Tinta Santai

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Apabila saya perlu menulis sesuatu disini saya selalu tiada idea. Tak reti untuk menulis dengan panjang lebar, paling malas saya hanya kongsikan gambar. "A Pictures is worth a thousand words". Gunakan konsep tersebut jadi saya tidak perlu menulis banyak. Satu strategi supaya tak nampak sangat tiada idea. Saya kagum bila membaca orang yang pandai menulis. Namun begitu, tanpa disedari saya telah mula menulis di sini sejak 6 Ogos 2009 dan sehingga kini. Alhamdulilah masih diberi kesihatan dan umur yang panjang untuk terus mengaktifkan blog ini.

Pada permulaan saya membangunkan blog ini, saya tidak banyak menjumpai blog berkaitan gaharu. Mungkin kerana kebanyakkan penggiat gaharu ketika itu lebih memfokuskan kepada ground work berbanding memperuntukkan masa untuk berada dihadapan komputer menulis sesuatu kepada pembaca yang tidak jelas siapa. Tiada keuntungan daripada segi material yang kelihatan. Bagi saya pula ketika itu saya lebih kepada menulis untuk diri sendiri. Ada yang betul dan tak kurang yang salah saya tuliskan di blog ini. Biasalah pelajar yang selalu diajar dengan nota dan sebagainya. Sampai waktu saya belajar kereta pun saya ambil nota. Hmm...Namun saya sangat gembira melalui proses pembelajaran secara tidak langsung ini.

Saya lihat semakin lama semakin banyak blog yang semakin tidak aktif. Mungkin kerana semakin sibuk dengan perniagaan atau mungkin kerana semakin tidak bersemangat dengan industri gaharu. Saya pun sama, kejap ada kejap tiada. Inipun sebenarnya saya ada banyak kerja tapi sebab malas jadi saya menulis di blog. Ohh blog tempat melepak apabila malas menguasai diri ( cari mood for academic writing..hmmm..)



Walaupun saya rasa blog ini telah terwujud agak lama namun saya dapat rasanya ilmu gaharu saya hanya berubah sedikit. Perkembangan yang sangat perlahan. Mungkin saya terlalu menilai dari aspek "akademik" menjadikan kadang-kadang saya stress apabila semakin banyak perkara yang perlu dikaji dan masih belum punya jawapan sehingga ke saat ini. Ada juga kawan yang bertanya kenapa saya terlibat dengan perniagaan gaharu ini. Sedangkan terlalu banyak lagi pilihan perniagaan yang boleh saya lakukan. Masih banyak gap yang perlu difikirkan, keperluan dari segi kewangan dan juga masa.

Allah dorongkan hati saya ke sini pasti ada perancangan yang saya tidak tahu. Saya yakin rezeki setiap manusia berbeza-beza, mungkin rezeki saya disini. Allah menjadikan kita tidak tahu perkara di masa hadapan supaya kita berusaha untuk mencapai apa yang kita mahukan, supaya kita memohon padaNya.

Kenapa Allah menjadikan pembentukan gaharu sebagai suatu yang sangat misteri? Walaupun dengan teknologi yang semakin hebat, namun kita masih tidak dapat memberikan satu kepastian tentang pembentukan gaharu dan juga kualitinya. Kenapa?

1) Supaya selain berusaha, kita letakkan suatu doa yang penuh pengharapan kepadaNya agar apa yang diusahakan membuahkan hasil. Sifat kita sebagai makhluk yang lemah, sering meminta apabila dalam keadaan susah. Apabila diberikan ujian dan cabaran kita akan lebih mengingatiNya. Jika dengan mudah gaharu terbentuk dengan kualiti yang super pasti kita lebih mudah lupa. Ujian dalam bentuk kesenangan.

2) Supaya kita berusaha dengan lebih gigih mencari ilmu Allah yang luas ini. Supaya kita dapat berjumpa dengan lebih ramai orang untuk mencari ilmu. Menambahkan keyakinan kita bahawa hebatnya kuasa Yang Maha Pencipta.



Saya harap kita semua berjaya dalam setiap usaha yang dilakukan. Dalam apa jua. Contohnya saya ni, semoga berjaya dalam pelajaran dan perniagaan. Allah beri kekuatan untuk bertahan. Bersabar dengan pelbagai cabaran. Saya ada masuk pertandingan Transformasi Belia Desa anjuran KKLW. Doakan saya berjaya. Projek yang saya cadangkan sudah pasti berkaitan gaharu kan. Semoga kejayaan ini dapat disumbangkan kepada masyarakat desa. Sesiapa yang berminat pun boleh masuk lagi, tarikh tutup 30 April 2013 lagi beberapa hari je lagi. Saya pun baru je hantar. Hehe.


Kadang kala orang memandang rendah kepada kita apabila kita sedang dalam perjalanan untuk berjaya. Sebab kita belum berjaya tidak bermakna kita tidak akan berjaya. Saya yakin saya akan berjaya. Jangan pandang rendah pada saya yang memang rendah ni ye. Kejayaan itu subjektif :)


Oklah, Selamat berehat semua. P basuh kaki dulu sebelum tido Zzzzzz



Yang Menulis,
Aminah Saad

Comments (2)

Good Luck Cik Aminah..jalan menuju kejayaan memang penuh dengan ranjau..mg kita sam-sama berjaya mengharungi segala onak dan duri..best of luck fr yr rbc competition.-cik Puan Naza-

Terima kasih my dear buddy...

Semoga awk juga terus berjaya dalam bidang yang awk ceburi. Saya harap suatu hari nanti kita dapat bekerjasama :)

Post a Comment