End of Trip

0

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semoga anda semua sihat sejahtera. Saya juga alhamdulilah sihat cuma sekarang sangat sangat lapar. Haha. Saya masih di India lebih spesifik di Kolkata. Semalam tiba sudah lewat petang di Guest House Kolkata jadi saya tidak sempat untuk makan, tambahan saya terlupa untuk membuat tukaran wang sebelum sampai ke sini. Disebabkan Guest House ini agak jauh untuk ke money changer jadi saya ambil keputusan untuk tidur sahaja. Ketika ini saya terbangun jam menunjukkan jam 2.30 pagi (5.00 pagi Malaysia) dan mulalah rasa tak senang sebab perut lapar. Haha. Adatlah jadi traveller kan?

Mudah mudahan perjalanan saya esok berjalan lancar. Cuma sehari lagi berbaki. Flight ke Malaysia esok jam 5 petang. Mungkin sampai dalam jam 12.30 pagi. Selepas menjejakkan kaki ke Malaysia baru fikirkan semula kerja yang begitu banyak menanti. Haha. Ok, malam ini saya kongsikan sedikit gambar ketika trip saya ke Hojai, Assam. Best sangat- sangat. Terima kasih kepada sahabat saya Fakharuddin yang menjadikan trip saya kali ini sangat-sangat mudah. Juga buat keluarga beliau yang melayan saya sangat sangat baik tahap " 5 bintang". Banyak benda yang nak tulis tapi nantilah ye saya tulis molek-molek sikit (Mode : tahan lapar sementara nak tunggu breakfast). Haha.





Apabila kita merantau ke tempat orang kita akan belajar lebih mensyukuri apa yang kita miliki. Terutamanya apabila kita bersendirian. Tiada siapa yang boleh membantu. Segalanya bertawakal kepada Allah. Hanya kepadaNya kita memohon perlindungan. Dalam setiap langkah yang diatur, dalam setiap urusan yang dilakukan. Bertemu dengan insan-insan yang baik hati, tidak lokek membantu walaupun saya bukanlah siapa-siapa pada mereka. Sangat terharu.

Dan dikesempatan ini, saya ingin mengucapakan Selamat Hari Merdeka buat Negara tercinta. Walau hujan emas di Negeri orang, lebih baik lagi hujan batu di Negeri sendiri. Hargailah segala yang Allah kurniakan kepada kita dibumi bertuah ini. Jangan selalu sangat tidak berpuas hati. Selain belajar tentang gaharu, saya juga belajar tentang kehidupan, hubungan antara manusia dan juga menghayati keindahan alam.


Oklah, saya rasa sampai disini dahulu coretan ringkas saya. Saya rindu kat semua orang ni. Tak sabar nak balik.

Yang excited,
Aminah Saad

Update 26 Ogos 2013

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. Saya sedikit batuk dan juga sakit mata. Hmm..Ujian dari Yang Kuasa. Gathering Raya lepas berjalan lancar dengan kehadiran 14 orang yang kebanyakkannya bekas peserta daripada SCCTBEG. Terima kasih kepada semua yang memberikan komitmen bagi menjayakan program ini. InshaAllah program sebegini akan diadakan dua bulan sekali bagi membincangkan permasalahan-permasalahan antara pemain-pemain industri selain berkongsikan peluang-peluang yang diperolehi. Kepada anda semua yang diluar sana, jom join program ini inshaAllah next event pada 26 Oktober 2013. Lokasi masih di De Palma Ampang.





Kita tidak akan berjaya apabila bergerak sendirian. Apabila kita bersatu dan bekerjasama, sesuatu yang susah akan menjadi mudah. Untuk memikirkan suatu perkara sendirian pasti lebih susah dibanding dengan berfikir secara beramai-ramai. Semoga dengan kerjasama sebegini kita akan lebih kuat untuk mengatasi apa jua cabaran yang berada dihadapan. Memang kumpulan ini saya sangatlah suka kerana masing-masing tidak lokek ilmu dan sedia berkongsi idea dan pandangan. Dan tidaklah terlalu serius dan masih boleh bergurau senda. Hidup ini singkat untuk kita terlalu serius. Hidup bukan semata-mata untuk berfikir tentang permasalahan-permasalahan dan perniagaan gaharu kan?



InshaAllah, esok (27 Ogos 2013 - 1 Sep 2013) saya akan ke Assam, India. Saya mohon anda semua doakan saya ye. Doakan keselamatan dan segala urusan saya berjalan lancar. Kadang kala kita berjaya bukan kerana doa kita, tetapi kerana doa orang lain buat kita. Terima kasih buat insan-insan penting disekeliling saya yang selalu mendoakan saya. I loye you all.

Maaf atas beberapa perkara yang tertangguh, saya akan selesaikan pulang nanti ya :)



Salam Sayang,
Aminah Saad


Perjumpaan Gaharu Raya

0

Labels:

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua,

Dikesempatan ini saya ingin menjemput anda yang berminat untuk menghadiri Majlis Perjumpaan Gaharu Raya 2013. Maaf kerana lambat memaklumkan kerana agak sibuk. Di sini disertakan maklumat berkenaan dengan program tersebut.

Tarikh : 24 Ogos 2013
Tempat : De Palma Hotel, Ampang
Masa : 8 malam
Bayaran : RM 30 seorang (untuk buffet dinner)
Aktiviti : Mengeratkan silaturahim antara pengusaha gaharu. Atau terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat. Berkongsi pengalaman antara satu sama lain.

Kepada yang berminat untuk menyertai program ini sila SMS kepada saya 018-2306585. Buat pengesahan sebelum 12 tghri Jumaat (23 Ogos 2013).

Perjumpaan lepas bersama bekas peserta SCCTBEG di Chop & Steak, Serdang. 15 Ramadhan yang lalu. 


Money is not everything in business. Get out there and making friends, it is the real value !!
Business can be build by having a good friends around.
- Aminah Saad - 

Si Comel

0


Everyone has someone in their life that keep them looking forward to another day :)




Proses Fumigasi

0

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Hari ini nak berkongsi gambar-gambar ketika menguruskan proses fumigasi petang tadi. Gambar tidak berapa jelas sebab hanya menggunakan handphone sahaja. Proses fumigasi ini dilakukan selama 24jam. Jadi esok baru saya boleh ambil. Mudah mudahan segalanya berakhir esok :)








Alhamdulilah, permulaan minggu yang baik. Semangat membuat kerja dah kembali. Tapi memang kerja sangat banyak. Kalau yang boleh buat dari rumah je tak adalah masalah sangat, tapi bila perlu bergerak dari tempat ke tempat dan tergantung masa operasi pulak tu memang la saya agak risau. Mudah mudahan segala urusan bagi minggu ini berjalan lancar. InshaAllah.


Muka bersemangat orang yang sangat semangat (merujuk kepada kegemukan diri sendiri). Hehe. Thank you kepada tukang sponsor shawl :)


Ikhlas,
Aminah Saad

Jom Membaca

0

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Malam ini saya tidak dapat tidur. Sibuk mengemas rumah yang dah macam kapal karam. Habis mengemas sambung membaca secara online dan update blog. Hari ini saya singgah dikedai buku POPULAR setelah lama tidak singgah ke kedai buku. Dapatlah beberapa buah buku. Saya memang bermasalah jika singgah ke kedai buku. Jadi rambang mata semua buku nak beli. Tapi disebabkan budget yang terhad, tak boleh shopping buku banyak-banyak. Tadi beli dua buah buku oleh Dale Carnegie. Happy sangat :)

Antara buku yang memberi semangat kepada saya minggu ini ialah buku tulisan Paul Arden.


Sangat sangat memberikan motivasi kepada saya untuk kembali bersemangat memulakan kerja selepas cuti yang agak panjang di bulan Ramadhan disambung dengan mood berhari raya di bulan Syawal ini. Walaupun isi kandungan buku ini sangatlah simple dan boleh dihabiskan dalam tempoh yang singkat namun ia memberikan kesan yang sangat positif kepada saya. Alhamdulilah.

Dulu ketika belajar di USM, Penang apabila outing saya lebih suka lepak-lepak di kedai buku. Waktu tu saya kerap ke Borders sebab boleh baca-baca free. Kawan-kawan saya pergilah shopping atau window shopping. Jarang pun membeli buku sebab mana la ada duit nak beli buku kan. Jadi selalunya saya lebih suka baca disitu atau pinjam di perpustakaan. Sebenarnya banyak genre yang saya suka baca. Jadi kalau ke kedai buku memang jadi excited tak tahu nak ambil buku yang mana. Kalau nak bagi hadiah pada saya silalah beri buku ( tak malu kan buat pengakuan begini).

Waktu saya di USM juga, saya dan kawan pernah buat perjanjian siapa yang dapat pointer lebih akan dapat hadiah mengikut apa yang kawan kita itu mahu. Kawan saya mahu baju, saya mahu buku. Tapi saya kalah Ok, dan sayalah yang kena belikan baju untuk dia. Saya memang bukanlah kategori pelajar yang rajin, memang saya mengaku saya antara pelajar paling malas. Tapi entah kenapa, saya lah yang masih bergelar pelajar sampai saat ini. Yang lain masing-masing sudah bekerjaya. InshaAllah, saya pun sedang membina kerjaya saya juga ni :)

Oklah, sebenarnya sudah penat sangat-sangat. Tp masih ada mood untuk menulis dan juga baca berkenaan SOP.

*gambar tiada kena mengena dengan entri..Hehe


Jadikanlah amalan membaca sebagai salah satu budaya kita. Jangan asyik main game je. Hehe.

Jom membaca !!


Urusan Yang Hampir Selesai

0

Labels: ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar semua? Masih dalam mood raya ye. Jalan jalan raya lagi kan? Saya memang tak adalah beraya ke mana sangat. Rumah kawan-kawan pun masih banyak yang tak sempat menjengah. InshaAllah ada kelapangan nak juga beraya ke rumah kawan-kawan. Baru mula puasa 6 semalam, habiskan puasa 6 ni boleh la sambung beraya balik. Hehe.



Hari ni, saya nak sambung entri berkenaan dengan proses melepaskan kayu gaharu yang ditahan oleh pihak kastam jika tidak mempunyai dokumen yang lengkap disini merujuk kepada import permit. Saya perlu tulis disini supaya saya tidak lupa. Dan juga untuk rujukan kawan-kawan diluar sana.

Kronologi Kisah Penahanan (Tiada IP)

1) Anda ingin import gaharu daripada luar. Anda bawa masuk melalui LCCT. Disebabkan anda tidak mempunyai dokumen yang lengkap maka kayu gaharu anda ditahan.

2) Barang dikuarantin di MAQIS. Anda perlu membuat permohonan rayuan ke Jabatan yang berkenaan bergantung kepada dokumen anda yang tidak lengkap. Jika tiada import permit maka anda boleh buat permohonan ke Jabatan Pertanian, dan jika tiada CITES maka anda perlu merujuk kepada MTIB sebagai management authority (MA).

3) Proses kelulusan rayuan mengambil masa 3 hari bekerja. Mereka akan menghubungi anda apabila surat kelulusan rayuan tersebut sudah dikeluarkan. Boleh ambil di pejabat atau mereka akan faks kepada anda. Pastikan anda menyimpan surat tersebut untuk rujukan.

4) Setelah mendapat kelulusan, anda perlu membuat permohonan import permit. Seperti yang telah saya tulis disini.  Edagang ini banyak kelebihannya bagi pengimport dan pengeksport tidak kira anda terlibat dengan apa jua barangan pun.

5) Bagi peringkat permulaan, anda mungkin menghadapi sedikit kesukaran ketika mengisi maklumat-maklumat yang diperlukan untuk permohonan IP. Saya sendiri mengisi sehingga 4 kali dan masih salah. Alhamdulilah dengan bantuan pegawai-pegawai daripada Pertanian akhirnya saya berjaya mengisi maklumat tersebut dengan betul. Semuanya dijalankan secara ONLINE.

6) Setelah menghantar permohonan tersebut, ia akan disahkan oleh OGA (Other Government Agencies) yang terlibat. Cthnya dalam kes ini, Jabatan Pertanian akan membuat approval. Dalam masa sehari, jika tiada sebarang masalah borang permohonan akan akan diluluskan oleh OGA.

7) Kemudian, anda perlu menunggu selama 5 hari untuk proses pengesahan daripada pihak Kastam. Setelah diluluskan oleh pihak Kastam, Import permit anda akan dikeluarkan. Anda akan menerima notification di email yang menyatakan bahawa IP akan telah disahkan. Dan anda boleh mencetak daripada dagangnet.

8) Bawa IP yang telah dicetak kebahagian MAQIS bagi membuat tuntutan barang anda yang telah ditahan. Namun begitu, sebelum dilepaskan rawatan perlu dilakukan kepada barang yang telah ditahan. Pihak MAQIS akan menghubungi fumigator yang akan menjalankan rawatan buat anda. Tempoh rawatan adalah dalam tempoh 24 jam.



9) Selesai. Anda boleh membawa pulang barang anda yang ditahan. Yeay !!

10) Jika anda membuat kesalahan buat kali kedua, mungkin barang anda akan dihantar semula ke negara asal atau dimusnahkan.

Rasanya setakat ini dulu entri saya pada hari ini. Kepada sesiapa yang ingin mendaftar Edagang atau memohon import/eksport permit saya menyediakan perkhidmatan ini. Mungkin ada tidak mempunyai masa untuk membuat pendaftaran sendiri. Saya akan bantu anda menyelesaikan permasalahan anda ini. Sila emailkan ke aminah.mdsaad@gmail.com untuk pertanyaan lanjut.

Ikhlas,
Aminah Saad

Selamat Hari Raya AidilFitri

0

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Lebaran buat semua yang meraikannya. 1 Syawal merupakan tanda kemenangan bagi umat islam setelah sebulan kita berpuasa. Menjauhi daripada perkara-perkara yang dilarang dan memperbanyakkan amalan untuk saham di akhirat. Alhamdulilah syukur Ya Rab. Walaupun dah raya ke 7 namun sebenarnya saya dah menulis entri ini sejak raya pertama lagi. Teruk kan dah raya ke berapa baru nak ucapkan selamat hari raya buat semua. Hehe.

Aidilfitri kali ini banyak mengingatkan saya kembali ke masa lampau. Banyak memori yang masih segar dalam ingatan dan tak mungkin untuk melupakannya. Kesusahan yang dilalui suatu ketika dulu menjadi kenangan terindah untuk diingati. Ya, semuanya sudah berlalu namun saya tetap mengingatinya.

Teringat ketika emak masih mengambil tempahan baju, keadaan selalu kelam kabut apabila ada tempahan yang tidak sempat siap. Memang setiap tahun ada je yang tak siap. Hehe. Orang silih berganti datang di pagi raya untuk mengambil baju atau kuih raya. Untuk persiapan raya keluarga sendiri memang ala kadar apa adanya. Dan kami adik beradik pun seolah-olah telah terbiasa tidak sesibuk keluarga lain menyediakan pelbagai juadah raya. Kuih muih juga apa yang dibuat untuk jual, emak pasti buatkan lebih untuk kuih raya sendiri. Memang kadang-kala sampai sudah tak lalu nak makan kuih didepan mata kerana dari kecil itulah kuih yang ada. Adik beradik pula masing-masing belum punya pendapatan sendiri jadi segala perbelanjaan tergalas di bahu emak. Kesian emak. Hari raya pun masih bertungkus lumus menyiapkan tempahan. Mungkin pada emak tiada istilah raya. Yang penting mencari sumber pendapatan untuk keluarga.

Baju raya kami adik beradik pun selalu tidak siap. Kadang kala tengkuk baju kurung tidak dijahit kerana tidak sempat. Tapi kerana pakai tudung OKlah kan. Saya walaupun hari2 lihat mak menjahit namun tetap tak pandai menjahit sampai sekarang. Waktu kanak-kanak, saat yang paling menggembirakan ialah apabila mendapat baju baru. Gembira bukan kepalang. Kerana jarang-jarang dapat baju baru. Mungkin setahun sekali. Saya dari keluarga yang susah. Adik beradik ramai. Arwah ayah hanya bekerja sebagai peneroka. Emak pula mengambil tempahan menjahit dan membuat kuih. Tapi alhamdulilah, semuanya mampu diatasi dengan baik kerana Allah menguji hambanya pada suatu tahap yang mampu dihadapi oleh hambanya. Kadang kala tidak semestinya kesenangan dari segi material menjadikan kita lebih bahagia, hidup dengan penuh kasih sayang adalah kebahagian yang tidak dapat dijual beli.

Saya ketika berusia 6 tahun sudah puasa penuh. Kawan-kawan selalu bercerita berkenaan dengan duit raya atau ganjaran yang diperolehi apabila mereka berpuasa penuh. Tapi saya hairan ayah tak pernah pula menawarkan apa-apa jika kami adik beradik berpuasa penuh. Walaupun kurang faham, tetapi masing-masing tidak pula menyuarakan kepada ayah. Redha barangkali. Sekali sekala apabila ada kelebihan ayah berikan kami duit raya, duit syiling sahaja tetapi cukup bermakna. Betapa tingginya rasa syukur ketika itu. Ujian melalui kesusahan selalu menjadikan kita orang yang lebih bersyukur. Menghargai setiap yang diperolehi dengan penuh keikhlasan.

Saya juga teringat apabila orang sibuk bermain mercun atau bunga api, kami memang teringin sangat berbuat begitu. Tapi untuk meminta ayah belikan memang tidaklah. Kami selalu tumpang-tumpang ke rumah jiran paling tidak melihat mereka bermain bunga api. Seronoknya. Perasaan yang tidak dapat dijelaskan. Tapi kini, mercun dan bunga api tidak lagi menampaknya kegembiraan apabila sering dikaitkan dengan perkara-perkara yang tidak baik. Tangan putus, rumah terbakar dan bermacam-macam lagi. Kini, sudah 7 tahun arwah ayah tiada bersama. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapakan Selamat Hari Raya AidilFitri. Maaf Zahir dan Batin buat semua. Semoga syawal ini memberikan makna yang besar untuk kita syukuri. Syukur kepada Allah atas anugerah Allah kerana masih dikelilingi orang-orang yang masih menyayangi diri ini. Perasaan yang paling sedih dalam hidup ini adalah menjadi orang yang tidak penting dalam hidup orang yang paling penting dalam hidup kita. Jadi hargailah orang-orang yang menyayangi diri kita.

My big family 

My sister and my dear nephew 

Tahun ni tak berapa banyak tangkap gambar pun. Jadi tak dapatlah kongsi lebih banyak gambar disini. Oklah, setakat ini saja. 

Perlu mencari semangat semula untuk bekerja balik. Semangat Semangat Semangat !!!!