A Picture Tell Thousand Words

0

Labels:

Wah pagi-pagi menulis entri tajuk english nampaknya? Haha.

Sebenarnya semalam saya ke workshop " Qua Vadis Industri Gaharu", walaupun hanya sempat hadir untuk hari yang kedua namun saya bersyukur kerana tetap hadir dan dapat berjumpa dengan kawan-kawan dan peserta-peserta yang best2. Tapi saya tak sempat nak tangkap gambar sangat, sibuk berjumpa dengan orang. Tunggu siapa2 upload di FB saya nak minta kebenaran copy je.

Ok tajuk entri memang itulah yang ingin dilakukan. Hari ini sekadar ingin berkongsi gambar. Iya, gambar. Sebab ada yang cakap saya tak upload banyak gambar di India. Memang sibuk jadi saya upload je la gambar dengan sedikit penerangan. Nak tulis banyak2 memang pada kadar yang tidak berapa rajin. Ok just enjoy the picture :)

Gambar tidak ikut kronologi. :)



























Rupa-rupanya tak sempat nak buat penerangan sikit. Nanti free2 saya edit entry ni. Bye semua, nak pergi sekolah :)


Aminah Saad


Suatu Sabtu

0

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Semoga anda dalam keadaan baik-baik sahaja. Saya pun Alhamdulilah sihat cuma agak sibuk sedikit. Biasalah kan semua orang pun sibuk. Sibuk bekerja, sibuk menjaga anak, sibuk belajar, sibuk bercuti dan bermacam-macam kesibukan lagi. Ada yang sibuk tengok TV dari pagi sampai ke malam pun ada. Saya memang bukan kaki TV, kalau tak dapat tengok TV memang tak de masalah. Tetapi kalau tak boleh online memang bermasalah. Haha. Ye lah, masing-masing ada minat dan kecenderungan masing-masing. Apa pun biarlah yang memberikan manfaat kepada kehidupan anda.



Entri hari ini hanyalah entri santai. Dengan mood yang OK hari ini, jadi rasa perlu menulis di blog kesayangan. Semalam merupakan hari yang sangat tak produktif bagi saya. Perancangan saya semua ke laut. Tidak menjadi. Kita hanya merancang hanya Allah Yang Maha Pengatur semuanya. Jika mood saya tidak baik saya tak suka nak berurusan dengan orang lain. Walaupun pada hakikatnya, saya mampu mengawal emosi saya namun begitu tahap kesabaran adalah sangat minima. Dikhuatiri perkara yang kecil pun boleh mengundang kemarahan.

Saya bukanlah jenis marah tak tentu pasal. Dan memang jarang sangat nak marah orang. Tapi semalam kedai HP yang saya beli HP memang sangat-sangat mengundang kemarahan saya. Pasti syaitan bersorak sebab saya gagal mengawal kemarahan saya. Actually saya tak adalah mengeluarkan kata-kata kesat pun, jauh sekali sumpah seranah. Cuma mungkin muka dah berubah warna merah dan reaksi nampak sangatlah tidak berpuas hati. Tapi semua tu menjadi pengajaran buat saya. Banyak perkara saya belajar. Allah mengajar hambanya dalam pelbagai bentuk. Cuma membezakan ialah cara kita menerimanya.



Alhamdulilah hari ini segala urusan berjalan lancar. Semua mengikut perancangan. Esok harap dapat luangkan masa hadir ke workshop Qua Vadis. Maaf sebab saya tidak dapat hadir pada hari ini. Memang banyak urusan yang perlu diselesaikan hari ini. Ok, kepada semua peserta semoga mendapat manfaat daripada intipati yang disampai.

Ok, tata !! (Tajuk entri memang teruk+gambar tiada kaitan..aduii).


Face it

0

Labels:


Challenges are what make life interesting,
Overcoming them is what makes it meaningful.



Site 15 September 2013

0

Labels:

Selamat Hari Malaysia :)










Selamat Maju Jaya kepada pemilik kawasan iaitu En Razi yang begitu gigih membersihkan dan membangunkan kawasan ini untuk penanaman pokok gaharu. Semoga segala urusan dipermudahkan dan diberkati :)

Never Give Up

0

Labels:




Travelog : Assam, India ( 27 Ogos - 2 September 2013) Part 1

1

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Semoga dalam keadaan sihat sejahtera. Akhir-akhir ini memang saya rasa malas untuk menulis di blog. Tapi sebenarnya saya perlu juga menulis di sini sebagai sumber rujukan saya di masa akan datang. Jadi hari ini saya ingin menulis berkenaan dengan trip ke Assam tempoh hari. Mana tau ada yang ingin pergi nanti, boleh lah dijadikan panduan :)

Sebelum membuat keputusan ke India, saya perlu menyiapkan visa terlebih dahulu. Di sebabkan waktu ke China, tempoh untuk menyiapkan visa boleh dipilih iaitu normal atau express. Jadi saya fikir samalah ke India pun. Sebab saya masih berfikir untuk pergi atau tidak. Tiket pun belum beli lagi. Macam ke China, perlu beli tiket dulu kemudian barulah mohon visa. Nampaknya untuk ke India lain pula. Jom saya kongsikan kepada sesiapa yang belum tahu.

1) Buat pendaftaran secara online di sini . Anda boleh upload gambar jika ada.

2) Untuk yang pertama kali ke India, boleh pilih type of visa : Tourist

3) Cetak borang permohonan visa tersebut. dan hantar ke Kedutaan India di Dataran Merdeka :) --> saya hari tu salah pergi tempat ke Menara Mont Kiara. Sedangkan di Mont Kiara adalah untuk rakyat India yang ingin membuat visa dan sebagainya. Nasib baik pemandu teksi sungguh baik hati sebab beliau pun baru pulang dari trip ke India.

4) Borang anda akan disemak dan jika tiada apa-apa masalah maka borang anda akan diproses. Kepilkan bersama gambar berukuran pasport berlatar belakang putih 2keping.

5) Dalam tempoh 3 hari bekerja anda boleh mengambil visa anda. Anda tidak boleh request untuk express. Jadi jangan beli tiket dulu nanti visa tak siap tak pasal-pasal je ada masalah. Hehe. Macam saya kan, hari selasa depan nak pergi hari rabu baru buat. Alhamdulilah, hari jumaat boleh ambil :)

Jumlah bayaran yang perlu dibuat adalah RM 167 (tak ingat exact amount..hehe)

Tiket AirAsia KL- Kolkata ( RM 840 including 20kg ) --> kalau planning lebih awal dan booked awal dapat lebih murah. MAS tiada direct ke Kolkata. Tapi jika hendak ke Delhi dulu pun Ok juga tapi tiket lebih mahal :)

27 OGOS 2013 

Perjalanan ambil masa dalam 4 jam. Jadi saya bertolak dari LCCT pukul 3 petang dan sampai di Kolkata dalam pukul 5.15 petang. Perbezaan masa 2 jam. Disebabkan tiada flight terus ke Guwahati maka saya perlu bermalam di Kolkata untuk satu malam. Saya telah tempah hotel dari Malaysia melalui booking.com (boleh cari deal-deal yang menarik dan pilih hotel yang dalam budget kita). Disebabkan saya adalah budget trip maka saya pilih satu hotel semalam dalam IDR 1200. Dari kolkata airport ke hotel saya ambil prepaid taxi IDR 240. Teksi ni tiada aircond dan mmg laju sangat sangat. Teksi ni sangatlah klasik..Hehe :)


(sumber google, saya tak sempat nak tangkap gambar teksi yg sangat comel ni)

Sampai hotel sangat sangatlah best sebab boleh berehat. Sebenarnya salah satu yang menyumbang kepada rasa penat sangat sangat adalah perasaan RISAU. Iya, sedikit risau kerana inilah perjalanan pertama saya sendirian ke tempat yang belum pernah saya jejak. Dengan bahasa asing dan semuanya asing. Saya perlu bertawakal dan serahkan segala-galanya pada Yang Maha Kuasa. Alhamdulilah sampai dengan selamat ke hotel tanpa banyak cabaran. Cabaran esok saya perlu ke Airport seawal pukul 4 pagi. Hmmm, kerisauan saya yang pertama ialah 1) Tak terbangun sebab letih sangat 2) Naik teksi seawal pagi sendirian. Ok cukup 2 sebab buat saya tak boleh tidur semalaman. Haha :)

Saya sudah tempah teksi yang saya naiki dari airport ke hotel tadi untuk ambil saya pagi nanti. Walaupun tidak pandai berbahasa Inggeris tapi saya yakin beliau faham. Kami gunakan bahasa isyarat. Dan mungkin dia pun faham sikit2 apa yang saya maksudkan cuma tidak tahu untuk membalas apa yang saya sampaikan. Alhamdulilah di hotel ada wifi jadi saya dapat berhubung dengan kawan saya di Hojai utk call semula driver teksi dan confirmkan. Dan juga call teksi esok pagi takut beliau terlupa. Kalau tiada internet mmg Cik Aminah pun lost tak tahu nak buat apa. Ya, dunia tanpa sempadan sekarang membuatkan kita agak bergantung kepada internet. 

28 OGOS 2013

Debaran hari kedua. Pukul 3.30pagi saya sudah siap. Cuma tunggu masa nak keluar dari hotel. Saya online dan kawan saya beritahu teksi dalam perjalanan ke hotel. Alhamdulilah. Dalam pukul 4 saya check out dari hotel. Teksi tu datang dengan dua orang. Dan mereka beritahu disebabkan saya keluar awal pagi maka charge adalah double. Orang teksi ini pandai berbahasa Inggeris. Jadi lebih mudah bertutur dengan beliau. 

" Are you from Australia?"
" No I'm from Malaysia"
(Nampaknya muka Cik Aminah macam orang Australia agaknya..Haha. Boleh pindah Australia lepas ni)

So perjalanan pagi ini IDR 500. Sampai Airport dia tolong angkat barang saya dan minta saya tambah IDR 100 tapi sy cuma tambah IDR 50 sahaja sebab tiada duit 100. Sebenarnya ikutkan saya pun malas nak cakap banyak as long as saya sampai ke destinasi yang dituju pun dah syukur Alhamdulilah. 

Saya terus check in sebab kaunter dah buka. Perut memang lapar gila sebab saya tak tahu nak beli makanan apa. Nasib baik semalam saya ada bawa bekalan roti daripada Malaysia. Itulah sebagai lapik perut di pagi hari. Saya ni dah la jenis yang kena makan nasi. Semalam sampai pun saya tak makan. Cabaran di perantauan. 




 Dalam flight saya memang tak boleh tidur sebab lapar. Haha. Perjalanan Kolkata-Guwahati mengambil masa lebih kurang 2 jam. Jadi saya dijangka tiba jam 8 pagi. Kawan saya pun bergerak dari Hojai sama saya bertolak dari Kolkata. Flight agak kosong mungkin sebab dah berakhir musim cuti atau perayaan. Kos perjalanan Kolkata-Guwahati IDR 6400 (2 hala).

Sampai je di Guwahati, kawan saya sudah sedia menunggu. Alhamdulilah. Syukur. Kami menaiki kereta ke Hojai yang mengambil masa lebih kurang 3 jam perjalanan. Dalam perjalanan siap nampak Gajah lagi kat tepi jalan. Hehe. Berbanding Kolkata, Guwahati lebih kepada persekitaran yang masih banyak pokok, hutan, gunung ganang dan masih hijau la orang kata. 

Saya sampai di Hojai pukul 11 pagi. Satu keluarga kawan saya tu sambut saya dengan baik sekali. Malu sangat rasa. Haha. Makan dalam pukul 1 tengahari. Memang dah lapar sangat tapi malu la kan dekat rumah orang. Mak kawan saya masak nasi beriyani yang sangat sangatlah sedap. Memang harus bertambah-tambah makan. Nyummyyy. Tapi sebab saya tak ambil gambar jadi tak bolehlah sharing dekat sini. Yang nyata nasi beriyani kat sana lebih pedas mungkin kerana rempah ratus yang digunakan lebih banyak.



Di sebelah petang kami just round-round kampung je sambil lihat beberapa kawasan tanaman gaharu di Hojai. Lagipun memang agak penat. Jadi jalan santai je :)




Ok sampai sini dulu tulisan saya pada hari ini. Tiba-tiba rasa mengantuk pulak. Alamak banyaknya kerja belum siap tapi masih ada masa tulis blog kan. Hmmm :)

Oklah, babai :)






WORKSHOP : Qua Vadis Industri Gaharu Malaysia

0

Labels:

Makluman untuk individu-individu yang sering bertanya berkenaan dengan bilakah workshop atau seminar gaharu akan diadakan. Di sini saya uar-uarkan satu workshop yang akan diadakan pada 28-29 September 2013 ini. Jangan lepaskan peluang ini :)


Yuran : RM 300

Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi seketariat workshop ini ditalian 019-6966985.

* Saya berharap kepada yang sering bertanya berkenaan dengan workshop anda boleh subcribe blog ini agar tidak ketinggalan dengan maklumat yang disampaikan. Ini kerana kadang kala saya juga tidak dapat ingat sesiapa yang bertanya berkenaan dengan kursus/workshop.

Sekian, terima kasih.


Aminah Saad

Buat Jahat Jangan Sekali, Buat Baik Berkali-kali

0

Labels:

Assalamualaikum dan Selamat Hari Isnin,

Selamat bekerja kepada yang sedang bekerja. Semoga kita semua sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik bagi melalui hari-hari yang mendatang. Alhamdulilah selamat tiba di Tanah Air tercinta pada pukul 1.30 pagi tadi.Disebabkan flight delay sejam maka sy juga tiba agak lambat di LCCT. Syukur Alhamdulilah segalanya berjalan lancar. Selamat pergi dan selamat pulang :)

Apabila berada ditempat yang asing, saya sentiasa panjatkan doa agar dipertemukan dengan orang-orang yang baik hati. Yang boleh menolong saya jika saya memerlukan. Yang boleh memberikan arah jika saya tersesat. Yang boleh bantu saya berkomunikasi dengan orang yang tidak dapat memahami bahasa yang saya tuturkan. Dan senarai itu akan terus bertambah apabila satu per satu kesukaran saya hadapi. Dan apabila kita dalam kesusahan begini kita berdoa agar Allah temukan kita dengan seseorang yang boleh membantu kita.



Begitulah sebaliknya. Untuk menerima kita perlu memberi terlebih dahulu. Kita perlu membuat kebaikan dengan membantu orang yang dalam kesusahan selagi masih dalam kemampuan kita. Pertolongan yang sedikit tetapi apabila sangat diperlukan menjadi suatu yang sangat bermakna dalam hidup seseorang itu. Ya, saya sangat-sangat merasai hal ini apabila saya pergi ke negara orang. Dengan banyak kekangan yang perlu dilalui, tanpa insan-insan baik hati yang Allah aturkan untuk kita tidak mungkin segalanya berjalan lancar.


Mak saya selalu berpesan berbuat baiklah sebanyak sebanyak mungkin kepada sesiapa sahaja yang memerlukan selagi saya termampu. Kerana apabila kita memerlukan kelak mudah mudahan Allah gerakkan hati insan lain untuk membantu kita. Walaupun hanya membantu memberikan arah, ianya adalah satu perkara yang sangat-sangat bermakna. Yakinlah bahawa setiap kebaikan yang kita lakukan Allah akan balas dengan bantuan yang kita tidak sangka-sangka.

Kebaikan akan tetap menang berbanding kejahatan. Saya ingin belajar membantu dengan seikhlas yang mungkin kepada orang yang memerlukan. Walaupun kadang kala kita tidak mampu untuk ikhlas membantu orang lain tapi saya yakin Allah tetap berikan kita ganjaran. Kita manusia biasa yang punya pelbagai sifat mazmumah. Namun kita boleh berusaha untuk menjadi lebih baik.

Kadang kala hanya dengan senyuman juga dapat membantu orang lain. Dapat membantu menceriakan orang lain yang mungkin dalam keserabutan melalui hari-hari yang penuh dengan cabaran. Cuba memahami kesusahan orang lain akan menyebabkan orang lain cuba memahami permasalahan kita kelak.

" The more you give, the more you get"

Pada saya lumrahnya begitu. Untuk menerima kita perlu memberi dahulu. Lebih banyak kita membuatkan orang bahagia lebih banyak kebahagian yang akan kita miliki. Untuk disayangai maka sayangilah orang lain terlebih dahulu. Untuk dipercayai maka percayailah orang lain terlebih dahulu. Untuk difahami maka fahamilah orang lain terlebih dahulu. InshaAllah, kita akan memperolehi apa yang kita mahukan. Macam yang sering kita ketahui dalam "Law of Attraction" kita akan menarik apa yang kita fikirkan. Jika kita sering fikirkan orang akan menipu kita, maka kita akan menarik orang yang menipu kepada kita. Untuk tidak ditipu maka yang cuba menipu orang lain.

" Saya tidak menipu tetapi sering ditipu"

Hmm, mungkin kita ada kesilapan dimana-mana sebagai khifarah atas kesilapan lalu kita. Atau mungkin sebenarnya itu yang sering kita fikirkan iaitu takut ditipu, takut bertemu orang penipu. Jadi jika itu yang selalu kita fikirkan itulah yang akan menarik kita kepada orang-orang penipu.Jadi, marilah kita berfikiran positif dan menyebarkan kebaikan.

"Buat jahat jangan sekali, buat baik berkali kali "


Jangan tanya berapakah pulangan yang akan kita perolehi jika kita sendiri tidak pernah membuat pelaburan.
Jangan tanya berapa hasil tanaman yang akan kita perolehi jika kita sendiri tidak pernah menanam.
Jangan tanya kenapa kita tidak berjaya sedangkan kita tidak pernah bermula.

Jangan tanya kepada orang lain, tanya ke dalam diri sendiri. 



Aminah Saad