Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Bagaimana dengan hari anda? Semoga sentiasa dalam keadaan ceria dan gembira :)
Pada hari ini, saya ingin menulis berkenaan dengan Kursus Kultivasi Gaharu yang dianjurkan oleh MTIB dan Persatuan Gaharu Malaysia (PGM) pada minggu lepas bertempat di Perlis. Agak lambat saya mengupdate berkaitan dengan program ini kerana agak sibuk. Program berjalan lancar seperti yang dirancangkan bermula awal pagi 11 Mei yang lepas. Ceramah yang disampaikan menyentuh pelbagai isu penting dalam industri gaharu ini.
Walaupun tempat yang dipilih pada kursus kali ini agak jauh, namun alhamdulilah sambutan yang diberikan amat menggalakkan. Tahniah buat perserta yang kebanyakkannya berasal dari sebelah utara. Semuanya bersemangat dalam mendalami ilmu berkaitan dengan gaharu. Pelbagai tahap pengetahuan peserta yang menyertai program ini, ada yang langsung tidak mengetahui apakah itu gaharu, ada yang tahu sikit-sikit, dan ada yang sudah berpengalaman namun masih datang untuk mendapatkan ilmu-ilmu baru. Tahniah buat semua peserta.
Pada hari kedua, tiada sesi ceramah namun lawatan ke ladang gaharu dan kilang penyulingan minyak gaharu. Walaupun saya tidak dapat menyertai sehingga ke penghujung program, namun saya yakin program pada hari kedua ini memberikan pengalaman menarik buat peserta terutamanya yang masih baru dalam bidang ini.
Teknik I : Suntikan inokulan dari Thailand
Teknik II : Suntikan inokulan Persatuan Gaharu Malaysia
Semoga program-program sebegini dapat diadakan lagi pada masa-masa akan datang.
bagi info yg lebih lebih hebat, ini biasa biasa je