Selamat Hari Malaysia

Assalamualaikum semua,

Selamat hari malaysia buat semua rakyat malaysia. Kepada yang telah mendapatkan ebook saya, di harap ia dapat memberi manfaat kepada anda walaupun ia hanyalah satu ebook yang ringkas.

Sebenarnya saya menulis pada hari ini kerana ingin memohon maaf kepada yang telah memberi maklumbalas untuk persoalan yang saya lakukan tempoh hari. Ini kerana handphone telah reset dan padam semua sms tersebut. Saya sepatutnya telah menyimpan semua maklumat tersebut dalam medium lain namun kerana faktor kesibukan saya terlupa untuk melakukan hal tersebut. Juga segala sms pertanyaan telah hilang. Saya telah save nombor namun saya tidak dapat kenalpasti persoalan apa yang di ajukan. Jika anda email saya insyaAllah tidak hilang. Namun ada juga email yang tidak sempat saya balas lagi jika memerlukan jawapan yang panjang-panjang :)

Saya mohon kepada pihak2 yang telah sms saya sebagai pemproses minyak gaharu dan pembekal gaharu agar dapat menghubungi saya semula. Yang saya ingat di area cheras, klang, kuantan, melaka, perak. Insyaallah kali ini saya akan lebih berhati-hati dan akan terus menghubungi anda untuk perbincangan lanjut.

Kepada yang bertanya berkenaan dengan harga, ianya berbeza mengikut banyak faktor. Penentuan gred juga masih berbeza mengikut organisasi dan individu tertentu. Jadi saya tidak dapat memberikan satu harga tertentu. Tambahan pula pertanyaan yang terlalu umum seperti berapakah harga bagi gaharu gred A? Tanpa melihat sudah pasti lebih sukar untuk saya memberi maklumamun begitu, saya akan cuba mengemaskini dengan keadaan semasa.

Kepada yang bertanya berkenaan dengan keadaan industri gaharu di semenanjung kala ini, bagi pendapat peribadi saya yang setahun jagung dalam bidang ini, tentulah perkembangan yang sangat positif. Penerimaan pelbagai pihak semakin meluas. Namun begitu, sesetengah pihak masih tersalah anggap berkenaan dengan harga yang mampu di jana oleh pokok karas ini. Walaupun ia punya potensi untuk menjana nilai yang tinggi namun pokok karas yang sihat tidak mempunyai harga setinggi itu melainkan ia telah membentuk gaharu. Walaupun pokok tersebut berusia ratusan tahun tetapi jika ia tidak mengandungi gaharu ia menjadi seperti pokok biasa.

Persoalan seterusnya adalah berkenaan dengan pertanyaan untuk membeli pokok liar atau yang tumbuh secara semulajadi. Banyak faktor yang perlu di ambil kira apabila ingin menjual pokok yang diperolehi secara semulajadi, terutama dari aspek keselamatan. Apabila telah di beli kelak, adakah mudah untuk dipantau dari kecurian kerana sudah tentu pembeli tidak dapat terus memantau. Inilah antara faktor kami tidak lagi membuat pembelian bagi pokok2 liar. Namun begitu kepada pihak-pihak yang berminat untuk membeli pokok gaharu liar sila berhubung dengan saya kerana agak ramai yang ingin menjualkannya.

Kepada yang mempunyai pokok liar, mungkin boleh gunakan konsep JV dengan mana2 syarikat yang membuat suntikan inokulan. Jadi anda sebagai penjaga pokok berkenaan, manakala syarikat yang membekalkan inokulan sebagai pemodal inokulan. Hasil anda boleh berbincang mengikut persetujuan.

Post ini juga sudah agak lama disimpan dalam draft kerana masalah internet. Mudah mudahan tidak lagi berlaku. Sebenarnya saya tahu sibuk bukanlah satu alasan tapi memang saya sangat sibuk.


Sekian.

Jumpa lagi di entri akan datang.

Comments (0)

Post a Comment