Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,
Agak lama juga saya tidak menulis di blog. Ada beberapa entri yang telah ditulis tetapi akhirnya masuk ke draft juga. Maknanya entri yang tidak sempat siap. Ini pun saya hanya ingin menulis sedikit berkenaan projek inokulasi Gaharu Lestari Resources yang telah bermula di Raub, Pahang. Dua teknik digunakan bagi projek yang sedang dijalankan di Raub ini iaitu Super Max-G dan juga bamboo stick.
Tarikh : 3 April 2013 - 10 April 2013
Lokasi : Raub
Jumlah Pekerja : 3 orang
Terima kasih kepada team Gaharu Lestari Resources yang banyak membantu dalam merealisasikan projek suntikan ini. Cik Aminah mana berani nak panjat tinggi-tinggi. Hehe :)
Ada beberapa lagi projek lagi yang akan dilaksanakan namun mungkin mengambil masa kerana proses yang agak panjang disatu-satu tempat. Jika melibatkan pokok ladang lebih cepat sedikit berbanding yang melibatkan pokok-pokok liar yang besar ni.
Oklah, sebenarnya saya demam dan tak berapa sihat. Jenis antibodi yang tak kuat tambah kulit yang agak sensitif habis satu badan saya kena gatal-gatal gara-gara turun site . Tambah dengan demam lagi memang ujian betul. Jumaat ini saya akan ke Guang Zhou, China saya mohon anda semua doakan saya sihat dan kuat untuk trip kali ini.
Terima kasih kerana membaca.
Sekian.
Aminah Saad

*memasuki ke lokasi suntikan...melalui sungai :)
*Team GLR sedang membuat suntikan
*Pokok yang sudah disuntik. Mudah-mudahan berhasil :)
Terima kasih kepada team Gaharu Lestari Resources yang banyak membantu dalam merealisasikan projek suntikan ini. Cik Aminah mana berani nak panjat tinggi-tinggi. Hehe :)
* Team GLR yang berusaha keras dan komited
Ada beberapa lagi projek lagi yang akan dilaksanakan namun mungkin mengambil masa kerana proses yang agak panjang disatu-satu tempat. Jika melibatkan pokok ladang lebih cepat sedikit berbanding yang melibatkan pokok-pokok liar yang besar ni.
Oklah, sebenarnya saya demam dan tak berapa sihat. Jenis antibodi yang tak kuat tambah kulit yang agak sensitif habis satu badan saya kena gatal-gatal gara-gara turun site . Tambah dengan demam lagi memang ujian betul. Jumaat ini saya akan ke Guang Zhou, China saya mohon anda semua doakan saya sihat dan kuat untuk trip kali ini.
Terima kasih kerana membaca.
Sekian.
Aminah Saad
Pokok sebesar itu berapa kos dan berapa liter ubat digunakan. Pulangan berapa tahun dan berapa RM.. Saya ada 3 pokok sebesar itu..