Recap Perjalanan 2013

Labels:

Nampaknya tahun 2013 sudah menghampiri ke penghujungnya. Sekejap je kan dah hampir berlalu tahun 2013, dan 2014 akan menjelma tiba. Namun begitu, masih ada bersisa 2 bulan yang perlu kita penuhi dengan aktiviti yang bermanfaat dan masih ada 2 bulan untuk kita melakukan sesuatu bagi mencapai sasaran kita pada tahun ini. Jangan mudah mengalah OK, masih banyak yang boleh kita lakukan.

Di pagi Isnin yang sangat nyaman ini, saya sekadar berkongsi gambar perjalanan saya bagi tahun 2013 ini. Banyak pahit manis dilalui. Alhamdulilah syukur.

Januari (Pekan Baru)




Februari (Chiang Rai/ Kalimantan)





April (Hainan)



Mei (Bangkok)




Jun (Pekan Baru)




Julai (Phonm Penh)




Ogos (Hojai)




Untuk habiskan tahun ini ada dua tempat lagi yang saya plan nak pergi iaitu Vietnam dan Brunei. Belum sampai lagi. Mudah mudahan Allah beri lorongan mudah untuk ke sana. Kalau di Indonesia, saya mahu ke Aceh, Kalimantan (bahagian lain), Lombok, PNG, Palembang, ada beberapa tempat lagi yang tak ingat nama. Hehe. InshaAllah minggu depan ke Pekan Baru hantar Datuk. Sambil menyelam minum air. Harap2 sempat siapkan kerja-kerja kat sini sebelum berangkat ke sana.


Comments (0)

Post a Comment