Kesan 17 Disember 2010

0

Labels:

Assalamualaikum wbt,

Update result suntikan di Kelantan (17 Disember 2010). Gambar pada 23 Januari 2011. Team suntikan akan pergi membuat pemantauan pada 4 Februari dan saya akan mengemaskini maklumat berdasarkan kesan suntikan terbaru yang akan diperolehi.




Saya mohon maaf kerana semakin kurang dan lambat saya mengemaskini blog ini. Agak sibuk namun insyaAllah saya akan cuba juga untuk membahagikan masa untuk menulis di sini. Saya mengalu-alukan sebarang cadangan topik yang anda rasa wajar dibincangkan disini atau yang anda rasa ingin tahu. Emailkan kepada aminahsaad@gmail.com.

Selamat Bercuti !!

Salam Hormat,
Aminah Saad

Six Gaharu Tree Saplings Donated To UBD

0

Labels:

Bandar Seri Begawan - Gaharu has been increasingly recognised as one of the potential resources to be exploited for industrial diversification activities in Brunei.

To date, native Gaharu woods has long made their way to other countries to make products including luxury fragrances, but unfortunately Gaharu has never been exploited in Brunei. Gaharu tree is also one of the protected fauna and flora in Brunei.

Now, Bruneians are beginning to understand its commercial value and it has started to be one of the popular cottage industries in the country.

Gaharu Berjaya Resources yesterday donated six Gaharu tree saplings to Universiti Brunei Darussalam.

Gaharu Berjaya Resources said the aim of the donation is to introduce the importance of Gaharu in terms of its preservation to faculty staff and undergraduate students at the university. It is listed as one of the protected wild fauna and flora in the country and also under CITES (Convention on International Trade in Endangered Species), to which Brunei is a member.

"Other than generating commercial income from planting the trees, we are also indirectly preserving the Gaharu from extinction, as some of our Gaharu trees that grow in the wild in Brunei are stolen by irresponsible people," a representative from Gaharu Berjaya Resources said.

"With the donation, we hope the people would understand the importance of preserving it and be attracted to grow Gaharu to save the tree from extinction." -- Courtesy of Borneo Bulletin

Serangan Atteva Sciodoxa

2

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Beberapa entri sebelum ini secara berturut-turut saya banyak menyentuh berkenaan inokulan yang akan disuntik kepada pokok karas bagi pembentukan teras. Secara spesifiknya saya memperkatakan tentang inokulan hasil ciptaan Prof Ku Halim bersama-sama Southern Valley Sdn Bhd iaitu 4-Moon Booster. Nampaknya, begitu ramai yang berminat terhadap isu ini kerana ia merupakan faktor penting dalam penghasilan teras.

Namun begitu, dalam keghairahan kita memperkatakan tentang inokulan ini, kita sepatutnya turut memandang isu-isu lain yang juga penting dalam memastikan usaha yang dijalankan mencapai tahap yang diinginkan. Tanpa pertumbuhan pokok karas yang baik, pasti hasil yang akan diperolehi juga tidak seperti yang diharapkan. Penjagaan dan pengurusan ladang yang baik dapat menyumbang kepada hasil yang baik.

Pada hari ini, saya ingin menyentuh tentang satu permasalahan yang mungkin dihadapi oleh sesetengah penanam gaharu iaitu serangan "ulat harimau" atau secara saintifiknya dikenali sebagai Atteva Sciodoxa. Saya mendapat maklumat bahawa serangan ulat harimau ini boleh menyerang pokok karas dan menghabiskan daunnya dalam masa yang singkat. Ulat harimau ini memang sering menyerang pokok yang ditanam secara perladangan seperti pokok tongkat Ali juga. Jika hal ini tidak dapat dibendung, maka usaha yang dilaburkan akan sia-sia.

Saya sendiri tidak mengalami permasalahan serangan ulat harimau ini, namun begitu atas pertanyaan saya cuba mencari penyelesaian kepada permasalahan ini. Semoga sedikit sebanyak ia boleh mengurangkan kekusutan yang melanda para penanam gaharu ini.




Kaedah Mengatasi 

1. Semburkan menggunakan Malathion.
2. Jika ingin menggunakan kaedah organik, boleh semburkan dengan cecair serai wangi. Namun, ia tidak mampu untuk menghapuskan ulat harimau ini. Ia hanya menghalau ulat ini, jadi pemantauan yang lebih kerap perlu dilakukan.

Harap cadangan ini dapat membantu mereka yang sedang menghadapi permasalahan ini. Terima kasih kepada En Harun atas perkongsian gambar.

Sekian, terima kasih.

Salam Hormat,
Aminah Saad

4-Moon Booster Lagi

0

Labels: ,




KOSMO! Edisi Niaga SELASA 18 JANUARI 2011

SHAH ALAM - 4 Moons Booster, produk terbaru yang merangsang pengeluaran minyak kayu gaharu dengan lebih banyak tanpa menggunakan bahan kimia telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa.
4 Moons Booster adalah basil ciptaan Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Ku Halim Ku Hamid bersama penuntut Fakulti Kejuruteraan Kimia universiti berkenaan selama 18 bulan.

Produk tersebut merupakan campuran pelbagai tumbuhan dan mesra alam sekitar. Minyak gaharu selain dijual sebagai minyak yang tulen, ia juga turut digunakan untuk industri pembuatan minyak wangi atau minyak atar.

Ku Halim menjelaskan, sejak memasuki pasaran empat bulan lalu, produk itu telah menarik minat ramai pengusaha kayu gaharu di Indonesia, Vietnam dan Timur Tengah untuk pembelinya.

Sebelum ini, proses untuk menghasilkan minyak gaharu akan mengambil masa di antara lapan sehingga 12 bulan. Bagaimanapun, dengan menggunakan produk ini, pengu¬saha akan dapat menuainya dalam jangka masa empat bulan dan minyak yang dihasilkan juga lebih banyak daripada proses sebelum ini.

“Sebelum ini, penghasilan teras gaharu yang bernilai tinggi hanya dapat diperoleh selepas dua tahun cecair ini disuntik ke dalam pokok berkenaan,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis memeterai perjanjian persefahaman (MoU) di antara UiTM dengan Southern Farm Valley Johore Sdn. Bhd. (Southern Farm Valley) di sini baru-baru ini.
Pemeteraian MoU itu bertujuan untuk membolehkan Southern Farm Valley memasarkan produk 4 Moons Booster dengan lebih berkesan di seluruh negara. Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UiTM, Prof. Datuk Dr. Abdullah Mohamad Said dan Pengarah Urusan Southern Farm Valley, Mohd. Ali Amir Batcha.

Selain itu, Ku Halim menjelaskan, pada masa sekarang kebanyakan pengusaha kayu gaharu menggunakan kaedah menyuntik bahan kimia pada batang pokok tetapi ia telah menyebabkan pokok mudah mati dan akhirnya ia tidak akan menarik minat pelabur.

Semoga industri gaharu kita semakin berkembang dan mampu bersaing diperingkat antarabangsa.

Ikhlas,
Aminah Saad 

Professorial Lecture

0

Labels:

Assalamualaikum wbt,

Pada hari ini saya telah menyertai satu Program Syarahan Utama yang disampaikan oleh Prof Dr Ku Halim Ku Hamid di UiTM, Shah Alam yang bertajuk " Enhancing The World Fragrance Through Malaysian Bio-Gaharu". Program bermula pada pukul 9.30pagi di mulai dengan bacaan doa pembuka majlis. Keadaan dewan dipenuhi hadirin daripada industri, pensyarah dan juga pelajar. Dewan Annexe juga harum dengan bau gaharu yang telah dibakar.


Syarahan oleh Prof Dr Ku Halim dimulakan dengan pengenalan gaharu dan maklumat-maklumat penting berkaitan dengan gaharu. Penyampaian yang bersahaja diselangi dengan lawak jenaka menjadikan hadirin terus bersemangat untuk mendengar segala input yang ingin disampaikan oleh Prof Dr Ku Halim. Pembentangan yang merangkumi penerangan berkenaan perladangan gaharu, integrasi, tisu kultur, inokulasi, pasaran dan juga pembajaan secara organik disampaikan dalam masa lebih kurang sejam setengah secara jelas dan padat.

Acara kemuncak bagi program ini ialah pelancaran inokulan 4-Moon Booster dan juga MOU antara UITM dan juga syarikat Southern Farm Valley Sdn Bhd bagi kajian-kajian yang akan datang. Pembangunan produk 4-Moon Booster adalah kerjasama antara UITM dan juga Southern Farm Valley Sdn Bhd.



InsyaAllah, pada entri yang akan datang saya akan menulis tentang intipati ucapan Prof Dr Ku Halim secara lebih panjang lebar berkenaan beberapa isu yang disampaikan. Semoga sasaran yang telah ditetapkan hari ini untuk menjadikan Malaysia sebagai Bio-Gaharu Hub akan tercapai dengan kerjasama daripada semua pihak.
Terima kasih kepada Prof Dr Ku Halim yang bersemangat waja dalam membangunkan industri gaharu di Malaysia dengan menjalankan penyelidikan bagi membantu meningkatkan industri gaharu ini. Semoga para penyelidik lebih bersemangat dalam menyumbang sesuatu kepada masyarakat seterusnya Negara yang tercinta.

Sekian, jumpa lagi pada entri akan datang.

Ikhlas,
Aminah Saad

Suntikan Inokulan Ladang I

1

Labels:

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Agak lama saya tidak menulis di sini kerana agak sibuk (walaupun telah berazam untuk selalu mengemaskini blog :P). Pada hari ini, saya tidak berniat untuk menulis panjang. Mood untuk menulis tiada, jadi saya hanya ingin berkongsi gambar-gambar suntikan menggunakan inokulan 4 Moon Booster pada pokok berusia 3 tahun di ladang. Gambar menunjukkan kesan mengikut peringkat. Suntikan ini telah berusia lebih kurang 3 bulan.







A : Kulit pokok karas yang telah dibuang pada awal permulaan suntikan inokulan. Jadi kawasan tersebut menunjukkan warna yang lebih gelap iaitu kesan ubat inokulan telah digunakan.
B : Kulit pokok dibuang sedikit lagi pada bulan berikutnya agar kesan tersebut tersebar kepada bahagian tersebut juga.
C : Kulit pokok yang baru dibuang.
* Kesan boleh dilihat dengan jelas berdasarkan warnanya. 

Sesi lawatan En Harun dan sahabatnya untuk melihat kesan suntikan inokulan yang digunakan.

Saya rasa setakat ini sahaja perkongsian buat hari ini. Kepada sesiapa yang menyertai program " Enhancing the World of Fragrance Through Malaysian Bio-Gaharu" yang akan berlangsung pada hari Rabu ini, jumpa di sana ya !!

Ikhlas,
Aminah Saad

Projek resin gaharu sekitar Bakun dilancar

0

Labels:

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) dengan kerjasama Asap Koyan Development Community (AKDC) akan melaksanakan projek peningkatan sosioekonomi sekitar empangan Bakun untuk menghasilkan resin gaharu, yang berjumlah kira-kira 20,000 pokok dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata AKDC ditawar geran projek Community InnoFund (CIF) sebanyak RM300,000 oleh Mosti untuk melaksanakan fasa pertama melalui pembangunan kemudahan ekstraksi produk gaharu dan aplikasi teknologi inokulasi pokok karas.

"Agensi Nukleur Malaysia telah dilantik sebagai agensi pelaksanaan bagi memantu teknologi inokulasi penghasilan resin yang dibangunkan bersama rakan kerjasamanya dalam projek CIF ini," katanya dalam satu kenyataan di Kuching.

AKDC adalah sebuah pertubuhan yang berperanan bagi menstrukturkan penempatan semula penduduk asal Belaga dan menjaga hal ehwal sosioekonomi masyarakat, khasnya berkaitan isu pembangunan empangan Bakun.

CIF merupakan satu geran yang diperuntukkan oleh Mosti bagi membantu masyarakat akar umbi atau komuniti di Malaysia dalam pembangunan dan peningkatan produk, proses serta khidmat berinovasi selain mempunyai nilai ekonomi yang berupaya meningkatkan kualiti kehidupan komuniti.

Dr Ongkili dijadual melancarkan projek itu pada 11 Jan di Belaga, bahagian Kapit, yang mempunyai penduduk daripada beberapa kumpulan etnik sperti Kenyah, Kayan, Punan, Penan, Kajang dan Tanjung.

Beliau berkata kawasan yang akan ditenggelami air itu merangkumi keseluruhan kawasan sumber ekonomi utama masyarakat tempatan Belaga, termasuk sumber makanan dan sumber hasilan hutan bernilai tinggi seperti gaharu.

Dalam pembangunan empangan berkenaan, yang akan ditenggelami air pada 2013, sebuah tasik berkeluasan 695 kilometer persegi dan berkedalaman 228 meter dari aras laut akan dibangunkan.

--Bernama