UNTUK URUSAN PEMBELIAN POKOK LADANG DITANGGUHKAN
*akan dimaklumkan semula apabila tiba masanya (berkuatkuasa pada 31 Disember 2012)
Peluang dibuka kepada para penanam yang ingin menjual pokok yang ditanam berusia antara 4 tahun dan ke atas ( tanpa perlu melakukan proses inokulasi). Jadi anda tidak lagi perlu risau berkenaan kos inokulasi, pasaran dan sebagainya. Jika berminat sila hubungi saya untuk kita aturkan pertemuan. Kepada yang telah membuat temujanji, semoga segalanya berjalan lancar.
Saya lihat banyak blog-blog gaharu yang semakin tidak aktif. Mungkin lebih ramai yang mudah berkomunikasi melalui laman sosial seperti facebook dan twitter. Mungkin selepas ini saya juga akan mengaktifkan diri menggunakan medium sosial seperti itu. Namun, blog ini tetap akan diteruskan kerana segalanya tercatat disini.
Yang Tetap Terus Menulis,
Aminah Saad
apa syarat2nya...detailkan la ssikit...tq
Syarat2nya pokok ditanam di tanah bermilik kerana perjanjian lanjut akan dibuat agar pembeli nanti tidak di tipu. Tiada begitu banyak syarat. Namun setiap penanam yang berminat, pihak GLR akan buat lawatan pertama untuk melihat pokok. Jika pokok dalam keadaan yang baik, pihak GLR akan datang kali kedua untuk urusan seterusnya jika penanam bersetuju untuk menjual pokok. (pembeli hanya membeli pokok tidak tanah).
Apabila pokok dituai kelak, tanah masih hak milik penanam.
Sekian.
perjanjian berapa lama dan harga untuk sepokok dikira camane, cara pembayaran dan berapa min kuantiti pokok yg patut ada...tq
Perjanjian sampai pokok tersebut dituai, bergantung kepada usia pokok ketika di beli. Anggaran usia pokok untuk dituai pada usia 7 tahun. Jika pokok telah berusia lbh dari itu, anggaran perjanjian ialah 2 tahun.
Minimum satu ekar penanaman (bilangan pokok bergantung kepada jarak penanaman yang digunakan. Namun begitu pembelian adalah bergantung kepada per pokok. Harga dikira bergantung kepada keadaan pokok, saiz, kaedah penjagaan dll. Maklumat lanjut berkenaan harga akan dibincangkan lebih lanjut dengan tuan tanah. Jika masing2 bersetuju urusniaga akan diteruskan. Cara pembayaran juga akan dibincangkan apabila kedua-dua pihak telah bersetuju.
anggaran harga sebatang pokok yg berukurlilit 15 inci dan berumur 4 tahun berapa rm?
SALAM... SAYA MEMPUNYAI 40 POKOK GAHARU BERSAIZ DIAMETER PURATA 6inchi... pokok telah berusia 5tahun dan telah mula mengeluarkan buah...pokok di tanam di atas sebidang tanah pusaka dalam jarak 10meter dari kediaman saya.. lokasi tanaman adalah di sepang.. saya ingin menjual kesemua pokok tersebut..