DagangNet

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Urusan saya untuk perlepasan barang kawan yang ditahan oleh MAQIS masih belum selesai. Walaupun urusan tidaklah terlalu banyak tetapi buat saya rasa sangat letih. Urusan sangat lambat dan semuanya melibatkan kos dan masa yang banyak. Buat pertama kalinya tadi saya berurusan secara rasmi sampai menangis depan pegawai tersebut, dah la memang mood saya sangatlah tidak OK. Memang la malu tapi saya dah tak larat nak berulang-alik tapi urusan masih tak selesai ( buat malu je Gaharu Lestari..Huhu). Terus pegawai tu cakap dia akan masukkan maklumat tersebut dalam sistem pada hari ini juga. Ikutkan saya memang tak mahu ke Jabatan Pertanian hari ini sebab menunggu panggilan mereka, tetapi pegawai dari MAQIS yang minta saya pergi untuk dapatkan permit secara manual. Bila dah datang tapi tak dapat setel apa-apa tu yang tergeram tu.

Saya harap perkara ini tak akan terjadi kepada anda semua nanti. Sebab itu saya kongsikan pengalaman saya di sini. Hari ini saya nak berkongsi sedikit berkenaan dengan dagangnet. Kepada yang berminat nak berdaftar lebih baik anda daftar kerana walaupun pada awalnya agak cerewet tetapi selepas ini segala permohonan permit, cites anda boleh lakukan secara online.

LANGKAH DEMI LANGKAH DAGANGNET

1) Anda boleh membuat pendaftaran secara online di sini. 

2) Setelah membuat pendaftaran secara online, maka anda perlu menghantar dokumen yang dinyatakan dalam email daripada dagangnet. Jika anda hantar dokumen lengkap tersebut maka lebih cepat lah proses pendaftaran dagangnet anda. Jika syarikat Enterprise anda hanya perlu membawa salinan SSM anda.

3) Apabila anda membuat penghantaran dokumen ke dagangnet, anda juga dikehendaki membuat pembayaran kepada pihak dagangnet. Pembayaran saya rasa bergantung kepada jenis-jenis urusan yang akan kita gunakan menggunakan dagangnet. Bagi kes saya, saya daftarkan untuk Jabatan Pertanian, MAQIS dan juga MTIB. Jumlah yang perlu dibayar adalah RM 400.

4) Dalam tempoh 2 hari anda akan menerima email yang memberikan username dan password bagi permohonan permit anda secara online. Setelah mendapat username dan password anda boleh login untuk membuat permohonan online anda.


5) Setiap permit hanya valid untuk satu consigment sahaja. Pastikan anda memasukkan maklumat yang betul supaya semua proses berjalan lancar. Masalah yang saya hadapi sekarang adalah, jenis Aquilaria crassna (woodchip) daripada Thailand tiada dalam sistem. Oleh yang demikian, perlu maklumkan ke bahagian Import Permit Jabatan Pertanian supaya mereka boleh masukkan ke dalam sistem. Urusan ini yang agak lambat saya rasa.

Antara interface maklumat yang anda perlu masukkan.


6) Sebelum atau selepas anda buat permohonan melalui dagangnet, anda perlu membuat pembayaran deposit sebanyak RM 150 ke Jabatan Pertanian (menggunakan bank draf atau wang pos) atas nama Pengarah Jabatan Pertanian dan perlu dihantar ke Tingkat 1, Jabatan Pertanian, Jalan Sultan Salahuddin. Sebaiknya anda membuat pembayaran terlebih dahulu sebelum membuat permohonan secara online. Kerana pihak Jabatan Pertanian tidak akan meluluskan import permit tersebut selagi mereka tidak menerima deposit tersebut. Setiap permit akan ditolak sebanyak RM 15 untuk setiap permit.

Ok, rasanya sampai sini dulu yang boleh saya kongsikan. Nanti ada maklumat lain, akan saya kongsikan lagi, InshaAllah.

Wsslm.

p/s : malu sangat sebab nangis tadi, jangan la pegawai td tu ingat muka saya. Memang tak dapat control dah. 

Comments (0)

Post a Comment