DagangNet

0

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Urusan saya untuk perlepasan barang kawan yang ditahan oleh MAQIS masih belum selesai. Walaupun urusan tidaklah terlalu banyak tetapi buat saya rasa sangat letih. Urusan sangat lambat dan semuanya melibatkan kos dan masa yang banyak. Buat pertama kalinya tadi saya berurusan secara rasmi sampai menangis depan pegawai tersebut, dah la memang mood saya sangatlah tidak OK. Memang la malu tapi saya dah tak larat nak berulang-alik tapi urusan masih tak selesai ( buat malu je Gaharu Lestari..Huhu). Terus pegawai tu cakap dia akan masukkan maklumat tersebut dalam sistem pada hari ini juga. Ikutkan saya memang tak mahu ke Jabatan Pertanian hari ini sebab menunggu panggilan mereka, tetapi pegawai dari MAQIS yang minta saya pergi untuk dapatkan permit secara manual. Bila dah datang tapi tak dapat setel apa-apa tu yang tergeram tu.

Saya harap perkara ini tak akan terjadi kepada anda semua nanti. Sebab itu saya kongsikan pengalaman saya di sini. Hari ini saya nak berkongsi sedikit berkenaan dengan dagangnet. Kepada yang berminat nak berdaftar lebih baik anda daftar kerana walaupun pada awalnya agak cerewet tetapi selepas ini segala permohonan permit, cites anda boleh lakukan secara online.

LANGKAH DEMI LANGKAH DAGANGNET

1) Anda boleh membuat pendaftaran secara online di sini. 

2) Setelah membuat pendaftaran secara online, maka anda perlu menghantar dokumen yang dinyatakan dalam email daripada dagangnet. Jika anda hantar dokumen lengkap tersebut maka lebih cepat lah proses pendaftaran dagangnet anda. Jika syarikat Enterprise anda hanya perlu membawa salinan SSM anda.

3) Apabila anda membuat penghantaran dokumen ke dagangnet, anda juga dikehendaki membuat pembayaran kepada pihak dagangnet. Pembayaran saya rasa bergantung kepada jenis-jenis urusan yang akan kita gunakan menggunakan dagangnet. Bagi kes saya, saya daftarkan untuk Jabatan Pertanian, MAQIS dan juga MTIB. Jumlah yang perlu dibayar adalah RM 400.

4) Dalam tempoh 2 hari anda akan menerima email yang memberikan username dan password bagi permohonan permit anda secara online. Setelah mendapat username dan password anda boleh login untuk membuat permohonan online anda.


5) Setiap permit hanya valid untuk satu consigment sahaja. Pastikan anda memasukkan maklumat yang betul supaya semua proses berjalan lancar. Masalah yang saya hadapi sekarang adalah, jenis Aquilaria crassna (woodchip) daripada Thailand tiada dalam sistem. Oleh yang demikian, perlu maklumkan ke bahagian Import Permit Jabatan Pertanian supaya mereka boleh masukkan ke dalam sistem. Urusan ini yang agak lambat saya rasa.

Antara interface maklumat yang anda perlu masukkan.


6) Sebelum atau selepas anda buat permohonan melalui dagangnet, anda perlu membuat pembayaran deposit sebanyak RM 150 ke Jabatan Pertanian (menggunakan bank draf atau wang pos) atas nama Pengarah Jabatan Pertanian dan perlu dihantar ke Tingkat 1, Jabatan Pertanian, Jalan Sultan Salahuddin. Sebaiknya anda membuat pembayaran terlebih dahulu sebelum membuat permohonan secara online. Kerana pihak Jabatan Pertanian tidak akan meluluskan import permit tersebut selagi mereka tidak menerima deposit tersebut. Setiap permit akan ditolak sebanyak RM 15 untuk setiap permit.

Ok, rasanya sampai sini dulu yang boleh saya kongsikan. Nanti ada maklumat lain, akan saya kongsikan lagi, InshaAllah.

Wsslm.

p/s : malu sangat sebab nangis tadi, jangan la pegawai td tu ingat muka saya. Memang tak dapat control dah. 

Quotes of the day

0

Labels:





Good Nite :)

Cambodia Trip 25-28 Julai 2013

0

Labels:

Salam Ramadhan semua,

Sudah hari ke-20 kita berpuasa. Cepat betul masa berlalu dan masih banyak yang belum terlaksana. Harap kita masih diberikan kekuatan untuk meneruskan puasa ini. Bukan setakat menahan lapar dan dahaga, banyak yang perlu kita ambil sebagai hikmah sempena bulan puasa ini.

Trip ke Kemboja kali ini walaupun tidak mencapai objektif asal namun saya menganggap ia sebagai satu cabaran dan tetap berfikir secara positif. Alhamdulilah, sudah selamat pulang ke Tanah Air. Mood agak tidak baik untuk menulis panjang-panjang. Layan gambar je la ye. Itu pun malas nak upload banyak2..Hehe.










Oklah semua, nanti apabila fikiran dah lebih cerdas boleh sambung tulis entri yang lebih bermanfaat. Kepala pening jadi mahu berehat kejap.

Wslm.

Aminah Saad

p/s : 2 entri sudah masuk draft gara2 fikiran yang kurang cerdas (dagangnet dan fumigasi). 

E-store

0

Labels:

Salam semua,

Mungkin masih ramai yang belum tidur di saat ini. Saya pun. Tengah excited bangunkan online store saya ni ha. Lepas ini, segala pembelian boleh dibuat menggunakan kedai online saya ini. Susah betul kalau excited terlebih ni kan? Sedangkan esok banyak perkara yang perlu diuruskan. Penat sangat tetapi sesuatu yang kita buat bersusah payah jika mendatangkan hasil memang kepuasan tersebut tidak dapat di nilai dengan apa pun. Dari pagi mengadap laptop memang menyebabkan mata berpinar-pinar. Saya juga dah kemaskini website GLR gara-gara di hack beberapa bulan yang lepas. Ada hikmahnya, kalau tidak macam itulah sampai ke sudah. Terima kasih hackers, anda memang sangat cool mcm gula2 hacks :)



Online store saya masih dalam pembangunan jadi masih tidak boleh war-warkan disini lagi. Memang dah lama nak buat tapi apabila kekangan waktu dan kesibukan memang tak sempat nak mengadap laptop. Alhamdulilah di bulan puasa yang penuh keberkatan ini, Allah berikan saya kekuatan untuk siapkan. Eh belum siap baru 60% siap. Hehe. 


Semalam saya ke rumah kakak, saya tidur sebilik dgn mak. Memang sebelum tidur adalah masa bersembang-sembang kami. Hobi saya ialah ceritakan pengalaman atau cerita-cerita apa sahaja la yang saya baru lepas baca atau yang saya lalui. Kesian ibuku terpaksa dengar anaknya ini membebel. Hihi. Ok, malam ini semua orang kena jadi mangsa kena dengar cerita bed time story. Ok, kalau tak nak dengar cepat menguap sekarang. 

Sesuatu yang indah dan berharga untuk diperolehi perlu melalui pelbagai kesusahan dan cabaran. Kita tidak akan menjadi orang yang betul2 berjaya jika kita belum menghadapi onak dan duri untuk berjaya. Kisah yang saya ingin kongsikan ialah kisah rama-rama. Sebelum menjadi rama-rama, ulat beluncas akan masuk ke dalam kepompong. Setelah melalui beberapa proses, ia akan keluar dengan bersusah payah dan menjadi rama-rama yang indah dan berterbangan dengan bahagianya. Pada suatu hari, sekumpulan saintis menjalankan kajian terhadap beluncas dalam kepompong, mereka membuat pemerhatian dan mendapati rama2 tersebut sangat sukar untuk keluar daripada kepompong. Salah seorang saintis telah membantu rama-rama untuk keluar dari kepompong. Dan yang menakjubkan, rama-rama tersebut tidak dapat terbang kerana dibantu untuk keluar dari kepompong. So kesimpulannya,



No Pain, No Gain.

Ok semua, selamat malam. Habis dah bed time story yang boring ni. Boleh tidur sekarang. Kalau tak tidur sekarang, kena sambung dengar cerita kedua pulak (muka garang paksa orang tidur).


Bye ,
Aminah Saad



Sudah Gaharu Cendana Pula

0

Labels: ,

Sudah tahu bertanya pula :)

Mesti ramai yang tidak asing dengan peribahasa di atas. Ia seperti sudah menjadi satu kebiasaan yang akan meniti di bibir apabila memperkatakan sesuatu yang sudah diketahui tetapi diminta penjelasan lagi. Atau orang yang berpura-pura tidak tahu.

Jika suatu masa dahulu, walaupun sering menyebut peribahasa ini namun saya sendiri tidak mengetahui apakah itu gaharu. Hanya daripada pembelajaran disekolah kita mengetahui apakah makna peribahasa tersebut. Namun tidak pernah terfikir untuk mencari apakah gaharu dan cendana tersebut. Hmm..Terbukti peribahasa yang dicipta mempunyai banyak maksud disebaliknya. Dan ini menunjukkan gaharu dan cendana telah terkenal sejak berkurun lamanya. Luasnya ilmu Allah, sesuatu yang kita nampak ringkas pun tidak kita ketahui sepenuhnya.


Sebenarnya pada hari ini saya ingin menulis berkenaan dengan cendana. Ye, sambungan daripada peribahasa di atas iaitu sudah gaharu , cendana pula. Ok, sekarang masa untuk mengkaji berkenaan cendana pula. Merujuk daripada sumber wikipedia, penjelasan bagi pengelasan saintifik adalah seperti dibawah :

Kingdom:Plantae
(unranked):Angiosperms
(unranked):Eudicots
(unranked):Core eudicots
Order:Santalales
Family:Santalaceae
Genus:Santalum
Species:S. album

Jadi cendana dikenali sebagai Santalum album, sebaliknya gaharu dikenali sebagai Aquilaria malaccencis. Walaupun disebut mempunyai ciri yang agak sama iaitu berbau wangi namun kedua-dua spesis ini adalah daripada Family yang berbeza. Namun tidak dapat dinafikan ciri-ciri bagi pokok cendana adalah hampir sama dengan pokok gaharu. Mungkin jiran barangkali :)



Wikipedia Indonesia 

Cendana, atau cendana wangi, merupakan pohon penghasil kayu cendana dan minyak cendana. Kayunya digunakan sebagai rempah-rempah, bahan dupa, aromaterapi, campuran parfum, serta sangkur keris (warangka). Kayu yang baik bisa menyimpan aromanya selama berabad-abad. Konon di Sri Lanka kayu ini digunakan untuk membalsam jenazah putri-putri raja sejak abad ke-9. Di Indonesia, kayu ini banyak ditemukan di Nusa Tenggara Timur, khususnya di Pulau Timor, meskipun sekarang ditemukan pula di Pulau Jawa dan pulau-pulau Nusa Tenggara lainnya.

Cendana adalah tumbuhan parasit pada awal kehidupannya. Kecambahnya memerlukan pohon inang untuk mendukung pertumbuhannya, karena perakarannya sendiri tidak sanggup mendukung kehidupannya. Karena prasyarat inilah cendana sukar dikembangbiakkan atau dibudidayakan.

Kayu cendana wangi (Santalum album) kini sangat langka dan harganya sangat mahal. Kayu yang berasal dari daerah Mysoram di India selatan biasanya dianggap yang paling bagus kualitasnya. Di Indonesia, kayu cendana dari Timor juga sangat dihargai. Sebagai gantinya sejumlah pakar aromaterapi dan parfum menggunakan kayu cendana jenggi (Santalum spicatum). Kedua jenis kayu ini berbeda konsentrasi bahan kimia yang dikandungnya, dan oleh karena itu kadar harumnya pun berbeda.

Kayu cendana dianggap sebagai obat alternatif untuk membawa orang lebih dekat kepada Tuhan. Minyak dasar kayu cendana, yang sangat mahal dalam bentuknya yang murni, digunakan terutama untuk penyembuhan cara Ayurveda, dan untuk menghilangkan rasa cemas.

Kenapa penting untuk kita mengetahui dan membezakan antara keduanya?

Untuk memastikan kita mendapat gaharu yang sebenar. Jika kita tidak mempunyai pengetahuan maka mungkin kita akan terkeliru dengan jenis-jenis kayu yang tidak sama dan tidak serupa namun mempunyai ciri-ciri yang hampir serupa. Jangan salahkan orang lain jika kita tertipu kerana kita yang tidak belajar dan tidak mencari ilmu pengetahuan. Cendana juga mempunyai pasarannya yang tersendiri dan tidak dinafikan harganya juga mahal. Namun begitu, adalah lebih baik meletakkan sesuatu itu ditempatnya. 

Saya yakin setiap yang Allah ciptakan pasti mempunyai nilai yang tersendiri. Tiada yang tidak berharga namun bergantung kepada kita untuk menguruskannya. Dan setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Jika kita ditipu, itu merupakan satu pengajaran untuk kita agar lebih berhati-hati dan pasti kita mendapat ilmu baru iaitu kita akan dapat membezakan antara yang benar dan tidak. InshaAllah. 

Sebelum terlupa saya ingin iklankan sedikit berkenaan dengan 1st International Scientific Symposium on Agarwood di UPM pada September 2013 nanti. Siapa yang berminat boleh berhubung dengan seketariat. Saya bukan :)



Ilmu dicari tidak akan habis. Dan pelaburan terbaik adalah pelaburan mencari ilmu pengetahuan. Ilmu diperolehi dalam pelbagai bentuk, jadi cintailah ilmu pengetahuan. Ibarat...

"Jika benih yang baik, dicampak ke laut menjadi pulau" 

InshaAllah, jika kita kaya ilmu kita tidak akan rugi. Jom jadi pulau, eh silap jom jadi benih yang baik :)

Sekian.

Aminah Saad 

p/s : eh, kelas peribahasa ke hari ni?? Hehe. Tulisan saya juga tak tersusun. Teruk sungguh. Nangis !

Import-Eksport Gaharu

0

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semoga kita semua terus bersemangat menjalankan ibadah puasa ini hingga ke akhirnya. Dua tiga hari ini saya banyak menghabiskan masa dirumah sahaja. Dihadapan laptop berpuluh jam. Memandangkan aktiviti luar dikurangkan sempena Ramadhan ini :)

Ok, pada entri yang lepas saya ada menyebut untuk menulis berkenaan dengan proses yang perlu dilalui bagi tujuan import dan eksport gaharu. Kepada yang pernah melalui pengalaman ini harap boleh dikongsikan dibahagian komen. Mudah-mudahan ia dapat memberikan maklumat tambahan kepada pembaca diluar sana disamping entri saya pada hari ini.

Apabila kita ingin mengimport gaharu iaitu membawa kayu gaharu daripada luar Negara masuk ke Malaysia terdapat beberapa prosedur yang perlu dipatuhi.



Prosedur Import 

1) Import permit (IP) perlu diperolehi daripada Badan Berkuasa di Malaysia ( merujuk kepada Bahagian Import Permit di Jabatan Pertanian). Permohonan dilakukan secara atas talian menggunakan dagangnet. Proses pengeluaran import permit mengambil masa selama 5 hari. IP boleh digunakan dalam tempoh 3 bulan. Satu IP hanya valid untuk satu konsaimen.

2) Satu salinan (IP) perlu diberikan kepada pengeksport untuk dihantar bersama dengan konsaimen (consignment). IP perlu dihantar kepada pengeksport sebagai rujukan berkenaan rawatan yang perlu dilakukan sebelum konsaimen dibawa masuk ke Negara tertentu.

Terdapat 3 jenis rawatan iaitu :

Pilihan 1

Fumigasi dengan menggunakan :
a) metyl bromide (MB) pada 48g/m3 pada kadar lebih daripada 24jam dan pada suhu minimum 21oC.
b) phosphine pada 4g/m3 untuk tempoh berterusan selama 120jam dan pada suhu minimum 21oC.

Pilihan 2
Rawatan pemanasan (heat treatment) untuk tempoh minima selama 4 jam pada suhu 70oC.

*Jenis rawatan yang dikenakan bergantung kepada IP yang dikeluarkan oleh Bahagian Import Permit, Jabatan Pertanian.

3) Phytosanitary certificate (PC) dan juga sijil rawatan kuarantin perlu ada bersama dengan barang yang dibawa masuk. Rawatan kuarantin yang dilakukan beserta no. rujukan bagi Import Permit perlu dinyatakan dalam PC. Dan konsaimen  perlu dieksport dalam tempoh 14 hari daripada tarikh PC dikeluarkan.

4) Konsaimen perlu bebas daripada tanah, penyakit, perosak dan kontiminasi dengan bahan-bahan yang tidak sepatutnya.

5) Konsaimen akan diperiksa oleh Bahagian Kuarantin (MAQIS) sebelum masuk ke Malaysia bagi memastikan konsaimen mengikut peraturan yang ditetapkan.

DOKUMEN PENTING SEBELUM IMPORT

1) Import Permit
2) Phytosanitary Certificate
3) CITES bagi kedua-dua Negara

Jika kita pula yang bertindak sebagai pengimport, maka proses adalah berlawanan. Contohnya kita ingin mengeksport ke China maka kita perlu mendapatkan IP daripada pembeli kita di China untuk mengetahui apakah rawatan yang perlu dilakukan sebelum kita mengimport konsaimen kita ke sana. Ini kerana setiap Negara mempunyai kaedah atau rawatan yang mungkin berbeza dengan apa yang kita praktikkan di Malaysia. Setelah menerima IP daripada Negara tersebut barulah kita menjalankan rawatan dan mengeluarkan PC. Juga pastikan sijil CITES ada bersama.

Di Malaysia yang mengeluarkan Import Permit dan CITES ialah :

Bahagian Import Permit
Jabatan Pertanian
Tingkat 1-3, Wisma Tani
Jalan Sultan Salahuddin
50632 Kuala Lumpur.

Selain itu sijil CITES juga dikeluarkan oleh :

Malaysia Timber Industry Board (MTIB)
Bangunan PGRM
Cheras

Jika kita ditahan kerana tidak mempunyai dokumen seperti yang dinyatakan, barang kita mungkin akan dimusnahkan atau dihantar pulang ke Negara asal yang mana kos adalah ditanggung oleh kita. Semoga dengan perkongsian ini kita dapat menjadikan satu panduan jika ingin menjalankan import-eksport gaharu.

Nanti saya sambung lagi berkenaan dengan rawatan yang dikenakan secara lanjut. Yang pasti ia tidak memberikan kesan yang tidak baik kepada bahan tersebut dan juga kesan yang tidak baik kepada manusia. 

Terima kasih. 

Aminah yang menulis

*Kenapa ya lately saya tidak boleh view blog ini. Login dan masuk ke blogger boleh cuma nak view memang tak dapat :(

Selamat Berbuka Puasa

0

Labels:

Tik...Tok...Tik...Tok...menanti waktu berbuka puasa sedangkan lambat lagi waktu berbuka. 

Entri yang tiada manfaat. Sekian. Eh esok baru saya update berkenaan prosedur import kayu gaharu ya. 


Selamat berbuka puasa semua !!

Produk berasaskan Gaharu

0

Labels: , ,

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan,

Sedar tak sedar sudah seminggu kita menjalani ibadah puasa. Alhamdulilah segalanya berjalan lancar. Semoga segala urusan kita dibulan mulia ini juga sentiasa mendapat keredhaan Allah dan keberkatan yang berkekalan. Saya sedang menulis blog sambil bersahur. Saya paling suka bersahur di kampung, memang terasa suasana Ramadhan tu :)

Semalam saya ke peringkat akhir RBC (Rural Business Challenge) di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi membentangkan projek cadangan saya. Dapat sampai ke peringkat ini pun syukur alhamdulilah. Tolong doakan kejayaan saya. Kalau menang mesti saya akan update lagi, kalau tak menang diam-diam je la kan. Hehe. Kalau menang saya kongsikan idea projek gaharu yang saya ketengahkan bagi memberi manfaat kepada komuniti dan juga penanam gaharu, InshaAllah :)

Sempat bergambar dengan Dr Irfan Khairi Ikon Belia :)

Walaupun keadaan kesihatan yang tidak terlalu memberangsangkan namun saya cuba yang terbaik. Alhamdulilah, dapat banyak ilmu baru daripada bidang yang berbeza. Tidak semestinya kita perlu tahu bidang yang kita ceburi sahaja. Networking dikalangan usahawan dan peniaga lain juga penting :)

Business Model Canvas yang dibentangkan :)

Selesai pembentangan, saya perlu bergegas ke Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Klia bagi berjumpa dengan kawan saya. Beliau menghadapi masalah apabila barang (gaharu) yang dibawa daripada Thailand ditahan oleh imigresen seterusnya ditahan di bahagian kuarantin. Ada beberapa peraturan yang tidak dipenuhi oleh sahabat saya itu. Setelah perbincangan dilakukan, terdapat beberapa perkara yang perlu dipenuhi sebelum barang yang ditahan itu dapat dikeluarkan. Hari ini saya akan uruskan hal tersebut, apabila selesai urusan ini saya akan kongsikan prosedur lengkap tersebut untuk semua. Mungkin ada yang sudah tahu, tetapi saya yakin ramai yang tidak tahu. Kerana menurut pegawai di MAQIS tersebut, memang banyak kes penahanan kayu gaharu ini. Saya rasa bukan kerana mereka ingin melanggar peraturan tetapi maklumat tersebut tidak sampai kepada kita. Dan mungkin daripada pengalaman ini, kita akan lebih bersedia jika mahu mengimport atau mengeksport kayu gaharu kelak. Bukan sekadar CITES yang diperlukan.

Di kesempatan ini, saya juga ingin berkongsi dengan anda semua berkenaan produk-produk berasaskan gaharu yang sedang diedarkan oleh Gaharu Lestari Resources :)

(SM) : RM 29.00

(SM) : RM 48.00

(SM) : RM 55.00

(SM) : RM 29.00

Mungkin ada yang pernah mendengar atau menggunakan produk-produk gaharu ini. Namun kepada yang belum pernah tahu, hari ini anda sudah dapat satu maklumat baru. Kepada mana-mana pengusaha yang ada membangunkan produk gaharu, saya harap anda dapat menghubungi saya melalui email [ aminah.mdsaad@gmail.com ]

(SM) : RM 30.00

Gaharu Kasturi Syifa ini telah dibacakan dengan ayat Al-Quran, dizikirkan dan telah diaurakan. Oleh yang demikian ia memberikan manfaat tambahan kepada wangian ini. Namun begitu, bersempena Ramadhan yang mulia ini boleh juga kita gunakan sebagai sunnah nabi berwangi-wangian untuk ke masjid. Untuk sebarang pertanyaan produk boleh berhubung langsung dengan En. Mohd Ridzuan ditalian 0169039266 atau email beliau di ridzuanm47@yahoo.com. 

Alhamdulilah, sempena Ramadhan yang mulia ini ada beberapa berita baik yang diterima. Namun begitu, usaha perlu ditingkatkan. Saya minta maaf andai saya masih tidak dapat membantu anda semua secara banyak, tetapi memang saya sedang berusaha ke arah situ. Saya juga mohon ribuan ampun dan maaf andai sepanjang saya menulis disini ada yang terasa hati, terguris dan sebagainya. Sesungguhnya saya tidak bermaksud begitu. 


InshaAllah next trip ialah ke kemboja pergi dalam bulan puasa ini juga. Jangan jadikan bulan puasa untuk tidur sepanjang hari ye. Masih boleh bekerja dan menyiapkan segala urusan yang tertangguh. Hihi, sebenarnya pergi bulan puasa sebab Airasia buat promotion. Sebagai langkah bijak, kita perlu mengambil peluang untuk menjimatkan kos. Ikutkan perancangan yang diatur pergi pada bulan September. Tapi tak mengapalah kan, yang penting urusan tersebut tetap dapat diselesaikan. Mungkin Allah atur sempena Ramadhan ini adalah hikmah yang tersembunyi :)

Ok, dah Subuh. Jom Solat :)


Wassalam.




Ramadhan Al-Mubarak

0

Labels: ,

Assalamualaikum buat semua umat Islam di seluruh dunia,

Dikesempatan ini, saya mewakili Gaharu Lestari Resources ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang mulia. Semoga diberikan kekuatan untuk menghadapi dengan penuh keinsafan dan sentiasa cuba meningkatkan segala amalan bersempena bulan yang mulia ini.


Mari kita sama-sama ;
Menunaikan ibadah puasa yang terbaik
Menjauhi perkara-perkara yang tidak baik
Banyak membaca Al-Quran
Banyak bersedekah dan membantu orang susah
Ringankan mulut berselawat dan berzikir
Bersederhana ketika berbuka puasa

Ingatan untuk diri sendiri :)

Salam Ramadhan,
Aminah Saad

Its your option

0

Labels:


Selamat pagi isnin semua :)

Selamat bekerja dan bersedialah menjalani ibadah puasa yang bakal tiba.

Seminar Cara Cepat & Tepat Berkebun Emas Gaharu (SCCTBEG)

16

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semoga semua dalam keadaan sihat sejahtera. Alhamdulilah saya telah selamat tiba di Malaysia pada tanggal 2 Julai 2013. Seminggu berada di Pekanbaru atas urusan SCCTBEG. Memang sangat penat tetapi rasa bersyukur kerana segalanya telah selesai dengan baik.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga buat semua para peserta yang sangat hebat dan bersemangat yang datang dari pelbagai tempat dan latar belakang. Saya memohon maaf daripada sisi penganjur andai ada kekurangan dan kelemahan. InshaAllah, kami akan memperbaiki lagi pada masa hadapan. Memandangkan ini merupakan seminar pertama anjuran Gaharu Lestari Resources dan Gaharu Plaza ( Malaysia & Indonesia) maka kami tidak dapat lari daripada pelbagai kelemahan. Namun saya berharap para peserta berpuas hati dan mengambil dari sudut yang positif. Walaupun saya agak sibuk dan tidak punya waktu yang banyak untuk beramah mesra dengan para peserta, saya berharap anda tidak segan untuk saling berhubung dengan saya. Kita dalam satu pasukan dan kumpulan. Bukan sebagai pesaing yang ingin beradu antara satu sama lain.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga buat para pembicara iaitu Mr Witsawa Sripetkla (Thailand), En Jama Rusli ( IGB, Malaysia), En Ismail Muhammad ( Malaysia), Bu Galuh ( Kalimantan), Mr Adi Mardi (Brunei) dan Pak Jacky (Indonesia). Semoga segala perkongsian ilmu daripada anda akan memberi manfaat kepada para peserta.


Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga buat para seketariat yang bertungkus lumus menjayakan program ini iaitu Pak Murshidi (MC), Pak Hakim, Pak Ewan, Pak Zulkhairi, Adi Mardi dan Mohd Ridzuan. Walaupun terdapat banyak cabaran dan kesulitan, kita mampu mengatasinya. Saya yakin kita mampu bekerjasama lagi di masa akan datang (alamak tak de gmbr seketariat semuanya..ohhh).


Seketariat yang tiba lebih awal 26/6


Dan ucapan terima kasih saya yang terbesar buat tunjang belakang utama SCCTBEG iaitu Pak Budi Hamidi (Gaharu Plaza). Dengan komitmen melebihi 100% menyumbang kepada kejayaan program ini. Terima kasih atas kerjasama ini. InshaAllah, kerjasama ini akan berterusan.

*Pak Budi, Pak Jacky, Tidak Kenal 


Setelah kita berkumpul daripada pelbagai Negara, jadi saya berharap kita mendapat pelbagai input yang baik daripada program ini. Saya yakin antara peserta juga anda telah banyak bertukar-tukar pendapat. Kerana peserta seminar ini semuanya hebat-hebat. Saya harap dapat berjumpa anda semua lagi. Sayang semuanya :)

Akhir sekali, saya ingin berkongsi gambar-gambar sempena SCCTBEG. Gambar semuanya saya ambil daripada FB Faizul Anuar (Wafiqah Farm), Gaharu Plaza (Budi Hamidi).









Ohh banyak lagi gambar sebenarnya. Namun pagi ini saya kongsikan yang ini dahulu. Dah balik ni kerja pun semakin bertambah. Di pekanbaru hari tu memang sangat sibuk sampai kena komplain dengan datuk sebab tak sempat spend masa dengan dia. Mak pun mesti sedih sebab tak dapat join program. Hmm...cuba juga untuk cari masa sama. Banyak perkara yang diluar kawalan saya. Harap mak dan datuk maafkan saya :(

           



Akhirnya, Salam buat 4 negara ( Indonesia, Brunei, Thailand, Malaysia)
LOVE YOU ALL !!



Aminah Saad

p/s: Jika saya berada di luar dari Malaysia, saya lebih aktif facebook (Min Saad) tetapi jika di Malaysia memang sangat tidak aktif FB lebih aktif berblog :)