Guangzhou 13 - 18 December 2013

0

Salam semua,

Semoga sihat2 selalu. Saya Alhamdulilah syukur semuanya dalam keadaan yang baik. Cuaca d Guangzhou yang sangat sejuk berjaya saya harungi dengan jayanya. Haha. Tp kulit jadi sangat2 kering. Saya harap ini penutup perjalanan saya tahun ini. Sebab kerja saya yang dekat sini pun sangat sangat banyak. Serius saya jadi mcm konfius jap sampai di rumah semalam sebab tak tahu hendak mula dari mana. Dan saya harus pindah rumah sebelum berakhirnya Disember ini. Satu barang pun saya belum packing sebab tak lekat kat rumah. Hihi.

Ok di pagi yang damai ini saya nak berkongsi sedikit gambar2 di Guangzhou. InshaAllah ada beberapa perkara yang sedang dibincangkan dan saya berharap memberi manfaat kepada semua kelak. Tolong doakan sama-sama. Mesti ramai yang rasa asyik stage perbincangan tak habis- habis, yes it works like that. Haha. Gaharu perniagaan jangka panjang yang sangat lumayan, it takes some time to create the trust and honesty. I believe we can make it.









Bukan mudah menjadi single traveller. Tambahan jika anda seorang perempuan. Tambahan lagi ia adalah ad hoc trip dan anda tidak bersedia. Hanya satu keyakinan yang kita perlu perkuatkan iaitu pergantungan kepada Yang Maha Kuasa. Semoga Allah sentiasa melindungi. Sebenarnya saya banyak nak membebel tapi tau tak rasa rindu nak makan nasi campur Kat gerai makcik for rumah saya ni. Perut pun dah bunyi lagu.

Bye. 

Jumaat Penghulu Hari

1

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua,

Semoga semua dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Rindunya saya pada blog. Rasa dah lama sangat saya tak menulis. Rindu pada anda semua juga.

Sejak kebelakangan ini, saya rasa perlukan masa untuk tidak terlalu bercakap dan berbicara berkaitan urusan2 dan aktiviti gaharu saya. Bukan apa, kadang kala mendiamkan diri itu lebih baik kan. Walaupun pada sy blog ini sebagai diari maya untuk saya menulis setiap atur langkah sy mengejar kejayaan, namun ada juga yang menerima secara negatif dan menambahkan beban di hati sendiri. Tanpa perlu berjumpa saya, ada dikalangan pembaca blog ini sudah dapat membaca personaliti sy, mengetahui cara sy, kadangkala sesuatu yang saya sendiri tidak sedari. Terima kasih kerana membaca blog ini walaupun blog ini semakin tidak berilmiah. Haha. Saya mohon maaf jika sepanjang saya menulis atau sepanjang saya berada dalam industri ini, ada menyakitkan hati sesiapa. Yang pasti saya tidak berniat begitu, kerana latar belakang yg berbeza maka penerimaan setiap orang pada sesuatu perkara pasti berbeza.

Saya si pengusaha kecil yang masih baru untuk memahami segala selok belok dalam mengharungi jalan yang penuh berliku. Ramai kawan2 yang memberikan sokongan, namun musuh dalam selimut lebih ramai lagi. Gembira atas kegagalan dan kejatuhan orang lain. Apakah yang ada dihati kita jika kita gembira atas kejatuhan orang lain? Moga dijauhkan daripada perasaan sebegitu. Semakin tinggi kita ingin melangkah, semakin banyak tangan2 ghaib yang menarik kita ke bawah.

Pengalaman beberapa minggu ini sedikit sebanyak menyedarkan saya. Walaupun atas pengalaman sahabat2 baik sy, tapi saya juga dapat belajar banyak perkara.  Ada manusia yang sanggup melakukan apa saja demi kepentingan peribadi. Dah tak kira halal haram. Hmmm...walau sehebat mana pun kita, jika Allah nak tarik segala nikmat sekelip mata pun boleh. Peringatan untuk diri sendiri juga.






Ok semua. Malam ini flight saya ke next destination. Mungkin yang terakhir sebagai penutup 2013. 

Salam Jumaat. 

November

0

Labels: ,

Salam Jumaat buat semua,

Apa khabar semua? Rindunya pada blog. Rasa dah lama betul tak menulis di blog. Rasa macam sibuk jadi tak sempat nak update blog ( sedangkan rasa macam tak produktif pun). Ya Allah, berikanlah kemudahan dalam setiap urusan yang sedang dilakukan. Mudah mudahan lebih berkat dan memberi manfaat kepada semua :)





Beberapa minggu ini, memang saya pun turun sekali ke site. Buat kerja dari A sampai Z. Memang hitam legam la saya yang dah memang hitam ni. Walaupun sangat penat, tapi saya perlu bersemangat juga supaya Team GLR yang turun padang pun jadi bersemangat. Alhamdulilah setakat ini semua berjalan lancar.

*Teaser TVG



Recap Perjalanan 2013

0

Labels:

Nampaknya tahun 2013 sudah menghampiri ke penghujungnya. Sekejap je kan dah hampir berlalu tahun 2013, dan 2014 akan menjelma tiba. Namun begitu, masih ada bersisa 2 bulan yang perlu kita penuhi dengan aktiviti yang bermanfaat dan masih ada 2 bulan untuk kita melakukan sesuatu bagi mencapai sasaran kita pada tahun ini. Jangan mudah mengalah OK, masih banyak yang boleh kita lakukan.

Di pagi Isnin yang sangat nyaman ini, saya sekadar berkongsi gambar perjalanan saya bagi tahun 2013 ini. Banyak pahit manis dilalui. Alhamdulilah syukur.

Januari (Pekan Baru)




Februari (Chiang Rai/ Kalimantan)





April (Hainan)



Mei (Bangkok)




Jun (Pekan Baru)




Julai (Phonm Penh)




Ogos (Hojai)




Untuk habiskan tahun ini ada dua tempat lagi yang saya plan nak pergi iaitu Vietnam dan Brunei. Belum sampai lagi. Mudah mudahan Allah beri lorongan mudah untuk ke sana. Kalau di Indonesia, saya mahu ke Aceh, Kalimantan (bahagian lain), Lombok, PNG, Palembang, ada beberapa tempat lagi yang tak ingat nama. Hehe. InshaAllah minggu depan ke Pekan Baru hantar Datuk. Sambil menyelam minum air. Harap2 sempat siapkan kerja-kerja kat sini sebelum berangkat ke sana.


Ebook Gaharu Edisi 2

0

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Apa khabar anda semua, semoga semua sihat-sihat selalu? Sejak akhir-akhir ini, saya mengalami masalah untuk tidur. Tak tahulah kerana terlalu banyak berfikir atau memang mata memang degil nak tidur. Sebelum ni, kalau nampak je bantal confirm boleh tidur dengan nyenyak. Masa saya belajar dulu, jika rehat sejam pun sempat balik dulu untuk tidur. Tidur kena cukup kalah baby. Tak boleh dijadikan contoh betul kan? Haha.

Ok berbalik kepada tajuk entri pada hari ini. Saya rasa memang sudah lama saya ingin melancarkan Ebook Edisi 2 saya. Namun kesibukan dan beberapa halangan menjadikan ia sering tertangguh. Tetapi Alhamdulilah saya rasa sudah bersedia untuk mengeluarkan ebook kedua ini. Ebook kedua akan dilancarkan pada 30 November 2013. This is a special date. Jadi saya pilih tarikh ni utk pelancaran ebook ini. Ebook Edisi kedua ini mengandungi 3 bahagian :-
1) Ebook Utama
2) Travelog Gaharu
3) Video


*bukan cover sebenar ebook. Cover sebenar masih dirahsiakan :)



Preview Kandungan Utama Ebook :-
Pengenalan
Kenali spesis Gaharu
Kaedah Semaian Biji Berkesan
Pembangunan Ladang Efisien
Faktor Kejayaan & Kegagalan 
Pengusaha Berjaya. Kenapa berjaya?
Pengusaha Gagal. Bagaimana mengatasi?
Carving
Penyulingan Pati Minyak Gaharu
Pasaran

Travelog Gaharu 
- Catatan Perjalanan Gaharu
- Ada beberapa siri Travelog tetapi untuk pakej ini hanya diberikan satu sahaja :)

Video 
- Ada 5 Video yang akan diberikan :)

Harga Pakej Ebook Edisi Kedua = RM 50

Kepada sesiapa yang membuat tempahan sebelum 30 November 2013, harga istimewa akan diberikan iaitu hanya RM 30 sahaja bagi pakej Ebook Edisi 2 ini. Tetapi ebook ini hanya akan diberikan pada anda pada 30 November 2013 ini. 


Kepada yang ingin membuat pre-book bagi ebook edisi kedua ini, boleh membuat pembayaran ke CIMB Gaharu Lestari Resources 12220008727052 dan emailkan bukti pembayaran ke aminah.mdsaad@gmail.com .

Terima kasih :)




Monday Blues

0

Labels:

Salam Sejahtera di Subuh hari,

Saya yang tak kena punch card pun terkena monday blues juga ke?  Hehe. Ucapan buat semua, cintai kerja yang anda sedang lakukan sekarang ini maka monday blues pun akan hilang dari diari hidup anda. Kadang kala bila kerja sepanjang minggu, hari apa pun boleh lupa. Memang sangat pelupa. Memang dah jadi tahap Nenek dah. Hari ini perlu jemput Datuk di Airport. Semoga Datuk selamat sampai :)


Ok semua, jom bersiap2 untuk menghadapi hari ini. Mulakan hari anda dengan bersyukur kepada Allah kerana masih di berikan nikmat untuk hidup. Buatlah yang terbaik dalam hidup ini.


USM dalam Kenangan

0

Labels:

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua,

Anda rasa semalam hujan tak? Cerita saya sama macam kisah si penjual tempe. Hujan tetap turun dengan lebatnya pada sebelah petang. Tetapi nampaknya krew2 saya sangat cekap menjalankan tugas. Hampir separuh daripada kerja sudah selesai. Dan pagi ini mereka keluar awal kerana semalam petang kan tidak dapat bekerja. Mudah mudahan segala urusan selesai pada hari ini dan kami boleh bergerak pulang bersama-sama :)

Semalam saya sempat ke seberang Pulau. Memang rasa sangat memorable la. Teringat kenangan waktu belajar di USM dahulu. 8 tahun yang lalu. Tapi memang saya tak berapa nak ingat jalan. Main redah je. Dah la hujan dengan lebat. Tapi kali ni rasa sesat yang best. Banyak sangat kenangan dekat Pulau Pinang ni. Rindu betul waktu belajar di USM. Cadang nak round sekejap di USM tapi tak sempat sebab urusan pun dah habis lewat.

Sempat singgah di Masjid USM. Rindu :)

Waktu sampai di USM, mak saya pergi buka suatu cerita ni. Waktu tu saya tahun satu di USM. Nak ke kelas, nak keluar outing, nak ke mana-mana memang naik bas USM yang disediakan. Pada suatu hari ni, waktu bas ingin turun di laluan depan Fakulti HBP, bas tu hilang kawalan. Dan pemandu bas tu cakap suruh terjun daripada bas. Waktu tu saya memang duduk di seat paling depan dengan seorang kawan baik. Saya orang kedua yang terjun dari bas. Cuba bayangkan terjun bas berbaju kurung. Nasib baik la sopan santun je terjun. Bila kawan saya yang ketiga terjun, elok pulak bas tu boleh berhenti. Memang rasa bergegar otak dan luka-luka juga la seluruh badan. Sempat la dikejarkan ke klinik kesihatan USM, pastu kawan-kawan baik yang melawat semua pakat gelak bukan nak bersimpati. Hmmm ..Kenangan sungguh :)

Memang rasa nak berlama-lama di Penang. Nak jumpa kawan-kawan lama. Tapi memang tak sempatlah kan. Hari ni dah kena bersiap-siap nak balik. Memang banyak kerja menunggu. 

Terima kasih kepada Hj Latif yang sudi menerima kehadiran saya ke Pulau Pinang. Sempat melawat ke tempat tanaman gaharu beliau. Sempat belanja nasi kandar. Terima kasih banyak-banyak :)



Ohh no, sangatlah gemuk gambar saya ni. Insaf ( ^__^)



Ok lah nak bersiap ada beberapa urusan yang belum selesai lagi.