehi nanti memberikan satu keputusan yang positif untuk dikongsi bersama semua.

Tarikh Suntikan : 05102011


Sekian. 

Aminah Saad