Selamat Hari Malaysia

0

Assalamualaikum semua,

Selamat hari malaysia buat semua rakyat malaysia. Kepada yang telah mendapatkan ebook saya, di harap ia dapat memberi manfaat kepada anda walaupun ia hanyalah satu ebook yang ringkas.

Sebenarnya saya menulis pada hari ini kerana ingin memohon maaf kepada yang telah memberi maklumbalas untuk persoalan yang saya lakukan tempoh hari. Ini kerana handphone telah reset dan padam semua sms tersebut. Saya sepatutnya telah menyimpan semua maklumat tersebut dalam medium lain namun kerana faktor kesibukan saya terlupa untuk melakukan hal tersebut. Juga segala sms pertanyaan telah hilang. Saya telah save nombor namun saya tidak dapat kenalpasti persoalan apa yang di ajukan. Jika anda email saya insyaAllah tidak hilang. Namun ada juga email yang tidak sempat saya balas lagi jika memerlukan jawapan yang panjang-panjang :)

Saya mohon kepada pihak2 yang telah sms saya sebagai pemproses minyak gaharu dan pembekal gaharu agar dapat menghubungi saya semula. Yang saya ingat di area cheras, klang, kuantan, melaka, perak. Insyaallah kali ini saya akan lebih berhati-hati dan akan terus menghubungi anda untuk perbincangan lanjut.

Kepada yang bertanya berkenaan dengan harga, ianya berbeza mengikut banyak faktor. Penentuan gred juga masih berbeza mengikut organisasi dan individu tertentu. Jadi saya tidak dapat memberikan satu harga tertentu. Tambahan pula pertanyaan yang terlalu umum seperti berapakah harga bagi gaharu gred A? Tanpa melihat sudah pasti lebih sukar untuk saya memberi maklumamun begitu, saya akan cuba mengemaskini dengan keadaan semasa.

Kepada yang bertanya berkenaan dengan keadaan industri gaharu di semenanjung kala ini, bagi pendapat peribadi saya yang setahun jagung dalam bidang ini, tentulah perkembangan yang sangat positif. Penerimaan pelbagai pihak semakin meluas. Namun begitu, sesetengah pihak masih tersalah anggap berkenaan dengan harga yang mampu di jana oleh pokok karas ini. Walaupun ia punya potensi untuk menjana nilai yang tinggi namun pokok karas yang sihat tidak mempunyai harga setinggi itu melainkan ia telah membentuk gaharu. Walaupun pokok tersebut berusia ratusan tahun tetapi jika ia tidak mengandungi gaharu ia menjadi seperti pokok biasa.

Persoalan seterusnya adalah berkenaan dengan pertanyaan untuk membeli pokok liar atau yang tumbuh secara semulajadi. Banyak faktor yang perlu di ambil kira apabila ingin menjual pokok yang diperolehi secara semulajadi, terutama dari aspek keselamatan. Apabila telah di beli kelak, adakah mudah untuk dipantau dari kecurian kerana sudah tentu pembeli tidak dapat terus memantau. Inilah antara faktor kami tidak lagi membuat pembelian bagi pokok2 liar. Namun begitu kepada pihak-pihak yang berminat untuk membeli pokok gaharu liar sila berhubung dengan saya kerana agak ramai yang ingin menjualkannya.

Kepada yang mempunyai pokok liar, mungkin boleh gunakan konsep JV dengan mana2 syarikat yang membuat suntikan inokulan. Jadi anda sebagai penjaga pokok berkenaan, manakala syarikat yang membekalkan inokulan sebagai pemodal inokulan. Hasil anda boleh berbincang mengikut persetujuan.

Post ini juga sudah agak lama disimpan dalam draft kerana masalah internet. Mudah mudahan tidak lagi berlaku. Sebenarnya saya tahu sibuk bukanlah satu alasan tapi memang saya sangat sibuk.


Sekian.

Jumpa lagi di entri akan datang.

Peluang Untuk Penanam Gaharu

6

Labels: ,

UNTUK URUSAN PEMBELIAN POKOK LADANG DITANGGUHKAN 
*akan dimaklumkan semula apabila tiba masanya (berkuatkuasa pada 31 Disember 2012)

Peluang dibuka kepada para penanam yang ingin menjual pokok yang ditanam berusia antara 4 tahun dan ke atas ( tanpa perlu melakukan proses inokulasi). Jadi anda tidak lagi perlu risau berkenaan kos inokulasi, pasaran dan sebagainya. Jika berminat sila hubungi saya untuk kita aturkan pertemuan. Kepada yang telah membuat temujanji, semoga segalanya berjalan lancar. 


Saya lihat banyak blog-blog gaharu yang semakin tidak aktif. Mungkin lebih ramai yang mudah berkomunikasi melalui laman sosial seperti facebook dan twitter. Mungkin selepas ini saya juga akan mengaktifkan diri menggunakan medium sosial seperti itu. Namun, blog ini tetap akan diteruskan kerana segalanya tercatat disini. 

Yang Tetap Terus Menulis,
Aminah Saad

Seminar Gaharu Kebangsaan 2012

2

Labels:



Brosur berkenaan Seminar Gaharu Kebangsaan. Klik pada gambar untuk paparan lebih besar. 

Terima Kasih.



Aidilfitri & Ebook Gaharu

6

Labels: , ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Pertamanya, saya mohon ampun dan maaf sempena syawal yang masih ada. Walaupun tidak berkesempatan mengucapkan salam aidilfitri kepada semua pada awal-awal syawal, namun saya tetap masih ingin mengucapkan salam aidilfitri dan maaf zahir batin buat semua. Mohon maaf sepanjang saya menulis di sini, ada ketidak puasan hati, terguris rasa dan apa-apa sahaja yang menyinggung perasaan. Saya dengan seikhlas hati memohon ampun, kiranya tidak terniat bergitu.


Di kesempatan syawal yang mulia ini, e-book saya juga sudah saya siapkan. Anda boleh dapatkan secara percuma dengan hanya menghantar email ke aminah.mdsaad@gmail.com dengan subject : Ebook. Kepada yang tidak mempunyai email, anda harus mempunyai satu. Kerana ebook ini hanya diberikan secara elektronik melalui email sahaja. Di lain kali mungkin saya akan menyediakan juga versi cetak. Ebook ini diberikan secara percuma sehingga 3 Oktober 2012 sahaja. Fast Action, Fast Result !!


Kepada yang menjawab survey saya pada tempoh hari saya ucapkan ribuan terima kasih. Saya akan cuba mengaturkan perbincangan lanjut secepat mungkin. Saya mohon maaf sangat kerana agak lambat mengupdate perkembangan terkini. Walaupun tidaklah beraya sakan, namun masih terdapat tanggungjawab lain yang perlu diselesaikan :)

Ok selain itu, saya ingin menguar-uarkan bahawa pada 18-19 Disember 2012 ini akan diadakan satu seminar gaharu kebangsaaan yang akan diadakan di Universiti Putra Malaysia. Program 2 hari ni sangat-sangat padat dengan ilmu pengetahuan dan sudah pasti anda akan bertemu mata dengan insan-insan yang telah lama menceburi dalam bidang ini. Apa lagi, inilah masanya anda memanjangkan networking anda. Kenal mengenali antara satu sama lain. Dari situlah kita akan dapat bekerjasama menjayakan industri gaharu ini. 

Maklumat lanjut anda boleh layari : http://nationalgaharu.blogspot.com

Anda juga boleh terus menghubungi saya untuk maklumat lanjut :)

Ok, akhiri entri pada hari ini dengan mengucapkan salam kemerdekaan juga buat semua. Ohhh, entri kali ini menggabungkan beberapa topik berbeza --> raya + ebook + seminar + hari merdeka !! Hehe...

Kepada yang email untuk dapatkan ebook anda, paling lewat anda akan dapat pada hari jumaat memandangkan hari ini sehingga khamis saya akan ke Kota Kinabalu. Kalau berkesempatan saya akan email dari sana. Jika tidak, saya akan uruskan semuanya selepas pulang ke sini. InsyaAllah.

Salam Aidilfitri dan Kemerdekaan,
Aminah Saad