Pray for MH370

0

Labels: ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,


Pastinya ramai yang sedang mengikuti tentang perkembangan kehilangan pesawat MH370 yang begitu menyedihkan seluruh rakyat Malaysia, dan dunia juga. Kehilangan yang menimbulkan 1001 persoalan disetiap fikiran. Saya juga memang mengikuti perkembangan ini baik melalui televisyen atau pun internet. Kadang kala atas sebab kesibukan, saya hanya mengikuti melalui media sosial. Namun agak kecewa dengan pelbagai persepsi dan andaian bukan-bukan yang dilontarkan. Menulis tidak berasas dan mungkin mengguris hati pelbagai pihak yang membaca. Walaupun tiada saudara mara atau rakan rapat yang terlibat, kadang kala saya pula emosional dengan tulisan-tulisan tersebut. Namun, saya berharap dan berdoa yang terbaik utk seluruh krew dan penumpang MH370.

Memang keadaan sekarang agak sibuk. Di tambah pula sekarang saya perlu berulang alik juga dari Trolak ke Shah Alam. Walaupun agak penat tetapi buat masa ini, inilah pilihan yang terbaik. InshaAllah, mudah mudahan Allah berikan saya bantuan. Yang susah menjadi mudah, Yang jauh menjadi dekat. Alhamdulilah, diberikan pembantu yang sangat boleh diharap (buat masa ini), saya rasa kurang sedikit bebanan yang ditanggung. Walaupun baru 20% kerja-kerja diserahkan kepadanya, namun saya lebih lega. Allah hantarkan saya bantuan di saat saya betul-betul rasa memerlukan. Di saat saya rasa sangat down dan penat sangat menguruskan banyak perkara. Walaupun kadang kala orang nmpk mcm saya tak buat apa (eh ye ke?) tetapi banyak sangat urusan yang perlu diselesaikan. Penat secara fizikal, mental dan emosi. Haha.

Ada suatu petang tu, kerana terlalu lah penat berurusan daripada pagi sampai rasa nak menangis. Eh memang dah nangis pun. Waktu tu memang saya rasa down sangat. Saya doa ada orang datang bantu saya. Sebab waktu tu saya dah tak larat sangat-sangat. Tapi dalam masa yang sama, saya terus motivasi diri untuk siapkan kerja-kerja tersebut. Dalam kepenatan sambung memandu ke Trolak. Alhamdulilah saya di anugerahkan satu keadaan yang mudah untuk menenangkan hati sendiri. Pujuk-pujuk hati gitu. Lepas tu Ok dan akan bersemangat kembali. Sampai rumah mengadu jap dekat mak lepas tu Ok lah. Esok boleh kerja balik dengan happy.

Bukan senang nak berjaya kan??

Kalau sesuatu tu senang nak dapat mesti semua orang dah berjaya kan. Jika perjalanannya tak susah mesti ramai yang dah sampai ke destinasi. Ada yang dah hampir ke destinasi pun boleh berpatah balik. Tambahan saya yang masih jauh lagi perjalanan. Namun saya nampak dengan jelas destinasi saya. Cuma saya tak pasti ia ambil masa berapa lama lagi. Kalau ikut sasaran saya, tahun 2015 tahun kejayaan saya. Haha. Kadang-kadang saya ni terlebih semangat, tapi bila saya tak bersemangat pula lagi teruk kot dari orang lain. Kesian sungguh.

Eh, apa la saya merepek ni. Sebenarnya dulu saya ada blog personal yang saya selalu jadikan tempat meluahkan perasaaan marah, tertekan, geram dan sebagainya. Pendek kata lebih banyak yang negatif daripada yang positif. Sampaikan ada seorang kawan baik saya ckp " Eh min dah berubah la, dulu banyak cite emo2, sedih2, geram2, marah2 dsb". Sekarang tulis formal je ( Cuba anda bayangkan jika ini kawan saya ckp formal, dulu entah macam mana la lagi kan...). Disebabkan saya dah tak boleh tulis kat blog tu, jadi sy tulis la sikit2 luahan perasaan saya tu disini. Hihi :P

Oklah, sebenarnya saya nak update berkenaan dengan Gaharu Tourism yang saya iklankan tempoh hari. Saya mohon maaf kerana saya upload picture yang lama dengan tarikh yang lama. Sebenarnya tarikh yang baru ialah 28 Mac sehingga 1 April 2014 ini. Disebabkan line di Trolak tidaklah berapa Ok jadi saya tidak boleh nak update blog. Bila balik ke Shah Alam , urusan dari pagi smpi lewat petang sampai rumah dah rasa nak tidur je. Tetapi di facebook memang saya dah maklumkan hujung bulan feb tu lagi. Harap-harap kepada yang berkelapangan pada tarikh tersebut boleh la join program ini ye. InshaAllah, banyak manfaat yang akan diperolehi.

* pada borang ini ada kesilapan pada tarikh iaitu 28 Mac- 1 April 2014




Oklah, saya nak kena sambung lagi kerja-kerja lain. Harap ada beberapa kerja penting dapat saya siapkan malam ni. #pray4MH370 #pray4aminah

p/s : Update PENGHARUM disini http://pengharummalaysia.blogspot.com/2014/03/dialog-industri-gaharu-2014.html

Update 24 Februari 2014

0

Labels: ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Rindunya pada blog. Ada tak yang rindu pada saya? Haha. Perasan. Kerana aktiviti yang sangat padat pada bulan Februari ini maka saya tidak berkesempatan untuk menulis di blog. Sedangkan banyak benda yang saya nak berkongsi dengan semua. Kalau la ada orang nak tahu.

Pada 13-19 Februari 2014 yang lepas saya ke Guangzhou & Hainan, China sekali lagi. Ada beberapa urusan yang perlu saya selesaikan. Alhamdulilah, segalanya berjalan lancar walaupun dalam keadaan yang sangat-sangat sejuk. Cik Aminah memang lah jenis clumsy sehingga lupa nak bawa baju sejuk. Walau dah buat check list still ada yang terlupa. Ohh, Im getting old so early :(



*keliling tasik ni semua tanam pokok gaharu. Subhanallah, sangat-sangat lah cantek :)

*Masih daku yang paling kurus :(

Tanggal 14 Februari 2014 juga merupakan usia Gaharu Lestari yang ke-3. Alhamdulilah syukur atas kekuatan dan kesabaran yang dikurniakan selama ini. Walaupun masih belum ditahap yang membanggakan orang lain, but I'm proud of myself. Semoga tahun yang akan datang ini akan lebih berjaya dan memberi manfaat kepada lebih ramai orang di luar sana. Saya selalu pegang prinsip, the more you give the more you get.


Saya yakin dengan keazaman yang kuat, mimpi boleh menjadi kenyataan. Walaupun dengan begitu banyak halangan, alhamdulilah masih diberikan kekuatan untuk bertahan. Kadang-kala bila rasa give up, saya selalu teringat orang-orang sekeliling yang perlu saya bantu. Barulah muncul semula semangat dan kekuatan diri. Pulang dari China ni pun, kerja bertali arus dengan banyaknya. Saya dah rasa macam nak collapse. InshaAllah, esok saya akan interview seseorang untuk mambantu urusan-urusan di pejabat. Sebelum ini, saya rasa saya masih boleh handle, hanya ada pekerja-perkeja di kebun. Mudah-mudahan Allah berikan saya pembantu yang bersemangat tinggi, amanah, jujur dan menepati masa. 

Sekarang saya berlintas langsung dari kampung. Saya sedang setup tempat untuk satu projek RAHSIA. Minggu depan saya cerita. Bukanlah rahsia sangat, tapi belum boleh beritahu. Tolong doakan saya berjaya. Tolong doakan saya bertahan. Oppss sebelum terlupa saya nak update satu program terbaru anjuran Gaharu Lestari & Gaharu Plaza berkenaan dengan Gaharu Tourism. Program ini akan berlangsung 5h 4m khas untuk sahabat2 dari Indonesia. Namun begitu masih terbuka untuk semua rakyat Malaysia. Alhamdulilah walaupun saya baru iklankan di blog, kita telah mendapat pendaftaran penyertaan. Ada yang dari Malaysia dan Indonesia, 



Ok, buat masa ini itu sahaja update terbaru. Hehe. Sebenarnya banyak lagi nak tulis tapi macam banyak kerja lain sedang menanti. InshaAllah saya akan update lagi minggu depan tentang projek RAHSIA.

Wslm.

Aminah Saad

Limau di Kebun Gaharu Saya

0

Labels:







Mesyuarat Agung PENGHARUM 2014

2

Labels:

Assalamualaikum kepada semua,

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina kepada semua sahabat handai yang menyambutnya. Dan selamat bercuti juga kepada semua yang sedang bercuti. Gunakan masa yang berharga ini untuk keluarga anda.

Ada beberapa yang bertanya berkenaan dengan Mesyuarat Agung PENGHARUM 2014 yang baru berlangsung pada 26 Januari 2014 yang lepas. Untuk pengetahuan semua, segala perkembangan berkenaan dengan PENGHARUM akan saya kemaskini di blog pengharum :

http://pengharummalaysia.blogspot.com



InshaAllah segala aktiviti yang akan dijalankan pada tahun ini akan dikemaskini secara tetap bagi memudahkan semua ahli untuk menyertai. Saya jemput semua yang telah menjadi ahli untuk Follow/Subcribe blog PENGHARUM agar tidak ketinggalan dengan program-program yang akan dilaksanakan. Blog juga LIKE fanpage PENGHARUM. Kepada yang belum menjadi ahli jemput2lah menjadi ahli. InshaAllah kita akan bersama-sama menjayakan PENGHARUM untuk industri gaharu di Malaysia.


Dalam apa jua perkara yang kita lakukan, melakukan secara berjemaah adalah pasti lebih baik. Kita tidak akan berjaya jika bergerak sendirian. Apatah lagi dalam industri yang serba mencabar ini, mungkin kita kuat untuk menghadapinya seorang diri namun sejauh manakah kita boleh pergi jika kita melangkah seorang diri?? Walaupun PENGHARUM menghadapi pelbagai cabaran dan kelihatan tenggelam timbul, namun saya dapat rasakan tahun ini kita akan bangkit semula dan memperbaiki segala kelemahan. Dan saya sangat mengharapkan sokongan, kritikan membina, nasihat, dorongan, kata-kata semnagat daripada setiap individu yang terlibat dalam industri ini. Lets be the ocean together :)


Wassalam.

Menghormati Nilai Masa Orang Lain

0

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Jumaat buat semua,

Semoga kita dapat memulakan pagi Jumaat ini dengan lebih bersemangat, yakin dan juga penuh kesyukuran. Tanpa menghargai setiap masa yang Allah kurniakan kepada kita, pasti ia akan berlalu begitu saja tanpa di manfaatkan dengan sebaiknya. Ya Allah, jauhkanlah kami dari menjadi hambamu yang rugi.


Selain menghargai masa yang Allah kurniakan kepada kita, pastikan kita juga menghormati nilai masa orang lain. Janganlah kita menganggap hanya masa kita sahaja berharga. Adatlah terlewat sekali dua, namun jika pertemuan yang diatur kerap berakhir dengan pembatalan di saat akhir saya rasa bukanlah suatu yang beretika. Walaupun kita hanya berurusan dengan orang yang tidak penting, apabila kita sudah berjanji maka cubalah sedaya mungkin untuk menepati. Jika kita sangsi untuk berjanji, janganlah berjanji kan?

Menjadi orang kecil dan tidak dihargai memang sangat menyakitkan hati. Namun bagi saya, orang yang berjaya ialah orang yang mampu berkomitmen apabila menyatakan sesuatu. Jika beberapa kali pembatalan dilakukan pada saat akhir TANPA notis, diam tanpa berita maka disitu kita mendapat kesimpulan bahawa orang tersebut bukanlah orang yang wajar kita berurusan. Biarpun digembar gembur orang tersebut hebat serata alam. Kita juga punya MASA berharga yang perlu dihormati. InshaAllah setakat ini saya sentiasa cuba  yang terbaik untuk menghormati masa orang lain. Tolong ingatkan saya jika saya terlupa.

Buangkanlah perkataan "Janji Melayu" dalam kamus hidup kita. Malu saya rasa dengan perkataan tersebut. Kerana segelintir manusia yang tidak menepati janji, maka keseluruhan bangsa itu dilabel sedemikian rupa. Memang tidak adil kan. Kerana misterinya perkataan tersebut, kita lebih suka melewatkan sesuatu temujanji demi tidak mahu menjadi orang yang awal datang. Rugi masa datang awal dan terpaksa menunggu yang lain. Jika berterusan begini maka tidak akan majulah kita. Kelewatan dengan alasan yang wajar mungkin boleh dimaafkan namun manusia memang bijak mencipta alasan yang WAJAR kan sehingga sampai bila pun sentiasa nampak kewajaran datang lewat.

Mulalah terapkan dalam keluarga kecil kita untuk setiap individu menghormati masa di antara satu sama lain. Kebiasaan itu akan menjadikan ia sesuatu tabiat yang inshaAllah akan diterapkan pada generasi yang akan datang. Mainkan peranan sendiri. Tidak perlu mengubah dunia , ubahkan perlahan-lahan dalam lingkungan kecil kita dahulu. Pekerja kita. Rakan-rakan perniagaan kita. Pelanggan dan bakal pelanggan kita. Dan masa yang terurus dengan baik di dalam organisasi (syarikat) pasti memberikan pulangan yang lebih baik. Keuntungan bukan sahaja dikira dari segi wang ringgit, penjimatan masa juga merupakan satu keuntungan yang tidak ternilai.


Peringatan ini untuk diri saya sendiri. Semoga lebih menghargai masa yang tidak boleh dinilai oleh apa pun.

Salam Jumaat,
Aminah Saad

Wordless Wednesday

0

Labels:








Mesyuarat Agung Tahunan PENGHARUM 2014

0

Labels:

Perhatian buat semua ahli PENGHARUM atau yang berminat untuk menjadi ahli anda di jemput untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PENGHARUM 2014. Semoga dengan kehadiran anda dapat menyumbang dan meningkatkan industri gaharu di Malaysia. 


Jumpa anda di sana !!