Pejam celik pejam celik kita sudah berada di penghujung 2013. Begitu banyak pahit manis perjalanan yang dilalui. Yang pasti saya belajar begitu banyak perkara di tahun 2013 ini. Pengalaman yang lebih mematangkan diri. Mengenal yang baik dan buruk. Menilai sesuatu yang berharga dan tidak. Menghargai apa yang dimiliki. Dan banyak lagi yang menjadikan saya lebih matang mendepani sesuatu perkara. Eh ye ke? Hehe. InshaAllah 2014 akan saya lalui dengan lebih tersusun, matang dan bertanggungjawab.
Di penghujung tahun ini agak kurang sihat, memang tidak berdaya nak siapkan begitu banyak urusan. Hanya mampu tidur. Alhamdulilah malam ini kesihatan beransur pulih dan sangatlah bersemangat. Syukur Ya Allah. Akan cuba merangka takwin 2014 dengan lebih baik. InshaAllah, tahun 2014 lebih baik daripada 2013. Semoga kita semua sentiasa meningkatkan diri untuk menjadi yang lebih baik :)
*kotak daripada kayu gaharu. cantik kan??
* pandangan di luar hotel saya menginap (Guangzhou City)
Di penghujung tahun ini agak kurang sihat, memang tidak berdaya nak siapkan begitu banyak urusan. Hanya mampu tidur. Alhamdulilah malam ini kesihatan beransur pulih dan sangatlah bersemangat. Syukur Ya Allah. Akan cuba merangka takwin 2014 dengan lebih baik. InshaAllah, tahun 2014 lebih baik daripada 2013. Semoga kita semua sentiasa meningkatkan diri untuk menjadi yang lebih baik :)
* Rindu pantai Aceh ...SubhanaAllah sangat cantik :)
*Comel la konsep ShareTea ni..nk tiru boleh dak? :)
* Nanti show room saya pun nak macam inilah..eh comel sikit daripada ini :)
Apa azam tahun 2014 anda? Saya nak carry forward azam 2013 yang masih belum tercapai kerana agak kurang kekentalan jiwa. InshaAllah, saya akan upgrade diri menjadi lebih baik, lebih best, lebih sistematik, lebih berkeyakinan dan lebih berat badan (eh yang paling akhir ni salah...lebih kurus..hoho). Walaupun saya demam tapi mak cakap saya makan banyak macam mana nak kurus. Ohh my diet !!
*bukti cik min masih belum kurus..muka sangat bulat :(
FAKTOR KEGEMUKAN : selalu makan yang sedap2 dan jadi tukang habiskan makanan
* Tengok gambar pun dah rasa mcm nak makan gambar..Hihi. Selalunya tak sempat tangkap gambar makanan sebab bila smpi je terus ngupp
* Muka riang gembira dapat makan. Kalau lambat makan muka akan masam :(
Kenapa perempuan sangat obses berkenaan dengan berat badan ek? Saya pun kurang pasti tetapi yang nyata saya sangat obses walaupun masih gagal untuk menguruskan diri. InshaAllah dengan displin yang lebih teratur saya akan berjaya.
Walaupun selalu makan tetapi sangatlah kurang kemahiran memasak. Jadi azam 2014 juga mahu lebih bijaksana membuat pelbagai jenis hidangan. Tak adalah setiap kali nak masak perlu google resepi. OMG. Kesian betul. Kenapa la susah sangat nak ingat resepi eh?? Maaf semua kerana dah melalut-lalut ke topik lain. Saya berazam akan update blog gaharu info dengan info2 yang lebih bermanfaat bukan kisah hidup diri sendiri yang tak de siapa pun nak tahu. Penulisan yang lebih serius dengan fakta dan rujukan (muka garang dan serius..sila takut).
--> ini purse --> ini bear
* Buang ini semua untuk lebih matang (+__+)
Harap ini post merepek terakhir saya. Lepas ini kena perbanyakkan tulisan yang lebih ilmiah. Tolong ingatkan saya kalau saya terlupa. Mak minta saya ajarkan dia internet. Email, Blog, Facebook dan website. Kagum betul semangat mak nak belajar internet. Sedangkan SMS pun mak tak berapa lepas lagi. Tapi saya Ok je, yang penting mak happy dengan apa yang dia hendak buat. Kalau mak dah pandai baca blog ni, mesti mak komen dalam hati " apa la anak aku merepek ni?"
Ok. Bai.
Comments (0)
Post a Comment