KOSMO! Edisi Niaga SELASA 18 JANUARI 2011
SHAH ALAM - 4 Moons Booster, produk terbaru yang merangsang pengeluaran minyak kayu gaharu dengan lebih banyak tanpa menggunakan bahan kimia telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa.
4 Moons Booster adalah basil ciptaan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Ku Halim Ku Hamid bersama penuntut Fakulti Kejuruteraan Kimia universiti berkenaan selama 18 bulan.
Produk tersebut merupakan campuran pelbagai tumbuhan dan mesra alam sekitar. Minyak gaharu selain dijual sebagai minyak yang tulen, ia juga turut digunakan untuk industri pembuatan minyak wangi atau minyak atar.
Ku Halim menjelaskan, sejak memasuki pasaran empat bulan lalu, produk itu telah menarik minat ramai pengusaha kayu gaharu di Indonesia, Vietnam dan Timur Tengah untuk pembelinya.
Sebelum ini, proses untuk menghasilkan minyak gaharu akan mengambil masa di antara lapan sehingga 12 bulan. Bagaimanapun, dengan menggunakan produk ini, pengu¬saha akan dapat menuainya dalam jangka masa empat bulan dan minyak yang dihasilkan juga lebih banyak daripada proses sebelum ini.
“Sebelum ini, penghasilan teras gaharu yang bernilai tinggi hanya dapat diperoleh selepas dua tahun cecair ini disuntik ke dalam pokok berkenaan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis memeterai perjanjian persefahaman (MoU) di antara UiTM dengan Southern Farm Valley Johore Sdn. Bhd. (Southern Farm Valley) di sini baru-baru ini.
Pemeteraian MoU itu bertujuan untuk membolehkan Southern Farm Valley memasarkan produk 4 Moons Booster dengan lebih berkesan di seluruh negara. Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UiTM, Prof. Datuk Dr. Abdullah Mohamad Said dan Pengarah Urusan Southern Farm Valley, Mohd. Ali Amir Batcha.
Selain itu, Ku Halim menjelaskan, pada masa sekarang kebanyakan pengusaha kayu gaharu menggunakan kaedah menyuntik bahan kimia pada batang pokok tetapi ia telah menyebabkan pokok mudah mati dan akhirnya ia tidak akan menarik minat pelabur.
Semoga industri gaharu kita semakin berkembang dan mampu bersaing diperingkat antarabangsa.
Ikhlas,
Aminah Saad
Comments (0)
Post a Comment