Pulang dari Guangzhou

Labels:

Assalamualaikum semua,

Semoga sihat-sihat sahaja. Saya alhamdulilah sihat walaupun sebelum berangkat ke China keadaan agak tidak baik. Di China, saya tidak dapat online. Facebook tiada. Email pun tidak boleh. Mungkin keadaan pun tidak mengizinkan untuk saya berinternet. Bekerja sambil menikmati percutian. Balik ni memang kerja saya sedang berbaris sambil ambil no tu. Ohhh moga bekerja lebih kuat ( ambil semangat daripada Negara China dengan rakyat yang sangat rajin bekerja).


Disebabkan flight delay selama dua jam maka kami tiba ke Baiyun Airport agak lambat, sedangkan tiket flight ke Haikou telah dibeli. Memang agak kelam kabut untuk ke penerbangan seterusnya. Memandangkan di Guangzhou sedang sibuk dengan exhibition jadi begitu ramai orang di airport. Jadi kami perlu bergerak  super pantas. Haha. Alhamdulilah, sempat ke penerbangan seterusnya. Sempat minum-minum lagi ~~

*Terima kasih kepada Mr Ken yang menjemput kami di Baiyun Airport :)

Sampai di Haikou airport, perlu naik train pula lagi setengah jam. Akhirnya sampai juga ke destinasi yang dituju. Tapi saya tak tahu nama tempat tersebut. (apa ini orang) ~~

Keesokan hari kami ke ladang gaharu untuk berbincang beberapa perkara berkaitan dengan gaharu. Nanti beberapa deal yang berjaya saya akan kongsikan disini ya buat masa ini masih menjadi rahsia Gaharu Lestari Resources :)

*Lawatan ladang (^__*)

Sambung berjalan ke Sanya, kawasan pelancongan di tepi pantai. Sangat best ~~

*Pandangan daripada hotel tingkat 16 

*Wood decoration..not gaharu ok :)

Thanks for everyone. Hopefully we can have a good relationship between Malaysia-China-Arab 

Ok, sebenarnya belum sempat berehat. Pulang dari China terus balik kampung. Duduk rumah sekejap sambung drive ke Seri Kembangan. Yea, I'm home :)

Love everyone :)

Aminah Saad

Comments (0)

Post a Comment