Ebook Gaharu Edisi 2

0

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Apa khabar anda semua, semoga semua sihat-sihat selalu? Sejak akhir-akhir ini, saya mengalami masalah untuk tidur. Tak tahulah kerana terlalu banyak berfikir atau memang mata memang degil nak tidur. Sebelum ni, kalau nampak je bantal confirm boleh tidur dengan nyenyak. Masa saya belajar dulu, jika rehat sejam pun sempat balik dulu untuk tidur. Tidur kena cukup kalah baby. Tak boleh dijadikan contoh betul kan? Haha.

Ok berbalik kepada tajuk entri pada hari ini. Saya rasa memang sudah lama saya ingin melancarkan Ebook Edisi 2 saya. Namun kesibukan dan beberapa halangan menjadikan ia sering tertangguh. Tetapi Alhamdulilah saya rasa sudah bersedia untuk mengeluarkan ebook kedua ini. Ebook kedua akan dilancarkan pada 30 November 2013. This is a special date. Jadi saya pilih tarikh ni utk pelancaran ebook ini. Ebook Edisi kedua ini mengandungi 3 bahagian :-
1) Ebook Utama
2) Travelog Gaharu
3) Video


*bukan cover sebenar ebook. Cover sebenar masih dirahsiakan :)



Preview Kandungan Utama Ebook :-
Pengenalan
Kenali spesis Gaharu
Kaedah Semaian Biji Berkesan
Pembangunan Ladang Efisien
Faktor Kejayaan & Kegagalan 
Pengusaha Berjaya. Kenapa berjaya?
Pengusaha Gagal. Bagaimana mengatasi?
Carving
Penyulingan Pati Minyak Gaharu
Pasaran

Travelog Gaharu 
- Catatan Perjalanan Gaharu
- Ada beberapa siri Travelog tetapi untuk pakej ini hanya diberikan satu sahaja :)

Video 
- Ada 5 Video yang akan diberikan :)

Harga Pakej Ebook Edisi Kedua = RM 50

Kepada sesiapa yang membuat tempahan sebelum 30 November 2013, harga istimewa akan diberikan iaitu hanya RM 30 sahaja bagi pakej Ebook Edisi 2 ini. Tetapi ebook ini hanya akan diberikan pada anda pada 30 November 2013 ini. 


Kepada yang ingin membuat pre-book bagi ebook edisi kedua ini, boleh membuat pembayaran ke CIMB Gaharu Lestari Resources 12220008727052 dan emailkan bukti pembayaran ke aminah.mdsaad@gmail.com .

Terima kasih :)




Monday Blues

0

Labels:

Salam Sejahtera di Subuh hari,

Saya yang tak kena punch card pun terkena monday blues juga ke?  Hehe. Ucapan buat semua, cintai kerja yang anda sedang lakukan sekarang ini maka monday blues pun akan hilang dari diari hidup anda. Kadang kala bila kerja sepanjang minggu, hari apa pun boleh lupa. Memang sangat pelupa. Memang dah jadi tahap Nenek dah. Hari ini perlu jemput Datuk di Airport. Semoga Datuk selamat sampai :)


Ok semua, jom bersiap2 untuk menghadapi hari ini. Mulakan hari anda dengan bersyukur kepada Allah kerana masih di berikan nikmat untuk hidup. Buatlah yang terbaik dalam hidup ini.


USM dalam Kenangan

0

Labels:

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semua,

Anda rasa semalam hujan tak? Cerita saya sama macam kisah si penjual tempe. Hujan tetap turun dengan lebatnya pada sebelah petang. Tetapi nampaknya krew2 saya sangat cekap menjalankan tugas. Hampir separuh daripada kerja sudah selesai. Dan pagi ini mereka keluar awal kerana semalam petang kan tidak dapat bekerja. Mudah mudahan segala urusan selesai pada hari ini dan kami boleh bergerak pulang bersama-sama :)

Semalam saya sempat ke seberang Pulau. Memang rasa sangat memorable la. Teringat kenangan waktu belajar di USM dahulu. 8 tahun yang lalu. Tapi memang saya tak berapa nak ingat jalan. Main redah je. Dah la hujan dengan lebat. Tapi kali ni rasa sesat yang best. Banyak sangat kenangan dekat Pulau Pinang ni. Rindu betul waktu belajar di USM. Cadang nak round sekejap di USM tapi tak sempat sebab urusan pun dah habis lewat.

Sempat singgah di Masjid USM. Rindu :)

Waktu sampai di USM, mak saya pergi buka suatu cerita ni. Waktu tu saya tahun satu di USM. Nak ke kelas, nak keluar outing, nak ke mana-mana memang naik bas USM yang disediakan. Pada suatu hari ni, waktu bas ingin turun di laluan depan Fakulti HBP, bas tu hilang kawalan. Dan pemandu bas tu cakap suruh terjun daripada bas. Waktu tu saya memang duduk di seat paling depan dengan seorang kawan baik. Saya orang kedua yang terjun dari bas. Cuba bayangkan terjun bas berbaju kurung. Nasib baik la sopan santun je terjun. Bila kawan saya yang ketiga terjun, elok pulak bas tu boleh berhenti. Memang rasa bergegar otak dan luka-luka juga la seluruh badan. Sempat la dikejarkan ke klinik kesihatan USM, pastu kawan-kawan baik yang melawat semua pakat gelak bukan nak bersimpati. Hmmm ..Kenangan sungguh :)

Memang rasa nak berlama-lama di Penang. Nak jumpa kawan-kawan lama. Tapi memang tak sempatlah kan. Hari ni dah kena bersiap-siap nak balik. Memang banyak kerja menunggu. 

Terima kasih kepada Hj Latif yang sudi menerima kehadiran saya ke Pulau Pinang. Sempat melawat ke tempat tanaman gaharu beliau. Sempat belanja nasi kandar. Terima kasih banyak-banyak :)



Ohh no, sangatlah gemuk gambar saya ni. Insaf ( ^__^)



Ok lah nak bersiap ada beberapa urusan yang belum selesai lagi.


Ujian Vs Kesabaran

1

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar semua? Saya sekarang berada di Pulau Pinang. Ada beberapa urusan yang sedang dilakukan. Ikutkan perancangan untuk suntik pokok. Namun begitu, Allah menguji dengan hujan selebat-lebatnya. Saya berdoa semoga esok hari cerah dan segala urusan berjalan lancar. Hujan itupun kan nikmat yang Allah turunkan buat hamba-hambanya di bumi kan? Syukur Ya Allah. Perkara yang bagi kita buruk, mungkin sangat bernilai kepada orang lain. Jadi terimalah setiap ketentuan dengan hati yang lapang.



Ketika kami sedang membuat projek menanam di Negeri Sembilan, Allah menguji dengan tiada langsung hujan yang turun. Walaupun pada perkiraan manusia yang serba lemah ini bahawa musim hujan telah tiba. Namun begitu keadaan sangat panas dan menyebabkan beberapa kerja tertangguh. Namun kami serahkan semuanya kepadaNya. Saya menganggap segala yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi. Yang kita belum nampak. Kerana keupayaan manusia yang terhad. Allah menguji kita untuk mengetahui tahap kesabaran hambanya. Mak saya selalu berpesan orang yang sabar ni tinggi ganjarannya. Kerana sabar itu tidak mudah.


Kita baru diuji sedikit, kita mula melenting marah. Sedangkan Allah nak selamatkan kita daripada kerugian yang lebih banyak. Kita di uji lagi, mulut mula berkata yang tidak-tidak tentang aturannya. Kenapa itu, dan Kenapa ini? Siapa kita untuk mempersoalkan percaturan yang telah Allah rencanakan untuk kita. Kita makhluk yang lemah. Seminit di hadapan kita pun kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Ya Allah, Jadikanlah aku dikalangan orang-orang yang sabar.

Pernah tak dengar cerita Si Penjual Tempe? Saya selalu teringat cerita ini bila diuji dengan sesuatu. Membuat saya kembali berfikir tentang hikmah disebalik segala ujian yang Allah jalinkan untuk saya hadapi. Biar saya ceritakan secara ringkas, pada suatu masa dahulu ada seorang tua yang kuat beribadat. Di malam hari beliau akan beribadat dengan tekun, manakala pada pada siang hari beliau akan menjual tempe. Pada suatu pagi, apabila dibuka tempat simpanan tempe, yang dilihat ialah kacang soya yang belum menjadi tempe. Hatinya berdoa agar Allah jadikan tempenya pada hari itu. Jika tidak pasti dia tidak dapat menjual dan mendapat pendapatan pada hari itu. Beliau bersiap2 dan sebelum keluar sekali lagi beliau berdoa agar tempenya sudah menjadi. Apabila dibuka, ternyata tempe masih belum menjadi. Beliau nekadkan diri untuk terus berjalan ke arah pasar untuk berniaga. Disebabkan sampai agak lewat, penjual tempe yang lain sudah habis hasil jualan. Hatinya sugul. Apabila dibuka tempenya tetap belum menjadi dan seperti tadi. Hatinya terdetik mungkin Allah tidak sayangkan dirinya. Tiba-tiba datang seorang ibu bertanya kepadanya adakah menjual tempe yang belum jadi. Beliau terkejut, sepanjang kerjaya penjual tempe belum pernah ditanya soalan begitu. Ibu tersebut membeli semua tempe2 yang belum menjadi itu. Sebelum beredar, beliau bertanya kenapa membeli tempe yang belum menjadi?. Ibu tersebut menjawab dia ingin menghantar tempe kepada anaknnya di London, jadi beliau berharap tempe yang belum menjadi akan menjadi apabila tiba di London kelak.

Hmmm, kesimpulannya Allah berikan apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita mahukan kerana Dia Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui.

Jadi Aminah perlu banyak-banyak bersabar :)

Ok ceq undur diri dulu. Moga esok ada sinar mentari untuk kami. Amin.


Quote of the Day

0

Labels:


Aidil Adha & Aktiviti Mingguan

0

Labels: ,



Di kesempatan ini, saya wakil daripada Gaharu Lestari Resources ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha. Kami memohon ampun dan maaf andai sepanjang terlibat dalam industri ini, ada salah dan silap. Kami manusia biasa yang tidak dapat lari daripada kesilapan. Sejak akhir-akhir ini saya agak sukar untuk online. Di blog mahu di FB. Walaupun begitu, segala urusan tetap diteruskan. Di hari raya ini, sekadar berkongsi beberapa gambar aktiviti GLR.










Ok, disini saya sertakan beberapa maklumat berkenaan program terdekat dalam bulan ini. Maaf lambat update.



Lagi satu program ialah :

Perjumpaan Komuniti Gaharu Bumiputera Malaysia. 

Tarikh : 26 Oktober 2013.
Masa : Mula Jam 7.30 pm.
Tempat : De Palma Hotel, Ampang
Bayaran : RM 30 Seorang (Makan Malam)
Pengurusi: Dr Mahmud Abd Wahab (Setiausaha Kluster Ekonomi Bumiputera, Majlis Perundingan Melayu Malaysia)
Aktiviti: Makan malam dan Perbincangan hala tuju komuniti, mengenai isu semasa gaharu di malaysia serta mengeratkan silatulrahim di antara pengusaha dan perkebun gaharu di malaysia.

Ok, itu sahaja buat masa ini. Selamat berketupat dan rendang :)

Konspirasi Gaharu

0

Labels:

Assalamualaikum semua,

Penat tapi sibuk nak update blog. Hehe. Selamat malam semua :)



Saya selalu tak dapat join gambar-gambar konspirasi sebab saya jadi fotografer :P

Gambar Quo Vadis Mandarin Court Hotel :)