Kursus Penyulingan Pati Minyak Gaharu MTIB 26-27 Mac 2015

1

Labels: , ,

Assalamualaikum semua,

Semoga dalam keadaan sihat sejahtera. Saya sedang berlintas langsung daripada T Star Cottage Langkawi bersempena Kursus Penyulingan Pati Minyak Gaharu yang di anjurkan oleh pihak MTIB. Yuran sangat murah jadi saya ambil kesempatan untuk hadir dan dapatlah saya berkongsi ilmu tersebut dengan anda-anda semua yang tidak berkesempatan untuk hadir. Alhamdullah dapat menghadiri program ini dan belajar perkara-perkara baru. Kursus/Seminar adalah antara tempat yang paling best untuk mencari ilmu dan menambahkan kenalan dalam bidang gaharu secara santai. Selain ilmu-ilmu baru yang diperolehi daripada penceramah dapat juga menambah ilmu daripada para peserta yang rata-rata bukanlah calang-calang orang juga. Yang dah berpengalaman luas juga masih terus mencari ilmu. Inikan pula saya yang masih setahun jagung.


Walaupun ada penceramah dan tajuk yang sama pada kursus yang di anjurkan sebelum ini, namun saya tetap rasa banyak benda baru yang saya belajar. Ada je point-point baru yang diperolehi. Apabila menghadiri program-program sebegini, kosongkan fikiran supaya kita boleh menerima ilmu-ilmu baru. Buangkan rasa ego dan budget pandai, supaya kita bersedia untuk menerima pandangan/ilmu daripada orang lain. Ok, jom saya kongsikan intipati program ini secara ringkas.

Langkah Demi Langkah Penyulingan Minyak Gaharu : 

1) Dalam program ini sumber bahan mentah adalah daripada pokok yang ditanam. Berusia 6 tahun. Di suntik dalam tempoh setahun dengan sasaran menghasilkan kayu minyak. Pokok ditebang dan dikerat dalam panjang sekaki untuk memudahkan proses meracik kelak. Batang pokok dibiarkan selama sehari di bawah panas untuk mengeringkannya sebelum proses seterusnya di lakukan.




2) Kayu tersebut dikerat dan diasingkan kayu putih dan kayu yang berwarna agak gelap. Hanya kayu yang berwarna agak gelap di masak kerana mempunyai minyak. Kayu putih tidak di masak sekali bagi mendapatkan kualiti yang terbaik. 


3) Kayu yang telah diracik akan dihancurkan menjadi serbuk halus dengan menggunakan grinder. Pastikan kayu racik dalam keadaan betul-betul kering bagi memudahkan proses untuk mengisar. Namun begitu, jika grinder yang digunakan besar maka ia masih boleh mengisar kayu basah.


4) Kayu yang telah dikisar akan direndam selama 2 minggu. Pastikan anda tidak menggunakan air paip. Gunakan sumber air dari telaga, air bukit dan sebagainya. Sumber air yang digunakan akan mempengaruhi hasil minyak yang di masak. Masukkan ke dalam periuk memasak minyak sekali dengan air rendaman. 


5) Proses memasak mengambil masa 3 hari. Ada juga yang memasak minyak sehingga seminggu. Ia bergantung kepada sumber bahan yang digunakan. Namun menggunakan kaedah pokok perladangan dan suntikan, tempoh 3 hari adalah mencukupi. 


6) Minyak yang telah dikeluarkan daripada dapur akan dipanaskan menggunakan lampu bagi memudahkan proses mengasingkan minyak gaharu dan air. 


7) Taddaaa...sudah siap. Pati Minyak Gaharu yang dihasilkan :)


 Gambar peserta program Penyulingan Minyak Gaharu di Pantai Cenang, Langkawi

 Ok, sampai sini dulu entri pada kali ini. Minggu depan saya akan outstation untuk satu urusan yang sangat penting. Tolong doakan saya ye semua. Semoga Allah permudahkan segala urusan di sana. Moga usaha kecil saya ini dapat memberikan sedikit impak kepada industri gaharu di Malaysia kelak.

Saya sayang semua !!

Aminah Saad.


Pengalaman dah 30 Tahun ??

0

ENTRI INI TIADA KAITAN DENGAN GAHARU

Siapa yang dah berpengalaman 30 tahun tu?

Haha. Bukan nak cakap pasal pengalaman sebenarnya. Saya nak cakap hari ini umur saya dah 30 tahun. Ok saya dah tua. 23/3/1985 yang lalu saya di lahirkan oleh mak yang sangat saya sayangi. Membesarkan saya hingga ke hari ini. Memang saya sangat sangat sayang mak saya. Kalau orang lain xnak sayang saya pun xpelah, asalkan mak sentiasa ada di saat susah senang saya. InshaAllah, mak lah kekuatan saya.



Walaupun saya dah 30 tahun, saya suka kek yang macam ni. Hehe. Mesti mak tak sangka kan anak dia ni dah berusia 30 tahun. Macam budak2 je perangai. Alhamdulilah, sejak Gaharu Lestari Resources beroperasi di Trolak saya banyak menghabiskan masa di rumah. Tak perlu berjauhan lagi. Dan bil telefon pun sangatlah jimat. Hehe. Kalau saya sedih mak lah tempat saya meluahkan perasaan. Bila penat, bila stress dan bila gembira. Terima kasih sebab selalu ada di sisi saya.


Walaupun hari ni hari lahir saya, tapi saya rasa sedih sangat. Tak tahulah kenapa. Touching sangat walaupun saya nampak cool. Saya ni memanglah sangat unpredictable. Mari nangis sebentar. Tiba-tiba teringat blog lama saya, saya akan tulis blog bila saya sedih dan stress. Penuh dengan tulisan jiwang karat. Haha. 

                    
3 tahun lalu saya ada tulis satu impian. Saya tampal di dinding blk di kolej waktu study di UPM. Hari2 saya tengok. Tapi bila kawan roomate saya selalu datang, saya jadi malu dan tampalkan dalam almari. Lagipun still tiap2 hari buka almari kan? Tau apa saya tulis ? Haha. Memang poyo. 

" Saya usahawan gaharu muda pada usia 30 tahun" 

Walaupun secara psycologynya bila kita baca hari-hari lama-lama akan jadi kenyataan. Tapi pada hari ini, bila genap usia saya 30 tahun, saya tak capai pun lagi impian saya tu. Dan yang paling teruk saya rasa impian tu semakin jauh. Dan yang lagi teruk, saya rasa macam loser. Ohhoo....

Perlu give up ke?

Oh mestilah tidak. Mak cakap mungkin 30 tahun 14 hari, atau 30 tahun 3 bulan, atau mungkin 30 tahun 8 bulan. Punyalah nak support anak kan? Haha. Apa pun terima kasih mak kerana masih terus percaya dan beri kekuatan pada anakmu ini. InshaAllah saya akan buktikan bahawa ia akan menjadi kenyataan sebelum 0 bertukar menjadi 1. Hihi. 

Tahun ni agaknya memang tahun down saya agaknya. Dari awal tahun satu satu perkara yang terjadi melemahkan semangat saya. Tapi kawan saya cakap saya orang paling positif dia pernah jumpa. Kerja keras dan sangat bersemangat. Jadi saya kena jadi macam tu. Positif, kerja keras dan sangat bersemangat. Silalah datang semangat membara saya. Jangan ianya hilang di awan lalu. Please stay with me !! Eh apa saya merepek ni. 

                             

Apa pun perasaan sy saat ini, saya ingin ucapkan ribuan terima kasih atas ucapan/doa rakan2 yang tak putus melalui facebook, whatsapp dan juga SMS. Saya sayang semuanya. 

Ok bye semua. 

Bagaimana Membuka Pasaran Gaharu di Malaysia?

0

Labels: , , ,

Faktor terpenting dalam setiap perniagaan ialah PASARAN. Jika kita mempunyai produk yang paling baik dalam dunia sekalipun tetapi jika kita tidak mendapat pasaran yang betul pastilah kita tidak akan dapat pergi jauh. Pi mai pi mai tang tu !!

Di manakah pasaran gaharu ?

Jika kita merujuk kepada Laporan TRAFFIC pasaran utama gaharu ialah Arab, China, Singapura, Taiwan dan Jepun. Banyak juga pasaran-pasaran baru yang muncul seperti Eropah dan juga Korea. Nampak macam besar kan? Memang sangat sangat besar.  Namun begitu, ia tidak lah semudah yang di sangka. Banyak lagi onak duri yang perlu dilalui. Bukan hanya kerana kita ada produk, orang akan berminat untuk berurusan dengan kita. Dengan pelbagai cabaran dan kekangan seperti bahasa, budaya, pemikiran maka proses yang dilalui perlu mengambil masa. Apabila ia mengambil masa ia juga pastilah menipiskan kewangan syarikat. Dan masa bertahan perlu lebih lama. Jika tidak mampu bertahan, pasti kita akan berhenti di pertengahan jalan. 


Ada pilihan lain tak ? Tanpa perlu berurusan dengan negara-negara yang dinyatakan di atas. Tanpa orang tengah. Bermula kecil-kecilan tetapi masih berhasil ? Setiap permasalahan pastilah ada penyelesaiannya kan? Jom kita sama-sama fikirkan. 

Di Malaysia tiada pasaran gaharu kah?

Saya selalu terfikirkan hal ini dahulu. Bila bercakap berkenaan gaharu, otak automatik akan kaitkan dengan pasaran luar Negara. Walaupun sekarang ini, kita sudah mula membuat hubungan dengan Negara-negara tersebut namun begitu saya sentiasa fikirkan pilihan jalan penyelesaian yang lain untuk pengusaha-pengusaha di luar sana yang mungkin sedang memikirkan hal ini. Kerana saya sangat mengakui bahawa meneroka pasaran luar Negara bukanlah satu perkara yang mudah. Tambah-tambah kepada usahawan/pengusaha muda yang kurang pengalaman, kewangan dan segalanya. Saya melalui jadi saya sangat faham. Ia mengambil masa yang bukan sedikit. Kesabaran yang sangat banyak. 

Sebenarnya kita pun boleh ubahkan pemikiran kita menjadikan " MALAYSIA IALAH PASARAN GAHARU YANG SANGAT BESAR"

Bagaimana menjadikan Malaysia sebagai pasaran Gaharu?


Mungkin orang Malaysia tidak mempunyai budaya membakar gaharu/bakhoor di rumah atau sempena majlis-majlis tertentu. Namun begitu, kesedaran orang Malaysia berkenaan gaharu sudah mula muncul. Indikatornya ialah semakin ramai yang mula menanam pokok gaharu sebagai tanaman utama dan ada juga menanam sebagai tanaman sampingan. Kewujudan produk-produk hiliran berasaskan gaharu yang dikeluarkan oleh pengguna gaharu. Lestary Brand sendiri mengeluarkan produk seperti  Teh Gaharu, Kopi Gaharu dan Sabun Gaharu yang semakin mendapat tempat di hati pengguna. 

InshaAllah, kami akan sentiasa menambahkan rangkaian produk-produk baru berasaskan gaharu untuk digunakan oleh segenap lapisan masyarakat. 

Hampas Gaharu 
RM 8/kilo 
(Untuk kuantiti yang banyak boleh berhubung dengan kami)

Kopi Gaharu Aprikot
RM 28 untuk 20 Uncang

Lulur Gaharu
RM 29.90

Minyak Wangi Gaharu (3ml)
RM 60 

Pewangi Gaharu (Gantung)
RM 15

Untuk melihat lebih banyak lagi produk-produk kami sila lawati LestaryBrand
 
Semoga dengan kewujudan produk-produk hiliran ini, kita tidak perlu lagi pening kepala mencari pasaran ke luar Negara. 

Selamat mencuba !!


Download Ebook di Lestary Brand

0

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Apa khabar semua? Saya alhamdulilah sihat. Saya sentiasa mendoakan anda di luar sana terutamanya jika anda terlibat dengan gaharu agar sentiasa gembira dan bersemangat waja mengharungi liku-liku onak duri dalam perniagaan ini. Bukan semuanya mampu untuk bertahan. Saya pun sebab gerak slow and steady jadi tidak lah rasa terlalu tertekan. Haha.

Langkah 1 : 
Pastikan anda telah mendaftar di www.lestarybrand.com. Langkah demi langkah untuk mendaftar boleh dirujuk pada entri ini. Login ke akaun anda. Pilih Category : Ebook. Contohnya kita memlilih Ebook Manual For Nursery. Klik pada gambar Ebook tersebut.


Langkah 2 :
Add to Cart. 


Langkah 3 : 
Klik pada bakul di bahagian Menu. Klik Checkout jika ada selesai membuat pembelian. Teruskan seperti langkah di entri sebelum ini sehingga anda confirm order. Buat bayaran dan tunggu email pengesahan daripada pihak kami dalam tempoh 24 jam. Jika dalam tempoh 24 jam anda tidak mendapat ebook anda, sila WA/SMS ke 0134335541. 



Langkah 4 : 
Setelah mendapat email pengesahan bahawa ebook anda telah boleh di download. Anda boleh ke login ke laman web. My Menu --> My Account. 


Langkah 5 :
Klik Downloads. 


Langkah 6 : 
Anda akan melihat interface seperti ini. Klik kotak biru tersebut untuk downloads ebook ini. Anda hanya boleh download sekali sahaja bagi setiap ebook yang di beli. Selagi anda belum downloads, anda boleh download bila-bila masa sahaja. 


Tadaaa...senang kan? 

Ok itu sahaja perkongsian hari ini. 



Lestary Brand Channel Youtube

0

Labels:

Salam semua,

Lepas ni lebih rajin la saya upload video di Lestary Brand Channel. Baru je saya create tadi. Memang agak ketinggalan zaman la juga kan. Haha. Selepas ini, mungkin apa yang sukar dijelaskan dengan perkataan kita boleh buatkan dalam bentuk video. Hehe :)

Jom layan video pertama saya (actually bukanlah video sebab hanyalah slide sahaja).

Enjoy !!




Yang Pandai Buat Video,
Aminah Saad
Pengurus Pemasaran Gaharu Lestari Resources Sdn Bhd
+605-4321002
+6013-4335541

Pembelian Online di Lestary Brand (Agen/Stokis)

0

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Saya harap anda semua ceria, tenang dan gembira. Perasaan yang bukan semua orang boleh merasainya. Ada yang Allah tarik perasaan tersebut sehingga tiada rasa ketenangan dalam menjalani kehidupan. Kekayaan sebenar ialah apabila diberikan ketenangan hati dalam menempuh apa jua cabaran yang mendatang dalam hidup. Wang ringgit boleh dicari tetapi ketenangan hidup ini milikNya. Sebenarnya saya tak nak sedih-sedih untuk entri kali ini sebab saya rasa bulan ini dah penuh dengan pelbagai perkara-perkara sedih yang berlaku dalam hidup saya. Saya nak cakap benda-benda yang gembira sahaja.

Ok, hari ini seharian saya mengemaskini laman web lestarybrand setelah bersawang-sawang tidak diupdate. Banyak produk yang telah dikemaskini. Anda boleh cuba lawati dan menghayati produk-produk kami seterusnya boleh la cuba beli. Hehe. Semua jenis produk gaharu yang anda inginkan boleh anda dapatkan di sini. Satu tempat semua dapat. Senang kan?

Agen dan Stokis juga boleh terus membuat pembelian daripada website. Yang penting anda daftar dengan kami dahulu.

Kelebihan Agen/Stokis yang mendaftar di website :

1) Boleh review produk terbaru keluaran Lestary Brand
2) Mudah untuk check harga Agen/Stokis bagi produk yang ingin dibeli
3) Download secara PERCUMA semua Ebook/Manual/Material marketing yang disediakan
4) Promosi-promosi KHAS yang hanya dibuka kepada Agen/Stokis
5) Mendapatkan berita-berita khas berkenaan produk

Langkah Demi Langkah Daftar dan Membuat Pembelian Secara Online di Lestary Brand

1. Taip www.lestarybrand.com. Jika anda pertama kali ke laman web ini dan tidak pernah mendaftar anda perlu klik pada login --> New Customer --> Continue


2. Isikan maklumat seperti yang diminta.


3. Pada bahagian Business Type sila masukkan jika anda Agen/Stokis/Dropship atau jika ada pembeli biasa (Default). Pihak admin akan membuat pengesahan pendaftaran bagi mengelakkan kesilapan pemilihan status kerana pembelian seterusnya harga adalah mengikut kategori anda.


4. Akaun anda akan diaktifkan dalam tempoh 24 jam. Selepas itu, anda boleh membuat pembelian dengan menggunakan laman web ini. Login ke akaun anda. 



5. Selepas login anda boleh membuat pembelian dari website. Jika anda Agen/Stokis anda boleh download material seperti Ebook/Manual. Contohnya, anda pilih Gaharu Coffee With Apricot. Jika anda pembeli biasa, harga yang terpamer ialah harga jualan. Sekiranya anda Agen/Stokis maka harga yang dipamerkan ialah harga Agen/Stokis. 


6. Untuk membuat pembelian, klik pada gambar produk. Kemudian pilih berapa kuantiti dan "Add To Cart". Jika anda ingin terus membuat pembelian produk lain boleh terus membuat pilihan produk-produk lain.


7. Setelah selesai membuat pemilihan produk, pergi ke sebelah kanan atas dan klik pada gambar bakul. Klik Checkout untuk membuat pembayaran.


8. Masukkan maklumat billing dan juga alamat untuk dihantar produk. Klik continue untuk meneruskan proses.



9. Sistem akan memaklumkan jumlah kos penghantaran yang perlu dibayar. Buat masa ini, kami menggunakan penghantaran menggunakan Pos Laju. Jika anda hendak kami membuat penghantaran secara domestik sila tuliskan di ruangan komen bahawa produk anda hendak dihantar menggunakan pos domestik. Kos penghantaran secara domestik adalah separuh daripada harga penghantaran secara Pos Laju. Namun ia mengambil masa 5-8 hari untuk sampai. Seterusnya Klik Continue.


10. Kemudian sila pilih kaedah pembayaran yang anda ingin gunakan. Paypal ataupun Bank Transfer. Klik pada Term& Conditions sebelum Klik Continue.


11. Sistem akan memaklumkan jumlah sebenar yang perlu anda bayar sebelum pembayaran dibuat beserta no akaun syarikat.


12. Confirm Order. Satu email akan dihantar ke email anda. Selepas membuat pembayaran anda perlu memaklumkan kepada pihak kami dengan menghantar email ke shop@lestarybrand.com. Kami akan membuat semakan terhadap order tersebut seterusnya membuat penghantaran produk.

13. Selesai tempahan online :)

Jika anda tidak faham boleh menghubungi pihak kami untuk kami bantu langkah demi langkah.

Ok lah, saya pun nak balik dulu. Penat sangat hari ini.