Impian bersama GLRSB

0

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semoga pembaca blog ini sentiasa sihat dan gembira menjalani kehidupan seharian. Ye la kan dengan ujian demi ujian mendatang. Dengan kenaikan harga minyak dan ekonomi yang semakin tidak menentu pastilah sedikit sebanyak memberikan kesan kepada semua orang. Tetapi jangan jadikan masalah-masalah tersebut sebagai alasan untuk kita tidak bergerak maju. Sentiasa kreatif mencari jalan untuk meningkatkan ekonomi diri dan bagaimana untuk kita mempertahankan syarikat yang dibina. Saya orang yang selalu berimpian. Macam-macam idea untuk mengembangkan syarikat.



Perniagaan memanglah sumber rezeki yang paling banyak tetapi ia tidaklah semudah yang disangka. Perlu cekal tabah dan istiqamah. Jika dapat bertahan tidak ambil gaji beberapa tahun, InsyaAllah anda ada sedikit ciri-ciri tersebut. Tetapi bukan semua perniagaan sama. Setiap perniagaan berbeza dan anda kena bersedia untuk setiap cabaran yang bakal dihadapi.

Saya dan husband dua-dua kaki berangan. Tapi kami bukan berangan kosong tau. Semuanya ada usaha untuk merealisasikan sesuatu perkara tersebut. Walaupun kami tahu sesuatu impian/angan-angan tersebut terlalu jauh lagi untuk dicapai tapi kami akan tetap maintain untuk mencapai impian tersebut. No pressure. Dan alhamdulilah bila kita ada pasangan yang sangat memberi dorongan, kita akan rasa lebih bersemangat untuk mencapainya. Walaupun kadang-kadang idea saya memang agak ekstrem dan agak "gila-gila" tetapi masih mendapat sokongan padu. Haha. Saya yang suka argue impian-impian husband, haha. Sebenarnya bukanlah reject suka-suka, tetapi saya suka brainstorm bukan sahaja lihat dari satu sisi sahaja, saya suka membuka minda untuk melihat dari pelbagai persepsi. Barulah dapat idea yang lebih firm kan? Kalau orang tengok macam bergaduh tetapi actually saya memang macam tu. Cakap kuat dan laju macam orang duduk berbatu-batu jauhnya.



Kami bersama-sama mengasaskan GLRSB. Bermula dari zero. Bertatih sedikit demi sedikit sehingga orang mula mengenali GLRSB. Gaharu ialah impian kami bersama. Jadi bila berbincang banyak idea-idea yang boleh di olah bersama. Memang susah nak terangkan kepada orang yang tidak faham bidang kita. Tambahan industri gaharu memang industri yang baru. Pengetahuan orang ramai sangatlah terhad. Allah temukan saya dengan pasangan yang sangat memahami tentang apa yang saya lakukan. Moga-moga Allah kekalkan rasa itu.

Walaupun Gaharu ialah impian kami bersama tetapi kami punya begitu banyak impian lain yang tiada kaitan minat antara satu sama lain. Saya lebih kepada modern business tetapi husband lebih kepada traditional business. Jadi saya suka combine kedua-dua idea menjadikan ia satu idea yang lebih realistik dan berdaya maju. Saya selalu melihat perbezaan sebagai satu kelebihan untuk kita mendapat idea yang lebih solid dan mantap. Saya juga sangat selesa bila pasangan dapat menerima hidup secara bersederhana dalam keadaan susah atau senang.


Tujuan berniaga kami juga selari. Walaupun mungkin nanti perniagaan GLRSB ini akan dikembangkan dengan berbagai-bagai bidang perniagaan lain tetapi tujuan akhirnya hanya satu. Kami masing-masing jelas dengan tujuan tersebut jadi ia lebih mudah. Tiada yang sempurna dalam setiap pasangan, setiap kita mempunyai kelemahan dan kelebihan masing-masing. Jadikan kekuatan kita untuk menampung kelemahan pasangan kita dan jadikan kekuatan pasangan kita untuk menampung kelemahan kita.

Antara impian husband ialah segala berkaitan bidang makanan.
Manakala impian saya lebih kepada teknologi based ( yang boleh dicombine dengan apa-apa bidang juga).

Semoga tahun 2017, kami sama2 dapat realisasikan impian husband terlebih dahulu. Mungkin restoran/kafe yang masih boleh memasukkan unsur gaharu di dalamnya. Dan saya sebagai pembangun sistem dan SOP restoran tersebut. Anak syarikat kepada GLRSB --> Lestary Food Industries Sdn Bhd. Ok ini semua angan-angan je tau. Saya tulis dekat sini sebab saya nak tengok ambil masa berapa lama baru impian ini akan tercapai selepas impian ini dizahirkan secara bertulis.


InshaAllah hujung November ini akan ada satu soft- launching Projek Penanaman Pokok Gaharu. Di sebabkan projek ini diuruskan oleh Department Pembangunan jadi saya tak nak umumkan apa-apa lagi. Nanti dah dapat tarikh saya akan tuliskan di blog ye. Moga-moga projek yang dibangunkan ini memberikan manfaat kepada banyak pihak.

Wslm.


Tragedi Gaharu di Bulan Oktober

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua.

Semoga dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Saya pun Alhamdulilah sihat walafiat. Kurang sikit demam berbanding bulan sebelum ini. Syukur sangat-sangat atas nikmat kesihatan ini. Tambahan pula bulan Oktober ini adalah super duper busy. Ohh sangat penat. So tragedi di tajuk entri bukanlah perkara-perkara yang tak elok ye, sebaliknya begitu banyak perkara-perkara baik yang datang.



So kali ini saya menulis secara santai. Jangan expect saya nak tulis perkara-perkara ilmiah kali ini. Seriously, saya menulis pada hari ini untuk mengurangkan sedikit bebanan kerja yang dialami dalam bulan ini.

InsyaAllah tahun depan kami akan setup office baru di sekitar Shah Alam. Tak pasti lagi kawasan. Orang cakap tahun 2017 - 2019 adalah tahun recession yang teruk. So kepada syarikat-syarikat lebih baik mengurangkan kos-kos yang tidak penting. Tapi GLRSB p nak sewa pulak office kat sana kan? Tapi disebabkan saya tahu keadaan kewangan kami jadi saya akan memilih office mengikut kemampuan dan bukanlah diluar kemampuan kami.

Bulan oktober ini penuh dengan perbincangan berkenaan segala projek pada tahun hadapan. Memang dalam perancangan sangatlah banyak kan? Haha. Biasalah tu. Kali ini saya agak yakin dalam perancangan kami kerana GLRSB nampak semakin tersusun. Semoga tahun 2017 adalah a jumpstart for us to grow big. Aminnn....

Saya tahu lama sangat nak sampai ke tahap ini. Yang tak delah tahap sangat pada sesetangah orang.
" Apa je yang kau dah capai"
" Berapa sales yang kamu dah buat"
" Dah jutawan ke?"

Haha. Malas nak jawap boleh dak? Terpulang lah untuk menilai. Tetapi jika anda kenal sy dari awal lagi anda akan tahu betapa saya berusaha keras untuk bertahan sehingga ke hari ini. I dont compare myself with others. I know right now, most of my friend have a very stable career while I am still struggling to make things work. I am very OK with that because I am very clear with my vision. Its not going to be easy but I know it worth working on :)

Banyak betul merepek kan saya kali ni. Haha. Puas hati dapat tulis kt blog. Tak kisah lah orang nak baca ke tak nak.

Saya sayang sangat2 Gaharu Lestari. Macam saya sayang En husband yang banyak membebel. Haha. Tak delah tipu je tu.

Ok, bye nak balik :)

Gaharu Lestari Resources di Samarahan, Sarawak 28 September 2016

0

Labels: ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca,

Apa khabar anda semua. Diharap semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. Sekarang ni kan musim demam. Saya pun on off demam. Memang September ni macam kurang produktif. Semangat nak buat kerja tu ada, tetapi secara fizikalnya tak mampu. Memang rasa flat sangat. Allah nak bagi berehat tu. Ok hari ini saya nak update sikit berkenaan dengan lawatan kami ke Samarahan, Sarawak beberapa hari lalu. Sehari sebelum ke Sarawak pun saya demam yang teruk, lepas balik dari Sarawak kena gatal-gatal badan pula. Ujian sungguh.

Percaya atau tidak ini first time saya ke Sarawak. Pengalaman yang sangat menarik walaupun trip yang terlalu singkat. Sehari sahaja. Terima kasih kepada Dato Wan yang meyambut kehadiran kami dengan baik sekali. Semoga apa yang dibincangkan akan dapat direalisasikan. Selepas ini mudahlah orang-orang Sarawak yang berminat untuk melakukan penanaman Gaharu di Sarawak. InsyaAllah bukan setakat penanaman, kerjasama ini juga akan merangkumi keseluruhan aspek dalam industri Gaharu.

Go Sarawak go !!!




Walaupun lawatan yang terlalu singkat, tapi alhamdulilah segala urusan perbincangan berjalan lancar. Syukur Allah berikan saya nikmat kesihatan untuk 1 hari ini bagi menyelesaikan tugasan ini. Jika tak terlepek je la saya di Hotel.Haha. Saya yakin perancangan Allah adalah yang terbaik. Sempat la jalan2 sebentar di water front sebab depan hotel. Kalau ni blog travel dah lama saya update pasal review tempat yang saya pergi, hotel dan kos-kos yang terlibat. Haha.





Nengok demokk sungguh kan? Ni salah En husband la ni selalu masak sedap2..Haha.

Ok, next time saya update lagi ye berkenaan dengan projek kerjasama ini. Moga-moga Allah permudahkan segala urusan dan dapat memberi manfaat kepada penanam-penanam Gaharu di Sarawak. Saya tahu masih ramai yang memerlukan maklumat dan panduan berkenaan industri gaharu di Sarawak ini.

Ok, sekian dulu entri kali ni. Opss lupa, 8 Oktober 2016 ni ada kursus di Ipoh Perak ye. Jemput datang orang-orang sebelah utara. Rugi naw kalau tak mai sebab ada byk pameran produk-produk gaharu. Kalau tak nak join kursus pun xpe, just datang cuci mata tengok produk. Boleh hubungi Haji Mustaffa di talian 019-2408545.

Jumpa kami di sana.

10/10 kami akan berada di Putarajaya. Nanti next entri saya update details pasal program ini.



Ok bai. 

Musim Semaian Biji Benih

0

Labels: ,

Assalamualaikum dan Selamat tengahari untuk semua,

Dah lama tak mencoret sesuatu di blog ini. Kesibukan, masalah kesihatan, urusan keluarga menjadi halangan untuk saya menulis sesuatu di sini. Alhamdulilah hari ini diberi sedikit ruang masa untuk mencatat sesuatu di sini. Hari ini saya nak tulis berkenaan semaian biji benih. Seminggu dua ni memang agak sibuk dengan proses semaian. Dari semaian biji hingga ke peringkat nak mengalihkan biji yang telah bercambah. Alhamdulilah nampaknya banyak yang menjadi. 

Ada juga yang membuat semaian tetapi tiada yang tumbuh lalu pembekal biji benih disalahkan kerana membekalkan biji benih yang tidak berkualiti pada pandangan mereka. Saya akui pada awal penglibatan kami juga gagal untuk membuat semaian dengan baik. Beli sekilo biji yang tumbuh hanya beberapa sahaja. Cuba dan cuba lagi kaedah yang lain sehingga berhasil. Walaupun kelihatan kaedah kami ini agak "mahal" kerana perlu lebih teratur tetapi InsyaAllah puas hati. Boleh lihat gambar2 semaian awalan dibawah ni. 


Biji yang telah dikopek daripada buah

Tray yang sudah siap dimasukkan biji gaharu

Proses memasukkan biji benih ke dalam potting tray

Rak semaian kami memudahkan lebih banyak tray semaian boleh digunakan

Nampak lebih kemas kan? 


Anak pokok mula bercambah ..Yeay, seronok tengok :)





Best tak tengok anak2 pokok yang hidup bercambah ni?? Rasa sedap je mata memandang. Berbaloi penat lelah mengopek dan menyusun biji dalam tray semaian. 

Ada yang nak dapatkan manual ringkas semaian biji gaharu ni?
Jika anda berminat boleh email saya di gaharulestary@gmail.com dengan subject : Manual semaian

Ok, nampak tak pemalas juga sebenarnya nak menulis panjang-panjang. So sy stop dulu. 

Jumpa lagi next entri :)

Konvensyen PERHEBAT 16-17 Ogos 2016

0

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Lama betul tak update blog kan? Rindu sebenarnya tapi banyak kekangan jadi blog pun bersawang. But its ok bersawang sikit2 boleh je bersihkan semula kan? Hari ni just nak update tentang program yang dihadiri oleh team GLR iaitu Konvensyen PERHEBAT 2016 di PWTC. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar. Sebenarnya blog ni diari perjalanan saya bersama industri gaharu so nak recall apa2 saya akan rujuk dkt blog ni terutamanya berkaitan tarikh-tarikh penting.




Alhamdulilah sambutan yang sangat-sangat mengalakkan. Tetapi tak sempat nak ambil gambar bila booth kerja serbu sebab semua pakat sibuk menjawap pelbagai persoalan. Walaupun saya tak dapat hadir tapi alhamdulilah sentiasa memantau dari jauh dan dapatkan update terkini. 

Saya pun baru mula masuk kerja atas masalah kesihatan dan terpaksa bercuti lebih kurang 2 minggu. Walaupun cuti celop-celop kejap-kejap datang juga office. Hihi. Semoga segala usaha yang dicurahkan sepanjang perjalanan ini membuahkan hasil yang membanggakan. 

Jika anda perlukan sebarang maklumat berkenaan industri gaharu ini boleh calling calling ye. InsyaAllah kami bersedia untuk menjawap segala persoalan anda. Yang berminat nak join program kursus Gaharu anjuran PENGHARUM juga boleh join 3 September ini di Serdang. Yuran RM 80 (bkn ahli) RM 50 (untuk ahli). Jom jom join smbil berkenal-kenalan dengan rakan dalam industri yang sama. 


Bantuan Suntikan Pokok Gaharu buat Penanam Gaharu Seluruh Malaysia

0

Labels:

Salam Sejahtera buat semua.

Apa khabar? Ada yang masih mood berhari Raya. Ye la kan, orang cakap puasa sebulan jadi Raya pun sebulan. Hihi.

Sebenarnya otak saya beku nak menulis pun rasa macam tiada idea. Tulis dan simpan di draft. Hari ini saya paksakan diri juga untuk publish entri ini. Ok, sebenarnya hari ini saya nak umumkan sesuatu. Mungkin satu berita baik buat penanam-penanam Gaharu diluar sana. Yang buntu memikirkan kos suntikan yang agak mahal. Pasaran yang masih belum jelas jika dilakukan sendiri. Banyak isu-isu yang bermain di fikiran para penanam Gaharu ni kan??



Saya juga merasai tekanan tersebut secara jujurnya.

Saya selalu berdoa Allah datangkan bantuan untuk membantu kita menghadapi isu ini. Kos suntikan yang tinggi, keberkesanan dan juga pasaran. Tanpa satu kerjasama kumpulan kita mungkin tidak akan ke mana-mana. Saya berharap anda dapat bersama-sama GLR bagi menjayakan misi ini. Daripada entri yang lepas saya telah memaklumkan bahawa GLR telah bekerjasama dengan IGB bagi membantu petani untuk membuat suntikan pada pokok mereka. Kini, penanam tidak perlu lagi mengeluarkan modal bagi membuat suntikan pokok. Kami akan menguruskan hal tersebut. Anda hanya perlu membuat pemantauan terhadap pokok tersebut sehingga waktu tuaian.

Apa yang anda perlu lakukan sekarang ?

Anda boleh menghantar maklumat anda ke 013-4335541. Boleh hantar melalui SMS, Line, Wechat atau Whatsapp.

Apa maklumat yang perlu anda hantar ?

1) Nama
2) Alamat
3) No Tel
4) Lokasi tanaman (jika tidak sama dengan alamat)
5) Jumlah pokok
6) Spesis (jika tahu)
7) Usia pokok
8) Sudah berdaftar gn MTIB atau belum.

Bila pokok kami akan disuntik ?
Kami akan maklumkan/hubungi anda apabila maklumat yang dikumpul sudah mencukupi. Kita doakan urusan ini dipermudahkan agar lebih cepatlah urusan suntikan boleh dilakukan. Segala maklumat yang perlu anda tahu akan diterangkan. Jika anda bersetuju barulah pihak Team Suntik akan turun menjalankan tugasan.

Saya minta tolong anda-anda yang membaca entri ini untuk sampaikan kepada penanam-penanam diluar sana jika mereka memerlukan bantuan. Jika mereka sudah ada perancangan sendiri tidak mengapa. Ini merupakan salah satu usaha untuk mengurangkan bebanan penanam yang tidak mampu untuk membuat suntikan terhadap pokok Gaharu mereka.

Apakah kelebihan kerjasama ini ?
+ Anda tidak perlu mengeluarkan sebarang modal
+ Jika pokok anda belum didaftarkan di MTIB maka team kami akan mendftrkan pokok anda
+ Anda tidak perlu rungsing untuk memproses gaharu yang terhasil
+ Team GLR & IGB akan membantu memasarkan hasil gaharu tersebut

Untuk penanam yang dah suntik pokok tetapi tak tahu nak jual kt mana? InsyaAllah next entri kita akan bincangkan topik ini pula. Saya tahu kategori yang ini pun sangat lah banyak kan? Ok, moga Allah permudahkan segala penantian kita selama ini. Kalau dah memang rezeki kita tak ke mana kan?



Yang Menulis,
Pn Aminah Saad
Chief Financial Officer GLR

Kerjasama Gaharu Lestari Resources dan Agarwood Biotech Expert (IGB)

0

Labels: , , ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Semoga dalam keadaan sihat sejahtera disamping menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan ini. Untuk pengetahuan semua, pihak Gaharu Lestari Resources Sdn Bhd dan Agarwood Biotech Expert (IGB) telah bersetuju untuk menjalankan kerjasama suntikan menggunakan inokulan IGB. Alhamdulilah ini merupakan salah satu usaha bagi tujuan menghasilkan Pati Minyak Gaharu (PMG) berkualiti tinggi, standard dan dihasilkan secara konsisten. Hal ini adalah sangat penting bagi membolehkan kita menembusi pasaran di Timur Tengah & Eropah. Kebolehan dan kapasiti yang konsisten adalah antara faktor penting yang perlu dititikberatkan.

Alhamdulilah pada 18 Jun 2016 yang lalu, projek pertama kerjasama GLR & IGB telah bermula di Batang Kali. Segala urusan berjalan lancar walaupun para krew suntik juga sedang berpuasa. Moga dengan keberkatan Ramadhan ini, kerjasama ini akan berkekalan dan dipermudahkan oleh Allah SWT. Mulai saat ini segala urusan suntikan dengan GLR akan menggunakan IGB & Team Agarwood Biotech Expert kecuali suntikan-suntikan terdahulu yang telah kami lakukan sendiri menggunakan Super Max-G. Suntikan yang terdahulu InshaAllah akan kami tuai dan maklumkan kepada penanam tarikhnya.


Saya memang semakin "kurus". Sejak kawin bertmbh-tmbh mkn nasi :P

Tujuan utama gabungan GLR & IGB adalah bagi memaksimakan kerja yang dilakukan. Memandangkan skop yang terlalu banyak dilakukan oleh GLR sebelum ini maka kami terpaksa menunda banyak appoinment dan kerja-kerja suntikan. Kini, kami memandang lebih jauh dan telah berbincang secara lebih lanjut dengan pengasas IGB iaitu En Jama Rusli agar kerjasama ini dapat dilakukan. Pada pandangan saya ia akan menguntungkan kedua-dua belah pihak, malah pihak ketiga iaitu penanam pokok juga akan mendapat manfaat yang banyak. InshaAllah urusan suntikan selepas ini akan menjadi lebih mudah dan yang penting mampu suntik pada harga yang sangat-sangat berpatutan.

Kami juga bersama-sama dengan team R&D yang kuat bagi menyokong segala hasil Pati Minyak Gaharu yang akan kami hasilkan kelak. Kelebihan ini memberikan lebih keyakinan kepada pembeli bahawa PMG yang dihasilkan adalah pada aras tinggi yang tidak perlu diragui dan juga stok kayu yang banyak membolehkan ia diproses secara konsisten. Inilah yang industri perlukan dalam menaikkan industri Gaharu Malaysia ke peringkat lebih tinggi. Ia adalah satu situasi menang-menang bagi semua pihak.

Credit gambar : FB Inokulan Gaharu Biotech


Kualiti Pati Minyak Gaharu (PMG) yang disuntik menggunakan IGB. Berwarna hijau dengan bau yang sangat sedap. Credit gambar : FB Inokulan Gaharu Biotech


Saya berdoa agar kerjasama ini membuahkan hasil bagi setiap pihak yang terlibat. Jika ada yang beranggapan ia adalah langkah yang tidak bijak, itu terpulang kepada anda. Kami berusaha untuk menyampaikan yang terbaik. Saya yakin ini ilham daripada Allah SWT untuk kami di GLR terus berkembang dan bersinar.

Credit gambar : FB Inokulan Gaharu Biotech



Yang Menulis,
Puan Aminah Saad
Gaharu Lestari Resources Sdn Bhd

Agarwood Fragrance Pouch - Coming Soon

0

Labels:


Salam Ramadhan Kareem

0

Labels:


Gaharu Lestai Resources Sdn Bhd mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang mulia. Semoga semua umat Islam dapat menunaikan kewajipan ini dengan sebaiknya. Memperbanyakkan ibadah dan juga bersedekah bersempena bulan yang sangat mulia ini.

Salam Ramadhan,
Puan Aminah & Suami
Warga GLR

Bersediakah Untuk Terbang Tinggi?

0

Labels: , ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Nampaknya semakin lama semakin jarang saya mengemaskini blog ini. Hampir bersawang seolah tidak berpenghuni lagi. Jadi hari ini saya datang menulis kembali untuk membuang sawang-sawang yang semakin menebal. Sebenarnya bukanlah bermakna saya semakin hilang dari industri ini sebaliknya sedang mempersiapkan diri untuk terbang lebih tinggi. Mudah mudahan Allah permudahkan usaha ini dan memberikan saya kekuatan untuk menjadikan ia satu realiti.


Memang sejak akhir-akhir ini semakin banyak peluang yang datang sehingga urusan kerja juga bertambah-tambah. Namun peluang-peluang ini perlulah dikaji agar ia memberikan impak yang baik kepada pembangunan syarikat. Alhamdulilah, gembira melihat sahabat seangkatan yang semakin tinggi terbang. Sesungguhnya luas rezeki yang Allah kurniakan kepada kita. Namun begitu, peluang tanpa pelan perancangan yang baik juga bakal menemui kegagalan.

GLR juga banyak melakukan perbincangan demi perbincangan untuk beberapa kerjasama yang akan kita laksanakan dalam masa terdekat ini. Kini, kami bukan lagi bergerak one man show sebaliknya beberapa syarikat hebat yang terpilih berdiri dibelakang kami untuk membantu kami terbang lebih tinggi. Saya akui kami tidak akan dapat pergi sejauh itu tanpa kerjasama ini. Sememangnya GLR adalah syarikat gaharu yang menyediakan one stop center segala urusan berkaitan gaharu bermula daripada pembibitan, penyulingan minyak, produk, suntikan dan segala urusan berkaitan gaharu. Namun kini, mengambil pendekatan secara lebih meluas dan global maka kami telah menyediakan diri untuk bersama beberapa syarikat hebat ini agar kami dapat terbang lebih tinggi. Supaya kami dapat membantu lebih banyak petani. Inilah antara hasrat awal saya daripada awal kewujudan Gaharu Lestari Resources itu sendiri. Moga Allah kekalkan hati dan jiwa saya ini agar tidak terpesong daripada niat yang asal. Moga allah berikan saya kekuatan untuk merealisasikan hasrat ini. Bukan semata-mata keuntungan yang dikejar sebaliknya banyak ibadah yang mampu dilakukan jika impian ini menjadi kenyataan.

Memang sejak akhir-akhir ini saya semakin bersemangat dan excited dengan usaha-usaha yang sedang dilakukan ini. InshaAllah, saya akan umumkan satu persatu apabila usahasama-usahasama ini direalisasikan. Bukan mudah semuanya tetapi tiada yang mustahil. Yang penting jangan pernah berhenti. Keep moving dont stop.

gambar hiasan. sumber : google 

Perasaan jatuh bangun itu perkara biasa. Namun yang menjadikan kita luar biasa ialah apabila kita sentiasa cuba untuk bangun walaupun kita jatuh berkali kali. Dan yang penting jangan pernah berundur dan menyerah. Berusahalah sehabis baik pasti ada ganjaran hebat dihujungnya. Walaupun saya masih belum berjaya daripada apa yang saya sasarkan namun begitu saya sentiasa excited dan meneruskan segala usaha-usaha ini. Saya sentiasa yakin bahawa Allah akan beri kepada orang yang berusaha. Lambat atau cepat sahaja menjadi ukuran. Allah akan berikan apabila kita sudah benar-benar bersedia.

Cepat sangat masa berlalu. Hampir setengah tahun telah kita lewati. Adakah kita telah mencapai segala azam-azam yang telah kita sematkan diawal tahun? InshaAllah, saya doakan siapa jua anda yang membaca blog ini semoga Allah anugerahkan anda kejayaan yang anda impikan. Mencapai segala yang anda kehendaki. Moga Allah merahmati kita. Amin.

                                                      

Yang Menulis Dengan Excited,
Puan Aminah Saad 

Siapa Pembeli Kayu Gaharu?

0

Labels: , ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semoga semua dalam keadaan sihat sejahtera. Dimudahkan segala urusan dan diberkati atas setiap langkah yang diatur. Kembali kepada tajuk entri pada hari ini, ini adalah antara soalan yang sangat sering ditanyakan oleh penanam pokok Gaharu iaitu Siapakah Pembeli Kayu Gaharu ini? Dimana nak jumpa Pembeli Kayu Gaharu ini? 


Tak susah mencari pembeli tetapi yang sukar ialah mencari pembeli yang boleh membeli pada harga yang kita ingini. Hihi. Tambahan kayu yang dihasilkan daripada kaedah suntikan sering kali mendapat pandangan yang agak "rendah" dibandingkan dengan kayu alami. Ye la kn, nak bandingkan proses pembentukan yang mungkin ambil puluhan tahun dengan usia pokok yang sudah tua pastilah menghasilkan hasil yang lebih baik. Namun begitu, dengan pelbagai teknik suntikan dan inokulan yang ada dipasaran ia menjadi suatu yang tidak mustahil lagi. Cubaan demi cubaan para pengkaji inokulan menghasilkan chip gaharu yang semakin baik. Ok, bila sudah dapat chip yang bagus dan minyak yang bagus dekat mana nak jual?

Saya juga sentiasa mencuba untuk mencari pembeli pada harga yang lebih baik. Bila kita dapat menjual pada harga yang lebih baik maka kita dapat membeli pada harga yang lebih baik (mahal). Petani tentu akan lebih tersenyum lebar. Usaha yang dicurahkan rasa lebih berbaloi. Kerana saya juga merasai itu. Menanam, menjaga, gangguan makhluk perosak, angin ribut, kering kontang dan sebagainya bukanlah satu ujian yang kecil. 



Semuanya saling berkaitan untuk mendapatkan satu harga yang akan membuatkan kita tersenyum lebar. Kesabaran, jujur dan istiqamah dalam menjalankan perniagaan ini. Banyak "player" yang sudah hilang dari gelanggang. Mungkin terlalu sibuk atau telah menukar bidang yang lain. Akhirnya, siapa yang masih istiqamah dalam sesuatu bidang maka dia lah yang akan menjadi pemenang. Akan menjadi tumpuan pembeli dengan harga yang bagus. Jika kita seperti chipsmore kejap ada kejap tiada maka pembeli pun tidak yakin dengan keupayaan kita. Ataupun seperti maggi 2 minit dah hbs hilang dari pandangan. Muncul entah dari mana, memberikan cerita yang best2, mengambil kesempatan atas kelemahan bangsa sendiri yang hanya memandang simbol kekayaan sebagai tanda kejayaan seorang peniaga. Sudah dapat yang dimahukan lesap.

Image result for cute cartoon vampire

Janganlah merosakkan industri ini. Stop being vampire. Jadilah buyer/seller yang betul2 tulen. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Bukan awk seorang yang terkena tempiaskan bahkan semua yang berada dalam bidang ini. Ok, nampaknya membebel saya dah terkeluar tajuk. 

Oklah, nak makan dulu. Lapar tu yang merepek tu. Akhir kata, Jangan lupa deh Mesyuarat Agung Tahunan PENGHARUM pada 7 Mei 2016 ini di UPM. 









Pembersihan Kawasan Bagi Penanaman Gaharu

0

Labels: ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Semoga semuanya sihat dan ceria memulakan tugasan di hari permulaan minggu ini. Sempena pagi isnin yang cerah berseri ni saya nak tulis berkenaan dengan pembersihan kawasan bagi penanaman Gaharu. Ok, part ni sebenarnya semua jenis tanaman pun kalau kita nak laksanakan maka perlukan kita lakukan pembersihan kawasan terlebih dahulu. Kalau lagi bagus jika kita dapat buat sedikit analisis bagi tanah tersebut. Bukan apa lebih senang jika kita hendak merancang secara lebih terperinci berkenaan sistem pembajaan kelak. Tahu sedikit latar belakang kawasan yang kita akan bangunkan ini, adakah pernah banjir, adakah laluan angin, apakah pokok-pokok yang tumbuh dikawasan ini dan sebagainya. Semua maklumat ini dapat membantu kita membangunkan ladang dengan lebih baik.

Beberapa hari yang lalu, saya ada pergi melawat sebidang tanah milik sebuah syarikat yang berminat untuk membangunkan perladangan gaharu. Kawasan seluas 28 ekar disebelah jalan utama. Tiada sejarah banjir dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Jumlah hujan yang tinggi. Tanah liat berpasir. Tumbuhan sedia ada ialah pokok kelapa. Kawasan pokok kelapa selalunya berhampiran dengan laut dan kebarangkalian tanah di bahagian dalam mempunyai air masin. Oleh yang demikian, sample tanah diambil bagi memastikan kesesuaian tanah tersebut dan juga sebagai rujukan untuk sistem pembajaan kelak. Atau sebarang permasalahan yang mungkin timbul dikemudian hari.


Jom semak beberapa tips memulakan pembersihan kawasan :

1) Musim Panas

Musim panas memang adalah masa yang sangat sesuai untuk melakukan proses pembersihan tanah. Kiranya sekarang adalah masa yang sangat sesuai untuk melakukan proses pembersihan tanah. Jika melakukan proses pembakaran, sila pastikan anda mengawal proses pembakaran tersebut. Jangan bakar dan tinggal kerana musim panas ini boleh menyebabkan api merebak ke kawasan yang tidak sepatutnya. Jentera berat juga mudah melakukan kerja kerana tiada lopak dan selut yang kadang kala menganggu proses pembersihan oleh jentera berat ini. Pilihlah jentera yang bersesuaian dengan kawasan anda. Cas yang dikenakan bergantung kepada keluasan (lumpsum) atau kira berdasarkan jumlah hari.

 



2) Sediakan longkang/parit bagi saliran air

Ketika proses pembersihan dilakukan, inilah masanya juga anda merancang untuk membuat saliran longkang/parit sebagai sistem pengaliran kelak. Minta jentera melakukannya. Jangan buat masa apabila terlupa dan perlu membuatnya dikemudian hari. 

3) Gembur Tanah

Jika kawasan tanah adaalah terlalu padat boleh la juga anda melakukan proses pengemburan selepas proses pembersihan dilakukan. Ini bagi memudahkan proses penanaman kelak dan membantu akar untuk berkembang dengan lebih cepat dan baik. 

4) Sistem Air 


Kenalpasti kaedah pengairan yang akan anda aplikasikan dikawasan tersebut. Adakah anda akan menggali telaga air untuk proses penyiram kelak atau anda menggunakan kaedah dripping/Sprinkler. Jika sumber air adalah sukar mungkin mengorek beberapa telaga air adalah baik bagi menakung air apabila hujan. Dengan keadaan cuaca/musim yang semakin tidak menentu perancangan yang teliti berkaitan proses pengairan ini adalah sangat penting. Musim kemarau mungkin berlarutan lebih lama daripada jangkaan. Jika kaedah ini telah dirancang lebih awal, InshaAllah kadar kerugian akan dapat dikurangkan. 

Oklah, rasanya sampai disini dulu entri pada hari ini. Walaupun entri yang agak sama pernah saya tuliskan diblog ini namun sesekali refresh semula tak salah kan? Hehe. Oklah, sampai sini dulu. Semoga kita semua sentiasa berjaya dalam segala usaha yang sedang dilakukan.

Akhir kata, saya ingin menjemput anda semua ahli atau bukan ahli PENGHARUM untuk hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan 2015 pada 7 Mei 2016 ini. Jom datang bagi memeriahkan suasana. 


Terima Kasih semua kerana membaca posting ini :)

Selamat Ulang Tahun

0

Labels: , ,

Selamat Ulangtahun ke - 31 buat saya. Hehe. 

Cepatnya masa berlalu kan?. Rasa macam masih muda sekolah-sekolah je. Terima kasih buat mak tersayang yang melahirkan diri ini. Penat lelah mengandungkan anakmu sehingga 9 bulan. Menjaga kerenah anak-anak dari belum tahu apa-apa sehingga membesar dewasa. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan seorang ibu itu tidak mampu dibalas. Hanya doa mengiringi selalu. Semoga mak diberikan kesihatan dan kebahagian. Sekarang berjauhan sekejap dengan mak sebab mak tolong jagakan datuk yang sakit. Tapi masih boleh berhubung hari-hari. Kadang-kala xde benda nak cakap pun mesti rasa nak call mak :P

Birthday kali ini sambut di bengkel GLR sahaja sambil cat bengkel. Sambut dengan husband dan pekerja. Syukur Alhamdulilah masih diberikan umur untuk meneruskan perjalanan hidup ini.  Kami baru upgrade sikit bahagian pejabat GLR dan dibahagian pemprosesan bagi membolehkan kami memohon sijil Mesti. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan ini. Boleh kami buka ruang kepada lebih ramai yang berminat untuk menggunakan perkhidmatan GLR bagi menghasilkan Teh Gaharu anda sendiri. Jenama anda sendiri. Juga boleh request jika ingin campurkan dengan bahan-bahan lain, inshaAllah kami boleh menyediakan untuk anda. Jemput datang ke Pejabat kami untuk berbincang lebih lanjut.



Moga tahun ini adalah tahun yang lebih baik untuk kami di GLR. Memang banyak lagi tanggungjawab yang belum selesai. Kami sedang berusaha untuk menyelesaikan satu persatu. Untuk makluman semua, promosi bagi anak pokok telah berakhir. Tahniah kepada yang telah mengambil peluang untuk membeli anak pokok ketika harga promosi. Selepas ini harga kembali seperti biasa. Boleh emailkan kepada kami di gaharulestary@gmail.com untuk mendapatkan quotation terkini. 


Untuk pembelian sebarang produk anda boleh terus ke laman web kami di www.lestarybrand.com. Jika ada produk yang sold out sila berhubung dengan pihak kami untuk double check jika kami terlambat update stok di laman web. Kami cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik buat anda semua. Maafkan kami jika ada tersalah silap sepanjang berurusan dengan anda semua. Kami sentiasa cuba menambah baik perkhidmatan yang kami tawarkan. 


Minat baru. Cuba pelbagai jenis teh dengan pelbagai teknik. Hihi. Thanks kepada yang sudi bagi saya cuba pelbagai teh. Ada suggestion tak any good tea to try ??

Yang menulis,
Aminah Saad