Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,
Pada hari ini saya ingin menulis berkenaan Fusarium sp. iaitu salah satu fungi yang dikatakan membantu dalam pembentukan gaharu. Adakah ia benar?
Daripada satu kajian yang dilakukan dari Aceh hingga ke Papua, sebanyak 54 spesis fusarium telah ditemui yang dipercayai mampu membantu pembentukan gaharu. Namun begitu, kajian masih sedang dilakukan ke atas kesan pembentukan gaharu terhadap kehadiran fungi ini. Daripada penemuan ini, 8 isolat telah digunakan bagi tujuan kajian terhadap sumbangannya kepada pembentukan gaharu dan keputusan yang diperolehi positif. Ini bermakna fusarium merupakan salah satu agen "invisible" yang dapat membantu pokok karas membentuk gaharu.
Namun, kita masih tidak tahu spesis yang manakah yang dapat membantu itu.
Daripada satu kajian lain yang dilakukan, fusarium juga mampu menggalakkan pembentukan akar. Dengan pembentukan akar yang baik, pokok akan membesar dengan lebih baik. Jadi kelihatannya fusarium memberikan sumbangan yang baik kepada Aquilaria sp sebagai pokok penghasil gaharu.
Fusarium sp. merupakan spesis yang patogen kepada tumbuhan dan banyak menyebabkan penyakit kepada tumbuhan.Mungkin spesis yang memberi kemusnahan kepada tumbuhan yang lain, tetapi memberi kebaikan kepada tumbuhan yang lainnya. Namun, jika kita tersalah pilih mungkin kita akan memberikan kesan negatif kepada pokok kita.
sumber : diagnostic manual for plant diseases in Vietnam
Gambar di atas menunjukkan kesan patogenik fusarium kepada tumbuhan seperti pokok pisang. Ia akan menyerang daun, batang dan juga akar. Selain itu, tomato, pokok bunga, tembikai dan lain-lain juga menerima kesan buruk dengan kehadiran fusarium ini. Namun seperti yang saya katakan sebelum ini, terdapat begitu banyak spesis fusarium, contoh spesis yang memberikan kesan buruk kepada pokok pisang ini ialah F. oxysporum. Apabila disuntik ke dalam batang pokok karas, fusarium masih memberikan kesan patogenik kepada pokok ini menyebabkan pokok bertindakbalas dengan menghasilkan mekanisma pertahanan bagi meneruskan hidup maka terhasilkan teras yang berharga ini. Kehadiran fusarium ini menganggu fungsi alami pokok menyebabkan ia menghasilkan resin.
Ia merupakan salah satu mekanisma pertahanan (imun sistem) bagi pokok ini. Jadi pada peringkat awal apabila disuntik dengan fusarium ini, anda mungkin boleh memperhatikan kesan-kesan seperti daun gugur, daun kekuningan dan kulit pokok mengering. Ini disebabkan sistem asal pokok terganggu. Namun kerana kehebatan yang telah Allah rancangkan, sakitnya pokok ini menghasilkan sesuatu yang sangat bernilai. Macam manusia juga, Allah berikan ujian sakit untuk menghapuskan dosa-dosa kita, kan penuh hikmah segala yang berlaku :)
Ia merupakan salah satu mekanisma pertahanan (imun sistem) bagi pokok ini. Jadi pada peringkat awal apabila disuntik dengan fusarium ini, anda mungkin boleh memperhatikan kesan-kesan seperti daun gugur, daun kekuningan dan kulit pokok mengering. Ini disebabkan sistem asal pokok terganggu. Namun kerana kehebatan yang telah Allah rancangkan, sakitnya pokok ini menghasilkan sesuatu yang sangat bernilai. Macam manusia juga, Allah berikan ujian sakit untuk menghapuskan dosa-dosa kita, kan penuh hikmah segala yang berlaku :)
Namun begitu, pembentukan gaharu yang berlaku secara semulajadi dan yang diaruhkan pasti berbeza dari segi kualitinya. Namun begitu, dengan usaha yang berterusan kita pasti mampu menghasilkan sesuatu yang lebih baik. Setakat ini, kualiti teras gaharu yang terhasil daripada proses inokulasi masih ditahap yang rendah. Kualiti teras yang menggunakan inokulan masih jauh untuk menyamai yang terbentuk secara semulajadi. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana pembentukan secara semulajadi mengambil masa yang lama dan sudah semestinya lebih baik. Dari segi komposisi kimia juga masih jauh berbeza.
Ok, saya rasa cukup dulu entri pada hari ini. Saya agak sibuk dengan studi yang sudah banyak tertinggal gara-gara sebulan saya berada dirumah (atas urusan keluarga). Itulah salah satu sebab blog ini juga jarang diupdate. Ok, doakan saya :)
Sekian.
Aminah Saad
Comments (0)
Post a Comment