Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua,
Semoga semua dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Rindunya saya pada blog. Rasa dah lama sangat saya tak menulis. Rindu pada anda semua juga.
Sejak kebelakangan ini, saya rasa perlukan masa untuk tidak terlalu bercakap dan berbicara berkaitan urusan2 dan aktiviti gaharu saya. Bukan apa, kadang kala mendiamkan diri itu lebih baik kan. Walaupun pada sy blog ini sebagai diari maya untuk saya menulis setiap atur langkah sy mengejar kejayaan, namun ada juga yang menerima secara negatif dan menambahkan beban di hati sendiri. Tanpa perlu berjumpa saya, ada dikalangan pembaca blog ini sudah dapat membaca personaliti sy, mengetahui cara sy, kadangkala sesuatu yang saya sendiri tidak sedari. Terima kasih kerana membaca blog ini walaupun blog ini semakin tidak berilmiah. Haha. Saya mohon maaf jika sepanjang saya menulis atau sepanjang saya berada dalam industri ini, ada menyakitkan hati sesiapa. Yang pasti saya tidak berniat begitu, kerana latar belakang yg berbeza maka penerimaan setiap orang pada sesuatu perkara pasti berbeza.
Saya si pengusaha kecil yang masih baru untuk memahami segala selok belok dalam mengharungi jalan yang penuh berliku. Ramai kawan2 yang memberikan sokongan, namun musuh dalam selimut lebih ramai lagi. Gembira atas kegagalan dan kejatuhan orang lain. Apakah yang ada dihati kita jika kita gembira atas kejatuhan orang lain? Moga dijauhkan daripada perasaan sebegitu. Semakin tinggi kita ingin melangkah, semakin banyak tangan2 ghaib yang menarik kita ke bawah.
Pengalaman beberapa minggu ini sedikit sebanyak menyedarkan saya. Walaupun atas pengalaman sahabat2 baik sy, tapi saya juga dapat belajar banyak perkara. Ada manusia yang sanggup melakukan apa saja demi kepentingan peribadi. Dah tak kira halal haram. Hmmm...walau sehebat mana pun kita, jika Allah nak tarik segala nikmat sekelip mata pun boleh. Peringatan untuk diri sendiri juga.

Ok semua. Malam ini flight saya ke next destination. Mungkin yang terakhir sebagai penutup 2013.
Salam Jumaat.
Salam cik Aminah, cik Aminah sekarang ni tidak lagi menjadi setiausaha komuniti gaharu bumiputera Malaysia ke, kalau tidak lagi mengapa. Sekarang ni komuniti gaharu bumiputera Malaysia pun macam dah nak jadi komuniti gaharu bumiputera Malaysia Indonesia!! ingatkan untuk bumiputera Malaysia sahaja. Yang sekarang ni nampak perasan bagus sangat....