Assalamulaikum dan Salam Ramadhan,
Semoga semua sihat sejahtera dalam menjalankan ibadah puasa ini. Banyak cabaran dan dugaan kepada yang menjalankan ibadah berpuasa ini. Perut kosong mendidik kita agar merasai keperitan dan kesusahan yang dialami oleh saudara-saudara seislam yang mungkin sedang dalam kelaparan. Ujian kesabaran. Ujian ketaatan. Di bulan yang mulia inilah kita diuji dengan pelbagai kesulitan yang tentunya jika kita berjaya menghadapinya maka ganjaran yang diberikan juga pasti berlipat kali ganda :)
Ok, berbalik kepada topik kita hari ini iaitu berkenaan dengan pasaran gaharu di Malaysia. Faktor pasaran memang sering menjadi kerunsingan kebanyakkan daripada para pengusaha gaharu. Tidak kira penanam, pengilang, pengeluar produk. Tetapi selalunya yang paling risau ialah orang yang belum menanam pun dan terlalu risau dengan pasaran yang tidak pasti ini. Memang wajar kepada yang terlibat untuk merasa risau apabila memikirkan satu pelaburan yang telah dilaburkan tidak mendatangkan pulangan seperti yang diharapkan. Bisik-bisik tanam gaharu boleh jadi jutawan tinggal kenangan apabila pokok yang sudah besar dengan baik, disuntik dan ditebang akhirnya tiada pembeli. Benarkah akan jadi begitu? Hanya masa yang akan menentukannya.
Senario yang sedang dilalui sekarang memang terbukti bahawa hasil-hasil gaharu di Malaysia adalah sangat berkurangan bermula dari kayu racik, teras dan juga minyak jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini. Hal ini kerana kebanyakkan hasil yang diperolehi adalah daripada hasil hutan, dengan kekurangan dan undang-undang yang semakin ketat menyebabkan hasil yang diperolehi daripada sumber semulajadi ini menjadi semakin berkurangan. Mungkin dalam masa 3 tahun akan datang, masalah ini dapat dikurangkan dengan sokongan bahan mentah daripada hasil perladangan walaupun ada yang risau akan kualitinya yang mungkin tidak setara dengan kualiti hasil yang diperolehi daripada hutan. Belum cuba belum tahu kan? Tiada yang mustahil yang penting kita sentiasa cuba memperbaiki hasil yang diperoleh daripada perladangan dari masa ke semasa. Doa banyak2 di bulan Ramadhan ini :)
Baiklah, sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, saya ingin membuka peluang kepada para pengusaha, penanam, pengilang, pencari gaharu yang masih tidak mempunyai pasaran agar berhubung dengan Gaharu Lestari Resources untuk perbincangan lanjut. Kami berminat untuk membeli dan mengumpul :-
1) Kayu racik bagi tujuan penyulingan minyak
2) Teras ( sebarang gred diterima)
3) Minyak
Kepada yang berminat boleh berhubung dengan saya melalui email, aminah.mdsaad@gmail.com atau SMS saya.
Taipkan (nama)(lokasi)(kayuracik/teras/minyak)dan hantar ke 0182306585 .
Perbincangan secara lanjut akan dilakukan selepas Ramadhan dan akan disusun mengikut lokasi.
Buat masa ini, kami tidak membeli pokok karas yang masih sihat sejahtera, pokok yang sudah disuntik tetapi tidak tahu ada gaharu atau tidak, pokok yang hampir mati kerana suntikan kecuali kayu yang diperolehi boleh digunakan dan dikelaskan sebagai kayu racik.
Saya juga ingin membuat sedikit survey kepada individu/syarikat yang ingin terlibat untuk penanaman gaharu. Anda boleh menjawab dengan hanya SMS seperti dibawah :-
SMS (nama)(lokasi)(jawapan) hantar ke 0182306585
A : Berminat untuk terlibat sebagai penanam tetapi tiada tanah dan kurang modal
B : Berminat untuk terlibat sebagai penanam ada tanah tetapi tiada modal permulaan
C : Berminat untuk terlibat sebagai penanam ada modal tetapi tiada tanah
Jawapan anda mungkin dapat membantu anda untuk terlibat dalam bidang ini kelak. Survey ini diperlukan bagi menjayakan projek GLR yang akan datang. Semoga segala usaha yang dirancang akan membuahkan hasil. InsyaAllah.
Terima kasih.
Yang Menulis,
Aminah Saad
Gaharu Lestari Resources

Taipkan (nama)(lokasi)(kayuracik/teras/minyak)

Comments (0)
Post a Comment