Entri Santai

Labels:

Assalamualaikum buat semua pembaca,

Semoga anda ceria dan sihat2 selalu. Alhamdulilah, sy juga dalam keadaan yang baik, semoga nikmat kesihatan yang dianurgerahkan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya ke arah kebaikan :)

Pertamanya, pada hari ini sy tidak berniat untuk menyentuh sebarang topik berkaitan gaharu secara spesifiknya. Sekadar satu entri ringkas secara santai.

Untuk pengetahuan semua saya bukanlah pakar dalam bidang gaharu sehinggakan setiap topik dan perkara berkaitan gaharu mampu sy jelaskan dengan baik. Ilmu ini terlalu luas dan saya masih dalam proses belajar dan mencari ilmu ini. Blog ini merupakan satu platform untuk saya berkongsi sekadar ilmu yang saya tahu dengan semua pembaca dengan harapan perkongsian itu dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang memerlukan. Pada yang sudah tahu, mungkin sekadar peringatan semula. Kepada pembaca yang ingin berkongsi ilmu yang anda ada, saya sentiasa mengalu-alukan kerana secara tidak langsung anda dapat mengembangkan ilmu yang ada miliki.

Saya yakin terdapat banyak pembaca yang lebih arif berkaitan dengan ilmu gaharu ini dan mungkin menganggap tulisan saya ini sekadar satu entri yang tidak banyak memberi manfaat. Walaupun begitu, saya akan terus menulis. Walaupun saya hanya tahu sedikit tapi saya tetap akan kongsikan apa yang saya tahu. Jika menunggu saya menjadi "expert", mungkin blog ini hanya akan wujud dalam 10,20 tahun akan datang. Entah-entah langsung tidak akan wujud. Lebih baik suatu yang sedikit itu saya kongsikan sekarang daripada suatu yang banyak tapi saya tidak mampu untuk kongsikan dengan yang lain.

Keduanya, saya ingin maklumkan bahawa saya bukanlah penulis yang baik. Satu entri yang pendek juga kadang kala mengambil masa yang agak lama untuk saya siapkan terutama jika tidak mempunyai mood untuk menulis. Tapi saya anggap ini sebagai satu latihan untuk saya menjadi seorang penulis yang baik suatu hari nanti. Saya sentiasa cuba untuk menulis satu entri yang baik, informatif dan juga bermanfaat untuk blog ini walaupun kadang kala ia nampak tidak selayaknya untuk dikategorikan dalam kategori tersebut ( baik, informatif dan bermanfaat).

Ketiganya, memang benar industri ini masih baru dan masih terdapat terlalu banyak gap untuk dipenuhi. Masih banyak kajian yang sedang dilakukan dan masih banyak juga peluang kajian yang perlu dilakukan. Walau setinggi manapun kita belajar, pasti banyak lagi cabang ilmu yang kita tidak tahu. Ilmu itu luas, lagi banyak kita mencari lagi banyak yang kita tidak ketahui. Dan kerana itu, apa jua ilmu yang saya perolehi walaupun kecil, walaupun simple, walaupun "kacang" tetap ada nilainya. Mungkin orang yang expert terlepas pandang perkara yang kecil sehinggakan dia tidak menyedari bahawa dia tidak tahu perkara yang mudah. Manakala kita yang biasa-biasa ini terlampau mencari ilmu yang susah sehingga tidak sedar ilmu yang mudah pun kita tidak tahu. Ketika itu segala ilmu yang senang pun akan jadi susah kerana kita tidak tahu.

Saya rasa cukup setakat ini luahan hati saya sebagai gaharu blogger yang masih terus mencari ilmu berkaitan gaharu ini.

Good luck semua !!


Ikhlas,
Aminah Saad

Comment (1)

Teruskan menulis blog ini cik min.

Sesungguhnya benar ilmu itu adalah luas. Kita boleh belajar hatta dari seorang budak kecil mahupun seekor ulat sekalipun. Sering terjadi dikalangan kita yang menyangkakan bahawa dengan memikirkan secara susah disamping menggunakan teknik berfikir yang pelik pelik maka kita akan menemui ilmu yang hebat yang akhirnya sampai sudah kita tidak menemui ilmu itu. Walhal ilmu itu boleh ditemui dengan cara yang lebih mudah. Ilmu yang dianggap kacang dan mudah itu dianggap tiada kelas dan hanya layak dimiliki oleh kalangan mereka yang berfikiran rendah sahaja. Tanpa sedar rupanya ilmu yang hebat itu boleh ditemui oleh mereka yang dianggap berfikiran rendah sahaja. Mungkin mereka lupa atau tidak pernah tahu bahawa siapakah pencetus idea bagaimana melariskan jualan Ajinomoto yang pernah merosot suatu masa dulu misalnya. Orangnya hanyalah seorang tukang sapu yang berfikir secara mudah tanpa terfikir oleh mereka yang dikatakan bijak lagi pandai. Ideanya mudah..besarkan sedikit lubang bekas perisa itu dan pasti cepat habis dan pembelian akan meningkat.

Janganlah hendaknya kita berjalan terlalu mendongak langit memikirkan ilmu terbang sehingga akhirnya kita mati lemas dalam perigi buta hanya kerana lalai untuk belajar ilmu berenang yang dianggap enteng dan gampang.

Percayalah andai kita mahu ilmu, mintalah pada yang maha mengetahui.

Teruskan menulis blog ini, kalau bukan cik min yang menulis siapa lagi...Semoga saya juga termasuk dikalangan ini.

Semoga ada manfaatnya.

Post a Comment