Impian bersama GLRSB

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semoga pembaca blog ini sentiasa sihat dan gembira menjalani kehidupan seharian. Ye la kan dengan ujian demi ujian mendatang. Dengan kenaikan harga minyak dan ekonomi yang semakin tidak menentu pastilah sedikit sebanyak memberikan kesan kepada semua orang. Tetapi jangan jadikan masalah-masalah tersebut sebagai alasan untuk kita tidak bergerak maju. Sentiasa kreatif mencari jalan untuk meningkatkan ekonomi diri dan bagaimana untuk kita mempertahankan syarikat yang dibina. Saya orang yang selalu berimpian. Macam-macam idea untuk mengembangkan syarikat.



Perniagaan memanglah sumber rezeki yang paling banyak tetapi ia tidaklah semudah yang disangka. Perlu cekal tabah dan istiqamah. Jika dapat bertahan tidak ambil gaji beberapa tahun, InsyaAllah anda ada sedikit ciri-ciri tersebut. Tetapi bukan semua perniagaan sama. Setiap perniagaan berbeza dan anda kena bersedia untuk setiap cabaran yang bakal dihadapi.

Saya dan husband dua-dua kaki berangan. Tapi kami bukan berangan kosong tau. Semuanya ada usaha untuk merealisasikan sesuatu perkara tersebut. Walaupun kami tahu sesuatu impian/angan-angan tersebut terlalu jauh lagi untuk dicapai tapi kami akan tetap maintain untuk mencapai impian tersebut. No pressure. Dan alhamdulilah bila kita ada pasangan yang sangat memberi dorongan, kita akan rasa lebih bersemangat untuk mencapainya. Walaupun kadang-kadang idea saya memang agak ekstrem dan agak "gila-gila" tetapi masih mendapat sokongan padu. Haha. Saya yang suka argue impian-impian husband, haha. Sebenarnya bukanlah reject suka-suka, tetapi saya suka brainstorm bukan sahaja lihat dari satu sisi sahaja, saya suka membuka minda untuk melihat dari pelbagai persepsi. Barulah dapat idea yang lebih firm kan? Kalau orang tengok macam bergaduh tetapi actually saya memang macam tu. Cakap kuat dan laju macam orang duduk berbatu-batu jauhnya.



Kami bersama-sama mengasaskan GLRSB. Bermula dari zero. Bertatih sedikit demi sedikit sehingga orang mula mengenali GLRSB. Gaharu ialah impian kami bersama. Jadi bila berbincang banyak idea-idea yang boleh di olah bersama. Memang susah nak terangkan kepada orang yang tidak faham bidang kita. Tambahan industri gaharu memang industri yang baru. Pengetahuan orang ramai sangatlah terhad. Allah temukan saya dengan pasangan yang sangat memahami tentang apa yang saya lakukan. Moga-moga Allah kekalkan rasa itu.

Walaupun Gaharu ialah impian kami bersama tetapi kami punya begitu banyak impian lain yang tiada kaitan minat antara satu sama lain. Saya lebih kepada modern business tetapi husband lebih kepada traditional business. Jadi saya suka combine kedua-dua idea menjadikan ia satu idea yang lebih realistik dan berdaya maju. Saya selalu melihat perbezaan sebagai satu kelebihan untuk kita mendapat idea yang lebih solid dan mantap. Saya juga sangat selesa bila pasangan dapat menerima hidup secara bersederhana dalam keadaan susah atau senang.


Tujuan berniaga kami juga selari. Walaupun mungkin nanti perniagaan GLRSB ini akan dikembangkan dengan berbagai-bagai bidang perniagaan lain tetapi tujuan akhirnya hanya satu. Kami masing-masing jelas dengan tujuan tersebut jadi ia lebih mudah. Tiada yang sempurna dalam setiap pasangan, setiap kita mempunyai kelemahan dan kelebihan masing-masing. Jadikan kekuatan kita untuk menampung kelemahan pasangan kita dan jadikan kekuatan pasangan kita untuk menampung kelemahan kita.

Antara impian husband ialah segala berkaitan bidang makanan.
Manakala impian saya lebih kepada teknologi based ( yang boleh dicombine dengan apa-apa bidang juga).

Semoga tahun 2017, kami sama2 dapat realisasikan impian husband terlebih dahulu. Mungkin restoran/kafe yang masih boleh memasukkan unsur gaharu di dalamnya. Dan saya sebagai pembangun sistem dan SOP restoran tersebut. Anak syarikat kepada GLRSB --> Lestary Food Industries Sdn Bhd. Ok ini semua angan-angan je tau. Saya tulis dekat sini sebab saya nak tengok ambil masa berapa lama baru impian ini akan tercapai selepas impian ini dizahirkan secara bertulis.


InshaAllah hujung November ini akan ada satu soft- launching Projek Penanaman Pokok Gaharu. Di sebabkan projek ini diuruskan oleh Department Pembangunan jadi saya tak nak umumkan apa-apa lagi. Nanti dah dapat tarikh saya akan tuliskan di blog ye. Moga-moga projek yang dibangunkan ini memberikan manfaat kepada banyak pihak.

Wslm.


Comments (0)

Post a Comment