Kursus Penyulingan Pati Minyak Gaharu MTIB 26-27 Mac 2015

Labels: , ,

Assalamualaikum semua,

Semoga dalam keadaan sihat sejahtera. Saya sedang berlintas langsung daripada T Star Cottage Langkawi bersempena Kursus Penyulingan Pati Minyak Gaharu yang di anjurkan oleh pihak MTIB. Yuran sangat murah jadi saya ambil kesempatan untuk hadir dan dapatlah saya berkongsi ilmu tersebut dengan anda-anda semua yang tidak berkesempatan untuk hadir. Alhamdullah dapat menghadiri program ini dan belajar perkara-perkara baru. Kursus/Seminar adalah antara tempat yang paling best untuk mencari ilmu dan menambahkan kenalan dalam bidang gaharu secara santai. Selain ilmu-ilmu baru yang diperolehi daripada penceramah dapat juga menambah ilmu daripada para peserta yang rata-rata bukanlah calang-calang orang juga. Yang dah berpengalaman luas juga masih terus mencari ilmu. Inikan pula saya yang masih setahun jagung.


Walaupun ada penceramah dan tajuk yang sama pada kursus yang di anjurkan sebelum ini, namun saya tetap rasa banyak benda baru yang saya belajar. Ada je point-point baru yang diperolehi. Apabila menghadiri program-program sebegini, kosongkan fikiran supaya kita boleh menerima ilmu-ilmu baru. Buangkan rasa ego dan budget pandai, supaya kita bersedia untuk menerima pandangan/ilmu daripada orang lain. Ok, jom saya kongsikan intipati program ini secara ringkas.

Langkah Demi Langkah Penyulingan Minyak Gaharu : 

1) Dalam program ini sumber bahan mentah adalah daripada pokok yang ditanam. Berusia 6 tahun. Di suntik dalam tempoh setahun dengan sasaran menghasilkan kayu minyak. Pokok ditebang dan dikerat dalam panjang sekaki untuk memudahkan proses meracik kelak. Batang pokok dibiarkan selama sehari di bawah panas untuk mengeringkannya sebelum proses seterusnya di lakukan.




2) Kayu tersebut dikerat dan diasingkan kayu putih dan kayu yang berwarna agak gelap. Hanya kayu yang berwarna agak gelap di masak kerana mempunyai minyak. Kayu putih tidak di masak sekali bagi mendapatkan kualiti yang terbaik. 


3) Kayu yang telah diracik akan dihancurkan menjadi serbuk halus dengan menggunakan grinder. Pastikan kayu racik dalam keadaan betul-betul kering bagi memudahkan proses untuk mengisar. Namun begitu, jika grinder yang digunakan besar maka ia masih boleh mengisar kayu basah.


4) Kayu yang telah dikisar akan direndam selama 2 minggu. Pastikan anda tidak menggunakan air paip. Gunakan sumber air dari telaga, air bukit dan sebagainya. Sumber air yang digunakan akan mempengaruhi hasil minyak yang di masak. Masukkan ke dalam periuk memasak minyak sekali dengan air rendaman. 


5) Proses memasak mengambil masa 3 hari. Ada juga yang memasak minyak sehingga seminggu. Ia bergantung kepada sumber bahan yang digunakan. Namun menggunakan kaedah pokok perladangan dan suntikan, tempoh 3 hari adalah mencukupi. 


6) Minyak yang telah dikeluarkan daripada dapur akan dipanaskan menggunakan lampu bagi memudahkan proses mengasingkan minyak gaharu dan air. 


7) Taddaaa...sudah siap. Pati Minyak Gaharu yang dihasilkan :)


 Gambar peserta program Penyulingan Minyak Gaharu di Pantai Cenang, Langkawi

 Ok, sampai sini dulu entri pada kali ini. Minggu depan saya akan outstation untuk satu urusan yang sangat penting. Tolong doakan saya ye semua. Semoga Allah permudahkan segala urusan di sana. Moga usaha kecil saya ini dapat memberikan sedikit impak kepada industri gaharu di Malaysia kelak.

Saya sayang semua !!

Aminah Saad.


Comment (1)

Alhamdulillah menarik. thks.
sila call sy 012-7000047 sbb sy call2 x angkat. sy nak tanya banyak

Post a Comment