Pembelian Online di Lestary Brand (Agen/Stokis)

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Saya harap anda semua ceria, tenang dan gembira. Perasaan yang bukan semua orang boleh merasainya. Ada yang Allah tarik perasaan tersebut sehingga tiada rasa ketenangan dalam menjalani kehidupan. Kekayaan sebenar ialah apabila diberikan ketenangan hati dalam menempuh apa jua cabaran yang mendatang dalam hidup. Wang ringgit boleh dicari tetapi ketenangan hidup ini milikNya. Sebenarnya saya tak nak sedih-sedih untuk entri kali ini sebab saya rasa bulan ini dah penuh dengan pelbagai perkara-perkara sedih yang berlaku dalam hidup saya. Saya nak cakap benda-benda yang gembira sahaja.

Ok, hari ini seharian saya mengemaskini laman web lestarybrand setelah bersawang-sawang tidak diupdate. Banyak produk yang telah dikemaskini. Anda boleh cuba lawati dan menghayati produk-produk kami seterusnya boleh la cuba beli. Hehe. Semua jenis produk gaharu yang anda inginkan boleh anda dapatkan di sini. Satu tempat semua dapat. Senang kan?

Agen dan Stokis juga boleh terus membuat pembelian daripada website. Yang penting anda daftar dengan kami dahulu.

Kelebihan Agen/Stokis yang mendaftar di website :

1) Boleh review produk terbaru keluaran Lestary Brand
2) Mudah untuk check harga Agen/Stokis bagi produk yang ingin dibeli
3) Download secara PERCUMA semua Ebook/Manual/Material marketing yang disediakan
4) Promosi-promosi KHAS yang hanya dibuka kepada Agen/Stokis
5) Mendapatkan berita-berita khas berkenaan produk

Langkah Demi Langkah Daftar dan Membuat Pembelian Secara Online di Lestary Brand

1. Taip www.lestarybrand.com. Jika anda pertama kali ke laman web ini dan tidak pernah mendaftar anda perlu klik pada login --> New Customer --> Continue


2. Isikan maklumat seperti yang diminta.


3. Pada bahagian Business Type sila masukkan jika anda Agen/Stokis/Dropship atau jika ada pembeli biasa (Default). Pihak admin akan membuat pengesahan pendaftaran bagi mengelakkan kesilapan pemilihan status kerana pembelian seterusnya harga adalah mengikut kategori anda.


4. Akaun anda akan diaktifkan dalam tempoh 24 jam. Selepas itu, anda boleh membuat pembelian dengan menggunakan laman web ini. Login ke akaun anda. 



5. Selepas login anda boleh membuat pembelian dari website. Jika anda Agen/Stokis anda boleh download material seperti Ebook/Manual. Contohnya, anda pilih Gaharu Coffee With Apricot. Jika anda pembeli biasa, harga yang terpamer ialah harga jualan. Sekiranya anda Agen/Stokis maka harga yang dipamerkan ialah harga Agen/Stokis. 


6. Untuk membuat pembelian, klik pada gambar produk. Kemudian pilih berapa kuantiti dan "Add To Cart". Jika anda ingin terus membuat pembelian produk lain boleh terus membuat pilihan produk-produk lain.


7. Setelah selesai membuat pemilihan produk, pergi ke sebelah kanan atas dan klik pada gambar bakul. Klik Checkout untuk membuat pembayaran.


8. Masukkan maklumat billing dan juga alamat untuk dihantar produk. Klik continue untuk meneruskan proses.



9. Sistem akan memaklumkan jumlah kos penghantaran yang perlu dibayar. Buat masa ini, kami menggunakan penghantaran menggunakan Pos Laju. Jika anda hendak kami membuat penghantaran secara domestik sila tuliskan di ruangan komen bahawa produk anda hendak dihantar menggunakan pos domestik. Kos penghantaran secara domestik adalah separuh daripada harga penghantaran secara Pos Laju. Namun ia mengambil masa 5-8 hari untuk sampai. Seterusnya Klik Continue.


10. Kemudian sila pilih kaedah pembayaran yang anda ingin gunakan. Paypal ataupun Bank Transfer. Klik pada Term& Conditions sebelum Klik Continue.


11. Sistem akan memaklumkan jumlah sebenar yang perlu anda bayar sebelum pembayaran dibuat beserta no akaun syarikat.


12. Confirm Order. Satu email akan dihantar ke email anda. Selepas membuat pembayaran anda perlu memaklumkan kepada pihak kami dengan menghantar email ke shop@lestarybrand.com. Kami akan membuat semakan terhadap order tersebut seterusnya membuat penghantaran produk.

13. Selesai tempahan online :)

Jika anda tidak faham boleh menghubungi pihak kami untuk kami bantu langkah demi langkah.

Ok lah, saya pun nak balik dulu. Penat sangat hari ini.

Comments (0)

Post a Comment