Assalamualaikum,
Dengan lafaz bismillah saya mulakan post pada hari ini. Semoga ia menjadi permulaan kepada penulisan entri yang lebih konsisten pada masa akan datang. Saya akui agak lama tidak megupdate blog ini. Sudah hampir bersawang dan perlu dibersihkan kembali dengan entri-entri yang lebih segar dan informatif.
Merujuk kepada tajuk entri pada hari ini iaitu pemilihan anak pokok yang berkualiti. Bagaimanakah kita ingin mengenalpasti anak pokok yang berkualiti untuk ditanam diladang bagi menghasilkan pokok yang benar-benar baik dan dapat memberikan hasil yang lumayan pada masa akan datang. Secara logiknya, tidak mungkin pokok yang terbantut dan sakit dapat memberikan hasil yang lumayan bagi seorang pengusaha ladang karas. Namun insyaAllah dengan sedikit ilmu pengetahuan berkaitan pemilihan anak pokok pada peringkat awal, anda dapat mengurangkan sedikit risiko yang mungkin akan anda hadapi bukan sekadar membuat pemililhan pokok berdasarkan semata-mata kepada harga yang ditawarkan bukan kepada kualitinya.
Kualiti anak pokok disini merujuk kepada keadaan anak pokok pada peringkat ketika masih didalam Nursery. Pokok yang segar, akar yang baik, dan pucuk tumbuh dengan baik. Antara kaedah pemilihan anak pokok ialah ;
1. 1.Saiz polibeg : Saiz polibeg boleh mempengaruhi pertumbuhan akar anak pokok karas tersebut. Jika anak pokok sudah tinggi namun pengusaha masih mengekalkan penggunaan polibeg yang sama ketika ia dipindahkan kedalam Nursery, mungkin akan terdapat masalah pembentukan akar. Pembentukan akar amat penting kepada pertumbuhan pokok. Tanpa sistem akar yang baik, pokok mungkin tidak akan mendapat sumber nutriet dan air yang secukupnya untuk pertumbuhan yang sihat. Ini akan menyebabkan pertumbuhan pokok terbantut. Selain itu, disebabkan sistem akan yang tidak berkembang, ia akan menjadi faktor kepada pokok mudah tumbang apabila semakin dewasa.
2. 2.Susunan anak pokok yang terlalu rapat ketika didalam Nursery menyebabkan pokok yang ditengah tidak dapat dibaja dengan baik. Jika kita tersalah pilih mungkin akan mendapat pokok-pokok yang tidak sihat sejak dari Nursery lagi. Daun-daun yang hijau mungkin kerana disembur baja foliar untuk daun.
3. 3.Serangan kulat sejak didalam Nursery. Apabila susunan dan sistem siraman yang tidak betul diamalkan oleh pengusaha Nursery menyebabkan air bertakung dan mungkin menjadi punca kepada serangan kulat kepada akar anak pokok karas ini. Akar yang rosak juga menjadi punca kepada masalah-masalah diladang kerana sejak awal akar tidak sihat. Pengusaha mungkin tidak menyedari dan menganggap ia merupakan serangan di ladang. Jika pemilihan dilakukan dengan lebih teliti masalah ini mungkin dapat dielakkan.
Untuk hari ini, rasanya cukup dulu saya kongsikan 3 kriteria ketika membuat pemilihan anak pokok di Nursery. Semoga anda mendapat manfaat dari entri pada hari ini. Jika anda pengusaha Nursery pokok karas, diharap anda dapat melihat semula dan memantau keadaan anak pokok di Nursery anda. Semoga anda dapat memberikan anak pokok yang paling berkualiti kepada pelanggan anda. Dan jika anda seorang bakal pengusaha ladang gaharu, semoga anda dapat membuat pilihan yang bijak ketika membuat pemilihan anak pokok.
Semoga Berjaya.
Ikhlas,
Aminah Saad
Comments (0)
Post a Comment