Ujian Vs Kesabaran

1

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar semua? Saya sekarang berada di Pulau Pinang. Ada beberapa urusan yang sedang dilakukan. Ikutkan perancangan untuk suntik pokok. Namun begitu, Allah menguji dengan hujan selebat-lebatnya. Saya berdoa semoga esok hari cerah dan segala urusan berjalan lancar. Hujan itupun kan nikmat yang Allah turunkan buat hamba-hambanya di bumi kan? Syukur Ya Allah. Perkara yang bagi kita buruk, mungkin sangat bernilai kepada orang lain. Jadi terimalah setiap ketentuan dengan hati yang lapang.



Ketika kami sedang membuat projek menanam di Negeri Sembilan, Allah menguji dengan tiada langsung hujan yang turun. Walaupun pada perkiraan manusia yang serba lemah ini bahawa musim hujan telah tiba. Namun begitu keadaan sangat panas dan menyebabkan beberapa kerja tertangguh. Namun kami serahkan semuanya kepadaNya. Saya menganggap segala yang berlaku pasti ada hikmah yang tersembunyi. Yang kita belum nampak. Kerana keupayaan manusia yang terhad. Allah menguji kita untuk mengetahui tahap kesabaran hambanya. Mak saya selalu berpesan orang yang sabar ni tinggi ganjarannya. Kerana sabar itu tidak mudah.


Kita baru diuji sedikit, kita mula melenting marah. Sedangkan Allah nak selamatkan kita daripada kerugian yang lebih banyak. Kita di uji lagi, mulut mula berkata yang tidak-tidak tentang aturannya. Kenapa itu, dan Kenapa ini? Siapa kita untuk mempersoalkan percaturan yang telah Allah rencanakan untuk kita. Kita makhluk yang lemah. Seminit di hadapan kita pun kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Ya Allah, Jadikanlah aku dikalangan orang-orang yang sabar.

Pernah tak dengar cerita Si Penjual Tempe? Saya selalu teringat cerita ini bila diuji dengan sesuatu. Membuat saya kembali berfikir tentang hikmah disebalik segala ujian yang Allah jalinkan untuk saya hadapi. Biar saya ceritakan secara ringkas, pada suatu masa dahulu ada seorang tua yang kuat beribadat. Di malam hari beliau akan beribadat dengan tekun, manakala pada pada siang hari beliau akan menjual tempe. Pada suatu pagi, apabila dibuka tempat simpanan tempe, yang dilihat ialah kacang soya yang belum menjadi tempe. Hatinya berdoa agar Allah jadikan tempenya pada hari itu. Jika tidak pasti dia tidak dapat menjual dan mendapat pendapatan pada hari itu. Beliau bersiap2 dan sebelum keluar sekali lagi beliau berdoa agar tempenya sudah menjadi. Apabila dibuka, ternyata tempe masih belum menjadi. Beliau nekadkan diri untuk terus berjalan ke arah pasar untuk berniaga. Disebabkan sampai agak lewat, penjual tempe yang lain sudah habis hasil jualan. Hatinya sugul. Apabila dibuka tempenya tetap belum menjadi dan seperti tadi. Hatinya terdetik mungkin Allah tidak sayangkan dirinya. Tiba-tiba datang seorang ibu bertanya kepadanya adakah menjual tempe yang belum jadi. Beliau terkejut, sepanjang kerjaya penjual tempe belum pernah ditanya soalan begitu. Ibu tersebut membeli semua tempe2 yang belum menjadi itu. Sebelum beredar, beliau bertanya kenapa membeli tempe yang belum menjadi?. Ibu tersebut menjawab dia ingin menghantar tempe kepada anaknnya di London, jadi beliau berharap tempe yang belum menjadi akan menjadi apabila tiba di London kelak.

Hmmm, kesimpulannya Allah berikan apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita mahukan kerana Dia Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui.

Jadi Aminah perlu banyak-banyak bersabar :)

Ok ceq undur diri dulu. Moga esok ada sinar mentari untuk kami. Amin.


Quote of the Day

0

Labels:


Aidil Adha & Aktiviti Mingguan

0

Labels: ,



Di kesempatan ini, saya wakil daripada Gaharu Lestari Resources ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha. Kami memohon ampun dan maaf andai sepanjang terlibat dalam industri ini, ada salah dan silap. Kami manusia biasa yang tidak dapat lari daripada kesilapan. Sejak akhir-akhir ini saya agak sukar untuk online. Di blog mahu di FB. Walaupun begitu, segala urusan tetap diteruskan. Di hari raya ini, sekadar berkongsi beberapa gambar aktiviti GLR.










Ok, disini saya sertakan beberapa maklumat berkenaan program terdekat dalam bulan ini. Maaf lambat update.



Lagi satu program ialah :

Perjumpaan Komuniti Gaharu Bumiputera Malaysia. 

Tarikh : 26 Oktober 2013.
Masa : Mula Jam 7.30 pm.
Tempat : De Palma Hotel, Ampang
Bayaran : RM 30 Seorang (Makan Malam)
Pengurusi: Dr Mahmud Abd Wahab (Setiausaha Kluster Ekonomi Bumiputera, Majlis Perundingan Melayu Malaysia)
Aktiviti: Makan malam dan Perbincangan hala tuju komuniti, mengenai isu semasa gaharu di malaysia serta mengeratkan silatulrahim di antara pengusaha dan perkebun gaharu di malaysia.

Ok, itu sahaja buat masa ini. Selamat berketupat dan rendang :)

Konspirasi Gaharu

0

Labels:

Assalamualaikum semua,

Penat tapi sibuk nak update blog. Hehe. Selamat malam semua :)



Saya selalu tak dapat join gambar-gambar konspirasi sebab saya jadi fotografer :P

Gambar Quo Vadis Mandarin Court Hotel :)



Gaharu Lestari ke Utara

0

Labels: ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dua entri pada hari yang sama. Sangat produktif kan? Haha. Saya sedang membuat perancangan untuk ke Utara ( Perak utara, Pulau Pinang, Kedah) selepas sambutan Hari Raya Aidil Adha ini. Saya rasa bersalah kerana banyak appoinment di sebelah utara kerap tergendala atas urusan-urusan lain. Saya mohon maaf kerana asyik membatalkan urusan-urusan tersebut, namun begitu InshaAllah saya dan team akan ke sebelah Utara untuk selesaikan beberapa urusan (banyak urusan juga).

Kepada yang ingin berjumpa (berkenal-kenalan dengan Gaharu Lestari) boleh maklumkan kepada saya nama dan lokasi anda. Kita akan cuba susunkan mengikut kesesuaian. Yang sudah membuat perbincangan awal dengan Gaharu Lestari sebelum ini InshaAllah saya akan follow up dengan SMS semula tarikh sebenar saya akan turun ke sana. Saya nak pastikan dulu masa betul-betul jadi tak adalah tertangguh lagi :)


SMS kan nama, lokasi, tujuan anda ke 018-2306585 . Macam pertandingan pula. Hihi :)

Gaharu Lestari juga akan menganjurkan satu program bersama komuniti pada November 2013 nanti. Maklumat lanjut akan saya maklumkan di blog. Jadi sesiapa yang nak sertai bersama program ini adalah dialu-alukan. Penyertaan adalah PERCUMA.



Ok, kepada yang lelaki sila bersiap untuk ke Masjid. 

Salam Jumaat

0

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Jumaat buat semua,

Semoga anda semua dalam keadaan sihat sejahtera. Gembira dengan hidup yang dijalani. Dan jauh dari keserabutan. Adatlah dalam kehidupan berbagai cabaran dan dugaan datang melanda tetapi walau sesukar manapun permasalahan tersebut, semoga kita berjaya menghadapinya dengan penuh ketabahan.

Sejak akhir-akhir ini, saya pun sebenarnya agak serabut dengan pelbagai perkara yang perlu diuruskan. Tapi Alhamdulilah semuanya berjaya di atasi dengan baik (walaupun tidaklah pada tahap yang terbaik). Pengalaman setiap orang itu berbeza, dan daripada pengalaman hidup seseorang itulah yang mengajar kita bagaimana mendepani sesuatu masalah. Walaupun umur sama, tidak semestinya si A dapat menghadapi permasalahan yang sama dengan si B. Sesuatu yang kita anggap masalah belum tentu menjadi masalah kepada orang lain. Jadi kita perlulah berfikiran positif dan matang, bahawa setiap permasalahan pasti ada penyelesaian. Bukan kita orang pertama yang menghadapinya :)

Walaupun sangat penat tetapi saya sangat-sangat menghargai segala apa yang saya miliki sekarang. belum mencapai pada satu tahap yang kita mahukan, cubalah kita bersyukur dengan segala apa yang kita miliki. Jika kita lihat apa yang kita tiada, pasti kita tidak mempunyai apa-apa. Sebaliknya lihatlah pada apa yang kita miliki, ya kita sudah memiliki segala-galanya. Alhamdulilah syukur :)


Walaupun saya dalam bidang gaharu, namun saya juga punya minat dalam bidang lain. Iyelah, waktu kecil macam-macam impian yang ingin dicapai (gaharu tiada dalam list impian waktu kecil..Hehe). Jadi kadang kala apabila teringat kembali impian2 waktu kecil saya, saya selalu memikirkan bagaimana untuk menjadikan ia sebagai realiti. Kebanyakkan saya fikirkan dalam bentuk perniagaan. Idea banyak (rasanya semua orang pun begitu). Walaupun saya tak adalah nak buat semua perkara tersebut, tetapi saya suka tuliskan dalam buku "DREAM" saya (mana tau satu hari nanti boleh buat kan?) dan juga ceritakan pada mak.  Mesti mak dah penat mendengar macam-macam idea dari anak dia ni. Haha.

Suatu hari tu mak ada juga cakap yang saya ni tak fokus. Semua benda nak buat. Haha. Memang betul pun cakap mak tu. Tapi saya memang dah macam itu. Mungkin suatu hari nanti saya akan berubah. Walaupun saya sedar ia adalah kelemahan diri namun saya tetap berfikir secara positif. Formula A mungkin berkesan pada si A tetapi mungkin tidak sama dengan si B. Jadi sangat anggap saya sedang membina formula saya sendiri. Jadi jika ia tidak sama dengan kebiasaan saya perlulah bersabar. Kan sekarang orang bukan setakat "think outside the box" tetapi dah bertukar "think without the box". Dunia tanpa sempadan la katakan. 

Saya jawab pada mak, sekarang saya sedang membina dusun buah-buahan. Jadi saya kena tanam pelbagai jenis buah-buahan. Ada durian, ada rambutan, ada manggis, ada anggur, epal dan berbagai-bagai jenis lagi. Sekarang saya perlu bersabar sebab saya baru menanam. Memang penat, semua pokok nak di baja dan dijaga. Saya juga perlu sabar sebab saya pun tak tahu pokok mana yang akhirnya akan menghasilkan buah yang sedap, manis dan lebat. Tapi saya perlu berusaha agar semua pokok-pokok ini berhasil suatu hari nanti. Saya yakin ia akan menghasilkan buah tetapi saya tak tahu pokok mana yang paling lebat boleh menghasilkan buah. Dan saya perlu buat persedian supaya, apabila durian tidak berbuah, saya masih boleh lepak2 dalam kebun makan buah lain. Mungkin makan manggis yang sedang masak ranum. Jadi sepanjang tahun saya boleh menikmati hasil buah-buahan saya. Mungkin ada juga tanaman sayur sedikit untuk keperluan harian.Biarlah berpenat-penat sekarang.


Dan dusun buah tersebut bukan untuk saya seorang. Untuk dinikmati semua. Iya, untuk semua. Andai kata saya telah tiada nanti, saya berharap ia masih memberikan manfaat kepada orang-orang disekitarnya. Paling tidak ia menyumbangkan oksigen kepada manusia. 

Apa yang anda tanam sekarang??Iahanyalah simbolik. Bukan bermakna anda kena menanam pokok. Tetapi apa yang anda lakukan sekarang untuk hari mendatang. Mungkin pada suatu masa di saat kita pun sudah tidak mampu bekerja. InshaAllah, masing-masing ada perancangan masing-masing. Semoga apa yang kita usahakan membuahkan hasil suatu hari nanti.

Jika anda menanam nangka, janganlah berharap pokok tersebut menghasilkan durian :)

Ok, saya undur diri dulu. 

Petani Dusun,
Aminah Saad

A Picture Tell Thousand Words

0

Labels:

Wah pagi-pagi menulis entri tajuk english nampaknya? Haha.

Sebenarnya semalam saya ke workshop " Qua Vadis Industri Gaharu", walaupun hanya sempat hadir untuk hari yang kedua namun saya bersyukur kerana tetap hadir dan dapat berjumpa dengan kawan-kawan dan peserta-peserta yang best2. Tapi saya tak sempat nak tangkap gambar sangat, sibuk berjumpa dengan orang. Tunggu siapa2 upload di FB saya nak minta kebenaran copy je.

Ok tajuk entri memang itulah yang ingin dilakukan. Hari ini sekadar ingin berkongsi gambar. Iya, gambar. Sebab ada yang cakap saya tak upload banyak gambar di India. Memang sibuk jadi saya upload je la gambar dengan sedikit penerangan. Nak tulis banyak2 memang pada kadar yang tidak berapa rajin. Ok just enjoy the picture :)

Gambar tidak ikut kronologi. :)



























Rupa-rupanya tak sempat nak buat penerangan sikit. Nanti free2 saya edit entry ni. Bye semua, nak pergi sekolah :)


Aminah Saad