Seminar Cara Cepat & Tepat Berkebun Emas Gaharu (SCCTBEG)

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semoga semua dalam keadaan sihat sejahtera. Alhamdulilah saya telah selamat tiba di Malaysia pada tanggal 2 Julai 2013. Seminggu berada di Pekanbaru atas urusan SCCTBEG. Memang sangat penat tetapi rasa bersyukur kerana segalanya telah selesai dengan baik.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat semua para peserta yang sangat hebat dan bersemangat yang datang dari pelbagai tempat dan latar belakang. Saya memohon maaf daripada sisi penganjur andai ada kekurangan dan kelemahan. InshaAllah, kami akan memperbaiki lagi pada masa hadapan. Memandangkan ini merupakan seminar pertama anjuran Gaharu Lestari Resources dan Gaharu Plaza ( Malaysia & Indonesia) maka kami tidak dapat lari daripada pelbagai kelemahan. Namun saya berharap para peserta berpuas hati dan mengambil dari sudut yang positif. Walaupun saya agak sibuk dan tidak punya waktu yang banyak untuk beramah mesra dengan para peserta, saya berharap anda tidak segan untuk saling berhubung dengan saya. Kita dalam satu pasukan dan kumpulan. Bukan sebagai pesaing yang ingin beradu antara satu sama lain.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga buat para pembicara iaitu Mr Witsawa Sripetkla (Thailand), En Jama Rusli ( IGB, Malaysia), En Ismail Muhammad ( Malaysia), Bu Galuh ( Kalimantan), Mr Adi Mardi (Brunei) dan Pak Jacky (Indonesia). Semoga segala perkongsian ilmu daripada anda akan memberi manfaat kepada para peserta.


Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga buat para seketariat yang bertungkus lumus menjayakan program ini iaitu Pak Murshidi (MC), Pak Hakim, Pak Ewan, Pak Zulkhairi, Adi Mardi dan Mohd Ridzuan. Walaupun terdapat banyak cabaran dan kesulitan, kita mampu mengatasinya. Saya yakin kita mampu bekerjasama lagi di masa akan datang (alamak tak de gmbr seketariat semuanya..ohhh).


Seketariat yang tiba lebih awal 26/6


Dan ucapan terima kasih saya yang terbesar buat tunjang belakang utama SCCTBEG iaitu Pak Budi Hamidi (Gaharu Plaza). Dengan komitmen melebihi 100% menyumbang kepada kejayaan program ini. Terima kasih atas kerjasama ini. InshaAllah, kerjasama ini akan berterusan.

*Pak Budi, Pak Jacky, Tidak Kenal 


Setelah kita berkumpul daripada pelbagai Negara, jadi saya berharap kita mendapat pelbagai input yang baik daripada program ini. Saya yakin antara peserta juga anda telah banyak bertukar-tukar pendapat. Kerana peserta seminar ini semuanya hebat-hebat. Saya harap dapat berjumpa anda semua lagi. Sayang semuanya :)

Akhir sekali, saya ingin berkongsi gambar-gambar sempena SCCTBEG. Gambar semuanya saya ambil daripada FB Faizul Anuar (Wafiqah Farm), Gaharu Plaza (Budi Hamidi).









Ohh banyak lagi gambar sebenarnya. Namun pagi ini saya kongsikan yang ini dahulu. Dah balik ni kerja pun semakin bertambah. Di pekanbaru hari tu memang sangat sibuk sampai kena komplain dengan datuk sebab tak sempat spend masa dengan dia. Mak pun mesti sedih sebab tak dapat join program. Hmm...cuba juga untuk cari masa sama. Banyak perkara yang diluar kawalan saya. Harap mak dan datuk maafkan saya :(

           



Akhirnya, Salam buat 4 negara ( Indonesia, Brunei, Thailand, Malaysia)
LOVE YOU ALL !!



Aminah Saad

p/s: Jika saya berada di luar dari Malaysia, saya lebih aktif facebook (Min Saad) tetapi jika di Malaysia memang sangat tidak aktif FB lebih aktif berblog :)






Comments (16)

Gaharu Lestari Resource is the Best. Ini blog yang dibutuhkan bagi sebagian orang yang berkolaborasi untuk Gaharu yang up to date.

Terima kasih Pak Budi Hamidi...Gaharu Plaza juga is the best :)

Terima kasih atas semua yang telah di laksanakan.....

Terima kasih buat semua yang terlibat :)

Pihak tuan/puan sedar atau tidak.. Pihak tuan/puan sekadar syok sendiri je tentang gaharu.. Sejauh mana membantu pengusaha gaharu di Malaysia @ Indonesia.. Kedua-dua negara banyak pokok karas@gaharu.. Tak nampak pun sumbangan kepada pengusaha² karas@gaharu untuk kedua2 negara ini terutamanya dari segi meningkatkan ekonomi.. Buktikan dulu semua tu dahulu terutamanya pembentukan teras gaharu.. Sekiranya tak berjaya apa jaminannya.. Pokok sendiri dan buat tak@boleh tak buktikan dimana-mana tempat sekiranya ada permintaan besertakan jaminan sekiranya gagal.. Ini ditujukan kepada semua yang merasakan diri mereka pakar dalam bidang gaharu terutamanya untuk mewujudkan teras gaharu.. Fikir-fikirkanlah.. Assalamualaikum..

Tuan yang budiman,

Terima kasih atas peringatan Tuan berkenaan sumbangan saya kepada industri gaharu di Malaysia/Indonesia. Saya tidak menafikan bahawa sumbangan saya mungkin terlalu kecil atau hampir tiada kepada industri gaharu. Ini bukan kerja satu syarikat. Mana mungkin syarikat saya yang kecil ini dapat menyelesaikan satu permasalahan Negara yang pada peringkat Negara juga mengambil masa untuk menyelesaikannya.

Jangan meletakkan bebanan tersebut atas suatu pihak sahaja. Mungkin saya juga mengharapkan sumbangan Tuan dalam industri ini. Jangan terlalu mudah menunding jari mengatakan kepada orang lain kerana Tuan sendiri mungkin tidak tahu apakah usaha-usaha yang saya sedang lakukan.

Namun begitu saya terima komen Tuan secara hati terbuka. Saya tahu masih banyak gap yang masih belum selesai bagi pengusaha-pengusaha gaharu di Malaysia. Saya juga tidak pernah mengatakan saya adalah Pakar. Hanya 3 tahun dalam industri mana mungkin di gelar pakar. Cuma saya beranikan diri untuk berkongsi apa yang saya tahu dan cuba untuk membantu penguasaha walaupun mungkin belum kelihatan lagi kesannya. Saya juga manusia biasa macam Tuan, saya tidak mampu menyelesaikan masalah negara jika bersendirian. Marilah sama-sama berganding bahu, saya perlukan pandangan dan action plan daripada Tuan untuk menjadikan ia suatu realiti.

satu pertanyaan. wujud atau tidak inokulan untuk teras gaharu. sekiranya wujud dapatkah dibuktikan beserta dengan jaminan sekiranya gagal. inilah masalah kami bagi penanam gaharu. sekiranya berjaya Alhamdullillah akan selesai permasaalahannya. IKLAS & JUJUR..

Terdapat banyak pengeluar inokulan di Malaysia. Saya tidak mahu mengatakan ini tidak baik, atau itu yang terbaik kerana masing-masing punya kelebihan tersendiri. Tuan boleh berhubung langsung dengan pengeluar inokulan dan membuat percubaan sendiri. Cuba untuk satu pokok dulu, dan juga menghabiskan begitu banyak biaya untuk mencuba satu-satu inokulan.

Buat masa ini bagi saya yang telah terbukti ialah kaedah Bamboo stick. Hasil juga telah dijual pada kadar harga RM 800 - RM 2000 sekilo. Bergantung kepada jarak masa selepas di inokulasi. Walaupun ia adalah teknologi daripada Thailand, namun begitu ia telah digunakan ramai di Malaysia. Kesan juga amat baik dan lebih mudah membuat anggaran penghasilan bagi setiap pokok. Namun GLR masih belum tuai lagi yang menggunakan teknik ini. Kami sudah mula menyuntik namun belum sampai masa tuaian lagi. Jika Tuan kurang yakin maka boleh tunggu sehingga kami tuai kelak.

Bagi inokulan IGB pula, ia juga menghasilkan teras. Namun hasil yang dikeluarkan adalah berbeza pasaran dengan kaedah bamboo stick. Masing-masing punya kelebihan tersendiri. Untuk Super Max, pembangunan adalah dengan kerjasama IGB.

Kita tidak memberikan jaminan kerana ia merupakan satu kajian yang telah terbukti. Setiap pengusaha juga perlu menghadapi sedikit risiko. Tanam pokok buah-buahan juga tiada satu kepastian yang pokok akan menghasilkan buah yang lebat berbuah, tetapi adakah kita perlu meminta jaminan daripada pihak pembekal anak pokok buah atau penjual baja yang mengatakan bajanya akan menghasilkan buah??

Berkenaan pasaran, kita akan membantu daripada segi pasaran bagi kayu yang terhasil daripada perladangan ini. Inilah antara yang kita sedang lakukan iaitu pemasaran, supaya apabila teras yang dihasilkan terjadi maka kita dapat menjualnya. Tidak guna menghasilkan teras yang baik jika hasilkan hanya untuk pameran.

Harap menjawab persoalan Tuan.

Kita usahakan sesuatu dengan keyakinan. Dengan jawapan yang diberikan nampaknya tidak ada keyakinan yang mana satu yang betul2 memberikan hasil berbanding dengan apa yang di war2 kan. buktikan dulu sebelum di pukul canangnya. Terima kasih atas jawapan yang di berikan. Assalamualaikum.

This comment has been removed by the author.

Salam. Saya mungkin sorg pngikut setia blog gaharu ini, tp rs tak berpuas hati dgn jawapan yg diberikan oleh Cik Aminah kpd Tuan Anonymous diatas. Berbeda dgn yg di ketengahkan pihak Cik Aminah sendiri yg mempunyai rakan2 kongsi dr brbagai negara yg mempunyai kpakaran dlm bidang gaharu. Inilah masaalahnya dgn industri gaharu, bl timbul masaalah mcm ni.. Jawapan yg dberikan tk mmuaskan dan tergantung mcm tu shj..

Wslm Tuan. Terima kasih ada feedback yang diberikan. Mungkin cara saya tidak reti menjawab/salah memberikan jawapan menyebabkan lebih ramai yang keliru. Saya mohon maaf.

Jika tidak silap saya dalam komen saya di atas saya sudah maklumkan bahawa buat masa ini saya menggunakan kaedah bamboo stick dan juga IGB. Bamboo stick adalah kaedah yang digunakan untuk bahagian luaran pokok, manakala IGB saya gunakan untuk fokus kepada bahagian tengah pokok. Jadi kita dapat memaksimumkan penghasilkan gaharu tersebut bagi setiap pokok. Namun begitu tidak semua pokok kita boleh menggabungkan teknik ini, hanya bagi pokok yang besar. Pada pokok yang masih diperingkat awal, kita cadangkan memilih salah satu method sahaja.

Maaf jika saya tidak menjawab soalan.

Cik Aminah menyediakan blogg ini untuk kongsi pengetahuan, saya x faham kenapa Aminah pula dipertangungjawad dengan jaminan. Tak masuk akal langsung, padahal pengetahuan yg Cik Aminah curahkan kpd kita, perlu kita berbudi dgnnya. Wahai peminat2 blogg gaharu. Jumpalah dgn MTIB minta mereka beri jaminan, jgn libatkan diri dgn haharu sekiranya x mampu mengambil risiko. Klau Cik Aminah berhenti tulis bloggnya, padan muka nanti.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tertarik saya dengan posting Cik Aminah kali ini yg begitu mendapat respon, mungkin untuk kebaikan pengusaha2 gaharu. Tahniah buat Cik Aminah.
Setuju saya dengan pendapat En Blogger, bahawasanya kita tidak boleh menyalahkan Cik Aminah sekiranya ada persoalan yg tidak terjawab. Segala ilmu yang Cik Aminah kongsikan adalah untuk penggiat gaharu walaupun tidak meliputi keseluruhannya.
Kepada Tuan Anonymous, sekiranya tuan inginkan jaminan atas pelaburan inokulan yang digunakan untuk menghasilkan teras gaharu tuan boleh la cuba menghubungi En Nazri- 0199433660 salah seorang staff sykt tersebut yang telah berurusan dengan saya. Tidak ramai tahu tapi telah berurusan dengan sykt2 dan agensi2 dan pengusaha gaharu yg tertentu sahaja, kerana inokulannya sedikit mahal tapi mempunyai jaminan sekiranya tidak berjaya. Saya sendiri pun baru inokulasi suku ekar daripada tiga ekar yang ditanam di selatan tanah air sejak setahun lalu dan Alhamdullillah hasilnya.
Idea, pendapat dan matlamat bagi saya sama dengan Cik Aminah tapi mungkin cara yang berbeza.
Saya memahami perasaan Tuan Anonymous kerana saya pun pernah alaminya.
YANG BURUK DARI SAYA SENDIRI dan YANG BAIK DARI YANG MAHA ESA - AMIN.

Terima kasih atas feedback yang diberikan. Semoga segala komen/feedback ini dapat membantu industri gaharu kita untuk terus berjaya.

Wslm.

Berapa kos inikulon products en nazri tu..

Post a Comment