Aidilfitri & Ebook Gaharu

Labels: , ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Pertamanya, saya mohon ampun dan maaf sempena syawal yang masih ada. Walaupun tidak berkesempatan mengucapkan salam aidilfitri kepada semua pada awal-awal syawal, namun saya tetap masih ingin mengucapkan salam aidilfitri dan maaf zahir batin buat semua. Mohon maaf sepanjang saya menulis di sini, ada ketidak puasan hati, terguris rasa dan apa-apa sahaja yang menyinggung perasaan. Saya dengan seikhlas hati memohon ampun, kiranya tidak terniat bergitu.


Di kesempatan syawal yang mulia ini, e-book saya juga sudah saya siapkan. Anda boleh dapatkan secara percuma dengan hanya menghantar email ke aminah.mdsaad@gmail.com dengan subject : Ebook. Kepada yang tidak mempunyai email, anda harus mempunyai satu. Kerana ebook ini hanya diberikan secara elektronik melalui email sahaja. Di lain kali mungkin saya akan menyediakan juga versi cetak. Ebook ini diberikan secara percuma sehingga 3 Oktober 2012 sahaja. Fast Action, Fast Result !!


Kepada yang menjawab survey saya pada tempoh hari saya ucapkan ribuan terima kasih. Saya akan cuba mengaturkan perbincangan lanjut secepat mungkin. Saya mohon maaf sangat kerana agak lambat mengupdate perkembangan terkini. Walaupun tidaklah beraya sakan, namun masih terdapat tanggungjawab lain yang perlu diselesaikan :)

Ok selain itu, saya ingin menguar-uarkan bahawa pada 18-19 Disember 2012 ini akan diadakan satu seminar gaharu kebangsaaan yang akan diadakan di Universiti Putra Malaysia. Program 2 hari ni sangat-sangat padat dengan ilmu pengetahuan dan sudah pasti anda akan bertemu mata dengan insan-insan yang telah lama menceburi dalam bidang ini. Apa lagi, inilah masanya anda memanjangkan networking anda. Kenal mengenali antara satu sama lain. Dari situlah kita akan dapat bekerjasama menjayakan industri gaharu ini. 

Maklumat lanjut anda boleh layari : http://nationalgaharu.blogspot.com

Anda juga boleh terus menghubungi saya untuk maklumat lanjut :)

Ok, akhiri entri pada hari ini dengan mengucapkan salam kemerdekaan juga buat semua. Ohhh, entri kali ini menggabungkan beberapa topik berbeza --> raya + ebook + seminar + hari merdeka !! Hehe...

Kepada yang email untuk dapatkan ebook anda, paling lewat anda akan dapat pada hari jumaat memandangkan hari ini sehingga khamis saya akan ke Kota Kinabalu. Kalau berkesempatan saya akan email dari sana. Jika tidak, saya akan uruskan semuanya selepas pulang ke sini. InsyaAllah.

Salam Aidilfitri dan Kemerdekaan,
Aminah Saad

Comments (6)

As salam cik puan Aminah,sy berminat dgn ebook ni,tolong emailkan pada sy ye,sy ada tanah tapi modal kurang.radenmalaya334@gmail.com

Ok saya akan emailkn kepada encik.berkenaan sesiapa yang berminat untuk projek tersebut akan saya hubungi.

Terima kasih.

sy dah terima ebook ini terimakasih....amat membantu

Alhamdulilah jika ianya dapat membantu tuan :)

salam puan..tlg emailkan ebook kalau ada lagi
email saya goldforce2011@gmail.com

salam puan..saya berminat utk dapatkn ebook2 puan..
tlg emailkan kpd goldforce2011@gmail.com

Post a Comment