Professorial Lecture

Labels:

Assalamualaikum wbt,

Pada hari ini saya telah menyertai satu Program Syarahan Utama yang disampaikan oleh Prof Dr Ku Halim Ku Hamid di UiTM, Shah Alam yang bertajuk " Enhancing The World Fragrance Through Malaysian Bio-Gaharu". Program bermula pada pukul 9.30pagi di mulai dengan bacaan doa pembuka majlis. Keadaan dewan dipenuhi hadirin daripada industri, pensyarah dan juga pelajar. Dewan Annexe juga harum dengan bau gaharu yang telah dibakar.


Syarahan oleh Prof Dr Ku Halim dimulakan dengan pengenalan gaharu dan maklumat-maklumat penting berkaitan dengan gaharu. Penyampaian yang bersahaja diselangi dengan lawak jenaka menjadikan hadirin terus bersemangat untuk mendengar segala input yang ingin disampaikan oleh Prof Dr Ku Halim. Pembentangan yang merangkumi penerangan berkenaan perladangan gaharu, integrasi, tisu kultur, inokulasi, pasaran dan juga pembajaan secara organik disampaikan dalam masa lebih kurang sejam setengah secara jelas dan padat.

Acara kemuncak bagi program ini ialah pelancaran inokulan 4-Moon Booster dan juga MOU antara UITM dan juga syarikat Southern Farm Valley Sdn Bhd bagi kajian-kajian yang akan datang. Pembangunan produk 4-Moon Booster adalah kerjasama antara UITM dan juga Southern Farm Valley Sdn Bhd.



InsyaAllah, pada entri yang akan datang saya akan menulis tentang intipati ucapan Prof Dr Ku Halim secara lebih panjang lebar berkenaan beberapa isu yang disampaikan. Semoga sasaran yang telah ditetapkan hari ini untuk menjadikan Malaysia sebagai Bio-Gaharu Hub akan tercapai dengan kerjasama daripada semua pihak.
Terima kasih kepada Prof Dr Ku Halim yang bersemangat waja dalam membangunkan industri gaharu di Malaysia dengan menjalankan penyelidikan bagi membantu meningkatkan industri gaharu ini. Semoga para penyelidik lebih bersemangat dalam menyumbang sesuatu kepada masyarakat seterusnya Negara yang tercinta.

Sekian, jumpa lagi pada entri akan datang.

Ikhlas,
Aminah Saad

Comments (0)

Post a Comment