Buat Jahat Jangan Sekali, Buat Baik Berkali-kali

Labels:

Assalamualaikum dan Selamat Hari Isnin,

Selamat bekerja kepada yang sedang bekerja. Semoga kita semua sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik bagi melalui hari-hari yang mendatang. Alhamdulilah selamat tiba di Tanah Air tercinta pada pukul 1.30 pagi tadi.Disebabkan flight delay sejam maka sy juga tiba agak lambat di LCCT. Syukur Alhamdulilah segalanya berjalan lancar. Selamat pergi dan selamat pulang :)

Apabila berada ditempat yang asing, saya sentiasa panjatkan doa agar dipertemukan dengan orang-orang yang baik hati. Yang boleh menolong saya jika saya memerlukan. Yang boleh memberikan arah jika saya tersesat. Yang boleh bantu saya berkomunikasi dengan orang yang tidak dapat memahami bahasa yang saya tuturkan. Dan senarai itu akan terus bertambah apabila satu per satu kesukaran saya hadapi. Dan apabila kita dalam kesusahan begini kita berdoa agar Allah temukan kita dengan seseorang yang boleh membantu kita.



Begitulah sebaliknya. Untuk menerima kita perlu memberi terlebih dahulu. Kita perlu membuat kebaikan dengan membantu orang yang dalam kesusahan selagi masih dalam kemampuan kita. Pertolongan yang sedikit tetapi apabila sangat diperlukan menjadi suatu yang sangat bermakna dalam hidup seseorang itu. Ya, saya sangat-sangat merasai hal ini apabila saya pergi ke negara orang. Dengan banyak kekangan yang perlu dilalui, tanpa insan-insan baik hati yang Allah aturkan untuk kita tidak mungkin segalanya berjalan lancar.


Mak saya selalu berpesan berbuat baiklah sebanyak sebanyak mungkin kepada sesiapa sahaja yang memerlukan selagi saya termampu. Kerana apabila kita memerlukan kelak mudah mudahan Allah gerakkan hati insan lain untuk membantu kita. Walaupun hanya membantu memberikan arah, ianya adalah satu perkara yang sangat-sangat bermakna. Yakinlah bahawa setiap kebaikan yang kita lakukan Allah akan balas dengan bantuan yang kita tidak sangka-sangka.

Kebaikan akan tetap menang berbanding kejahatan. Saya ingin belajar membantu dengan seikhlas yang mungkin kepada orang yang memerlukan. Walaupun kadang kala kita tidak mampu untuk ikhlas membantu orang lain tapi saya yakin Allah tetap berikan kita ganjaran. Kita manusia biasa yang punya pelbagai sifat mazmumah. Namun kita boleh berusaha untuk menjadi lebih baik.

Kadang kala hanya dengan senyuman juga dapat membantu orang lain. Dapat membantu menceriakan orang lain yang mungkin dalam keserabutan melalui hari-hari yang penuh dengan cabaran. Cuba memahami kesusahan orang lain akan menyebabkan orang lain cuba memahami permasalahan kita kelak.

" The more you give, the more you get"

Pada saya lumrahnya begitu. Untuk menerima kita perlu memberi dahulu. Lebih banyak kita membuatkan orang bahagia lebih banyak kebahagian yang akan kita miliki. Untuk disayangai maka sayangilah orang lain terlebih dahulu. Untuk dipercayai maka percayailah orang lain terlebih dahulu. Untuk difahami maka fahamilah orang lain terlebih dahulu. InshaAllah, kita akan memperolehi apa yang kita mahukan. Macam yang sering kita ketahui dalam "Law of Attraction" kita akan menarik apa yang kita fikirkan. Jika kita sering fikirkan orang akan menipu kita, maka kita akan menarik orang yang menipu kepada kita. Untuk tidak ditipu maka yang cuba menipu orang lain.

" Saya tidak menipu tetapi sering ditipu"

Hmm, mungkin kita ada kesilapan dimana-mana sebagai khifarah atas kesilapan lalu kita. Atau mungkin sebenarnya itu yang sering kita fikirkan iaitu takut ditipu, takut bertemu orang penipu. Jadi jika itu yang selalu kita fikirkan itulah yang akan menarik kita kepada orang-orang penipu.Jadi, marilah kita berfikiran positif dan menyebarkan kebaikan.

"Buat jahat jangan sekali, buat baik berkali kali "


Jangan tanya berapakah pulangan yang akan kita perolehi jika kita sendiri tidak pernah membuat pelaburan.
Jangan tanya berapa hasil tanaman yang akan kita perolehi jika kita sendiri tidak pernah menanam.
Jangan tanya kenapa kita tidak berjaya sedangkan kita tidak pernah bermula.

Jangan tanya kepada orang lain, tanya ke dalam diri sendiri. 



Aminah Saad


Comments (0)

Post a Comment