Bagaimana Membuka Pasaran Gaharu di Malaysia?

Labels: , , ,

Faktor terpenting dalam setiap perniagaan ialah PASARAN. Jika kita mempunyai produk yang paling baik dalam dunia sekalipun tetapi jika kita tidak mendapat pasaran yang betul pastilah kita tidak akan dapat pergi jauh. Pi mai pi mai tang tu !!

Di manakah pasaran gaharu ?

Jika kita merujuk kepada Laporan TRAFFIC pasaran utama gaharu ialah Arab, China, Singapura, Taiwan dan Jepun. Banyak juga pasaran-pasaran baru yang muncul seperti Eropah dan juga Korea. Nampak macam besar kan? Memang sangat sangat besar.  Namun begitu, ia tidak lah semudah yang di sangka. Banyak lagi onak duri yang perlu dilalui. Bukan hanya kerana kita ada produk, orang akan berminat untuk berurusan dengan kita. Dengan pelbagai cabaran dan kekangan seperti bahasa, budaya, pemikiran maka proses yang dilalui perlu mengambil masa. Apabila ia mengambil masa ia juga pastilah menipiskan kewangan syarikat. Dan masa bertahan perlu lebih lama. Jika tidak mampu bertahan, pasti kita akan berhenti di pertengahan jalan. 


Ada pilihan lain tak ? Tanpa perlu berurusan dengan negara-negara yang dinyatakan di atas. Tanpa orang tengah. Bermula kecil-kecilan tetapi masih berhasil ? Setiap permasalahan pastilah ada penyelesaiannya kan? Jom kita sama-sama fikirkan. 

Di Malaysia tiada pasaran gaharu kah?

Saya selalu terfikirkan hal ini dahulu. Bila bercakap berkenaan gaharu, otak automatik akan kaitkan dengan pasaran luar Negara. Walaupun sekarang ini, kita sudah mula membuat hubungan dengan Negara-negara tersebut namun begitu saya sentiasa fikirkan pilihan jalan penyelesaian yang lain untuk pengusaha-pengusaha di luar sana yang mungkin sedang memikirkan hal ini. Kerana saya sangat mengakui bahawa meneroka pasaran luar Negara bukanlah satu perkara yang mudah. Tambah-tambah kepada usahawan/pengusaha muda yang kurang pengalaman, kewangan dan segalanya. Saya melalui jadi saya sangat faham. Ia mengambil masa yang bukan sedikit. Kesabaran yang sangat banyak. 

Sebenarnya kita pun boleh ubahkan pemikiran kita menjadikan " MALAYSIA IALAH PASARAN GAHARU YANG SANGAT BESAR"

Bagaimana menjadikan Malaysia sebagai pasaran Gaharu?


Mungkin orang Malaysia tidak mempunyai budaya membakar gaharu/bakhoor di rumah atau sempena majlis-majlis tertentu. Namun begitu, kesedaran orang Malaysia berkenaan gaharu sudah mula muncul. Indikatornya ialah semakin ramai yang mula menanam pokok gaharu sebagai tanaman utama dan ada juga menanam sebagai tanaman sampingan. Kewujudan produk-produk hiliran berasaskan gaharu yang dikeluarkan oleh pengguna gaharu. Lestary Brand sendiri mengeluarkan produk seperti  Teh Gaharu, Kopi Gaharu dan Sabun Gaharu yang semakin mendapat tempat di hati pengguna. 

InshaAllah, kami akan sentiasa menambahkan rangkaian produk-produk baru berasaskan gaharu untuk digunakan oleh segenap lapisan masyarakat. 

Hampas Gaharu 
RM 8/kilo 
(Untuk kuantiti yang banyak boleh berhubung dengan kami)

Kopi Gaharu Aprikot
RM 28 untuk 20 Uncang

Lulur Gaharu
RM 29.90

Minyak Wangi Gaharu (3ml)
RM 60 

Pewangi Gaharu (Gantung)
RM 15

Untuk melihat lebih banyak lagi produk-produk kami sila lawati LestaryBrand
 
Semoga dengan kewujudan produk-produk hiliran ini, kita tidak perlu lagi pening kepala mencari pasaran ke luar Negara. 

Selamat mencuba !!


Comments (0)

Post a Comment