Salam semua,
Mungkin masih ramai yang belum tidur di saat ini. Saya pun. Tengah excited bangunkan online store saya ni ha. Lepas ini, segala pembelian boleh dibuat menggunakan kedai online saya ini. Susah betul kalau excited terlebih ni kan? Sedangkan esok banyak perkara yang perlu diuruskan. Penat sangat tetapi sesuatu yang kita buat bersusah payah jika mendatangkan hasil memang kepuasan tersebut tidak dapat di nilai dengan apa pun. Dari pagi mengadap laptop memang menyebabkan mata berpinar-pinar. Saya juga dah kemaskini website GLR gara-gara di hack beberapa bulan yang lepas. Ada hikmahnya, kalau tidak macam itulah sampai ke sudah. Terima kasih hackers, anda memang sangat cool mcm gula2 hacks :)
Online store saya masih dalam pembangunan jadi masih tidak boleh war-warkan disini lagi. Memang dah lama nak buat tapi apabila kekangan waktu dan kesibukan memang tak sempat nak mengadap laptop. Alhamdulilah di bulan puasa yang penuh keberkatan ini, Allah berikan saya kekuatan untuk siapkan. Eh belum siap baru 60% siap. Hehe.
Semalam saya ke rumah kakak, saya tidur sebilik dgn mak. Memang sebelum tidur adalah masa bersembang-sembang kami. Hobi saya ialah ceritakan pengalaman atau cerita-cerita apa sahaja la yang saya baru lepas baca atau yang saya lalui. Kesian ibuku terpaksa dengar anaknya ini membebel. Hihi. Ok, malam ini semua orang kena jadi mangsa kena dengar cerita bed time story. Ok, kalau tak nak dengar cepat menguap sekarang.
Sesuatu yang indah dan berharga untuk diperolehi perlu melalui pelbagai kesusahan dan cabaran. Kita tidak akan menjadi orang yang betul2 berjaya jika kita belum menghadapi onak dan duri untuk berjaya. Kisah yang saya ingin kongsikan ialah kisah rama-rama. Sebelum menjadi rama-rama, ulat beluncas akan masuk ke dalam kepompong. Setelah melalui beberapa proses, ia akan keluar dengan bersusah payah dan menjadi rama-rama yang indah dan berterbangan dengan bahagianya. Pada suatu hari, sekumpulan saintis menjalankan kajian terhadap beluncas dalam kepompong, mereka membuat pemerhatian dan mendapati rama2 tersebut sangat sukar untuk keluar daripada kepompong. Salah seorang saintis telah membantu rama-rama untuk keluar dari kepompong. Dan yang menakjubkan, rama-rama tersebut tidak dapat terbang kerana dibantu untuk keluar dari kepompong. So kesimpulannya,
No Pain, No Gain.
Ok semua, selamat malam. Habis dah bed time story yang boring ni. Boleh tidur sekarang. Kalau tak tidur sekarang, kena sambung dengar cerita kedua pulak (muka garang paksa orang tidur).
Bye ,
Aminah Saad
Comments (0)
Post a Comment