Travelog : Assam, India ( 27 Ogos - 2 September 2013) Part 1

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Semoga dalam keadaan sihat sejahtera. Akhir-akhir ini memang saya rasa malas untuk menulis di blog. Tapi sebenarnya saya perlu juga menulis di sini sebagai sumber rujukan saya di masa akan datang. Jadi hari ini saya ingin menulis berkenaan dengan trip ke Assam tempoh hari. Mana tau ada yang ingin pergi nanti, boleh lah dijadikan panduan :)

Sebelum membuat keputusan ke India, saya perlu menyiapkan visa terlebih dahulu. Di sebabkan waktu ke China, tempoh untuk menyiapkan visa boleh dipilih iaitu normal atau express. Jadi saya fikir samalah ke India pun. Sebab saya masih berfikir untuk pergi atau tidak. Tiket pun belum beli lagi. Macam ke China, perlu beli tiket dulu kemudian barulah mohon visa. Nampaknya untuk ke India lain pula. Jom saya kongsikan kepada sesiapa yang belum tahu.

1) Buat pendaftaran secara online di sini . Anda boleh upload gambar jika ada.

2) Untuk yang pertama kali ke India, boleh pilih type of visa : Tourist

3) Cetak borang permohonan visa tersebut. dan hantar ke Kedutaan India di Dataran Merdeka :) --> saya hari tu salah pergi tempat ke Menara Mont Kiara. Sedangkan di Mont Kiara adalah untuk rakyat India yang ingin membuat visa dan sebagainya. Nasib baik pemandu teksi sungguh baik hati sebab beliau pun baru pulang dari trip ke India.

4) Borang anda akan disemak dan jika tiada apa-apa masalah maka borang anda akan diproses. Kepilkan bersama gambar berukuran pasport berlatar belakang putih 2keping.

5) Dalam tempoh 3 hari bekerja anda boleh mengambil visa anda. Anda tidak boleh request untuk express. Jadi jangan beli tiket dulu nanti visa tak siap tak pasal-pasal je ada masalah. Hehe. Macam saya kan, hari selasa depan nak pergi hari rabu baru buat. Alhamdulilah, hari jumaat boleh ambil :)

Jumlah bayaran yang perlu dibuat adalah RM 167 (tak ingat exact amount..hehe)

Tiket AirAsia KL- Kolkata ( RM 840 including 20kg ) --> kalau planning lebih awal dan booked awal dapat lebih murah. MAS tiada direct ke Kolkata. Tapi jika hendak ke Delhi dulu pun Ok juga tapi tiket lebih mahal :)

27 OGOS 2013 

Perjalanan ambil masa dalam 4 jam. Jadi saya bertolak dari LCCT pukul 3 petang dan sampai di Kolkata dalam pukul 5.15 petang. Perbezaan masa 2 jam. Disebabkan tiada flight terus ke Guwahati maka saya perlu bermalam di Kolkata untuk satu malam. Saya telah tempah hotel dari Malaysia melalui booking.com (boleh cari deal-deal yang menarik dan pilih hotel yang dalam budget kita). Disebabkan saya adalah budget trip maka saya pilih satu hotel semalam dalam IDR 1200. Dari kolkata airport ke hotel saya ambil prepaid taxi IDR 240. Teksi ni tiada aircond dan mmg laju sangat sangat. Teksi ni sangatlah klasik..Hehe :)


(sumber google, saya tak sempat nak tangkap gambar teksi yg sangat comel ni)

Sampai hotel sangat sangatlah best sebab boleh berehat. Sebenarnya salah satu yang menyumbang kepada rasa penat sangat sangat adalah perasaan RISAU. Iya, sedikit risau kerana inilah perjalanan pertama saya sendirian ke tempat yang belum pernah saya jejak. Dengan bahasa asing dan semuanya asing. Saya perlu bertawakal dan serahkan segala-galanya pada Yang Maha Kuasa. Alhamdulilah sampai dengan selamat ke hotel tanpa banyak cabaran. Cabaran esok saya perlu ke Airport seawal pukul 4 pagi. Hmmm, kerisauan saya yang pertama ialah 1) Tak terbangun sebab letih sangat 2) Naik teksi seawal pagi sendirian. Ok cukup 2 sebab buat saya tak boleh tidur semalaman. Haha :)

Saya sudah tempah teksi yang saya naiki dari airport ke hotel tadi untuk ambil saya pagi nanti. Walaupun tidak pandai berbahasa Inggeris tapi saya yakin beliau faham. Kami gunakan bahasa isyarat. Dan mungkin dia pun faham sikit2 apa yang saya maksudkan cuma tidak tahu untuk membalas apa yang saya sampaikan. Alhamdulilah di hotel ada wifi jadi saya dapat berhubung dengan kawan saya di Hojai utk call semula driver teksi dan confirmkan. Dan juga call teksi esok pagi takut beliau terlupa. Kalau tiada internet mmg Cik Aminah pun lost tak tahu nak buat apa. Ya, dunia tanpa sempadan sekarang membuatkan kita agak bergantung kepada internet. 

28 OGOS 2013

Debaran hari kedua. Pukul 3.30pagi saya sudah siap. Cuma tunggu masa nak keluar dari hotel. Saya online dan kawan saya beritahu teksi dalam perjalanan ke hotel. Alhamdulilah. Dalam pukul 4 saya check out dari hotel. Teksi tu datang dengan dua orang. Dan mereka beritahu disebabkan saya keluar awal pagi maka charge adalah double. Orang teksi ini pandai berbahasa Inggeris. Jadi lebih mudah bertutur dengan beliau. 

" Are you from Australia?"
" No I'm from Malaysia"
(Nampaknya muka Cik Aminah macam orang Australia agaknya..Haha. Boleh pindah Australia lepas ni)

So perjalanan pagi ini IDR 500. Sampai Airport dia tolong angkat barang saya dan minta saya tambah IDR 100 tapi sy cuma tambah IDR 50 sahaja sebab tiada duit 100. Sebenarnya ikutkan saya pun malas nak cakap banyak as long as saya sampai ke destinasi yang dituju pun dah syukur Alhamdulilah. 

Saya terus check in sebab kaunter dah buka. Perut memang lapar gila sebab saya tak tahu nak beli makanan apa. Nasib baik semalam saya ada bawa bekalan roti daripada Malaysia. Itulah sebagai lapik perut di pagi hari. Saya ni dah la jenis yang kena makan nasi. Semalam sampai pun saya tak makan. Cabaran di perantauan. 




 Dalam flight saya memang tak boleh tidur sebab lapar. Haha. Perjalanan Kolkata-Guwahati mengambil masa lebih kurang 2 jam. Jadi saya dijangka tiba jam 8 pagi. Kawan saya pun bergerak dari Hojai sama saya bertolak dari Kolkata. Flight agak kosong mungkin sebab dah berakhir musim cuti atau perayaan. Kos perjalanan Kolkata-Guwahati IDR 6400 (2 hala).

Sampai je di Guwahati, kawan saya sudah sedia menunggu. Alhamdulilah. Syukur. Kami menaiki kereta ke Hojai yang mengambil masa lebih kurang 3 jam perjalanan. Dalam perjalanan siap nampak Gajah lagi kat tepi jalan. Hehe. Berbanding Kolkata, Guwahati lebih kepada persekitaran yang masih banyak pokok, hutan, gunung ganang dan masih hijau la orang kata. 

Saya sampai di Hojai pukul 11 pagi. Satu keluarga kawan saya tu sambut saya dengan baik sekali. Malu sangat rasa. Haha. Makan dalam pukul 1 tengahari. Memang dah lapar sangat tapi malu la kan dekat rumah orang. Mak kawan saya masak nasi beriyani yang sangat sangatlah sedap. Memang harus bertambah-tambah makan. Nyummyyy. Tapi sebab saya tak ambil gambar jadi tak bolehlah sharing dekat sini. Yang nyata nasi beriyani kat sana lebih pedas mungkin kerana rempah ratus yang digunakan lebih banyak.



Di sebelah petang kami just round-round kampung je sambil lihat beberapa kawasan tanaman gaharu di Hojai. Lagipun memang agak penat. Jadi jalan santai je :)




Ok sampai sini dulu tulisan saya pada hari ini. Tiba-tiba rasa mengantuk pulak. Alamak banyaknya kerja belum siap tapi masih ada masa tulis blog kan. Hmmm :)

Oklah, babai :)






Comment (1)

Bestnya!!!

Nak ikut...

Post a Comment