Gaharu Sumber Alam Yang Bernilai Tinggi

Labels:

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Diberikan kesihatan yang baik dan diberikan kekuatan menghadapi segala ujian yang datang. Selalunya jika kita bercakap tentang gaharu semuanya akan terbayangkan teras dan juga pokok gaharu itu sendiri. Ada yang tidak tahu berkenaan dengan minyak Gaharu tetapi teras dan pokok gaharu adalah sangat sinonim.


Walaupun ramai yang begitu sinonim berkenaan teras dan pokok gaharu namun masih ramai yang keliru tentang kejadiannya. Bagi kebanyakkan orang tanam gaharu automatik ada gaharu didalam pokok tersebut. Kerana begitulah yang berlaku di dalam hutan. Pencari kayu gaharu masuk ke hutan dan mencari kayu gaharu dengan menebang pokok-pokok tersebut. Bagi yang bukan pencari gaharu mereka tidak tahu bahawa bukan semuanya pohon-pohon gaharu ini ada "isi". Dengan bilangan pokok yang semakin berkurangan, lagilah semakin sukar untuk menemui pohon gaharu yang berisi. Kadang kala pencarian memakan masa yang begitu panjang, hasilnya tidak seberapa, kerana itulah semakin hari harganya semakin mahal.


Namun begitu, dengan kewujudan perladangan gaharu gap kekurangan sumber bahan ini bakal terisi. Walaupun bukanlah sehebat kayu daripada hutan yang terjadi melalui proses puluhan mahupun ratusan tahun, namun begitu hasil daripada perladangan masih dapat mengisi kekosongan ini. Namun masih terdapat banyak rungutan dan keluhan daripada petani bahawa perladangan gaharu tidak semudah yang disangka. Ia menuntut begitu banyak kesabaran dan ketabahan. Mana ada benda mudah kan. Luarannya nampak mudah namun apabila dua kaki sudah berada dalam industri ini barulah terasa segala onak dan duri.

Harga gaharu semakin naik tetapi kita masih gagal mendapatkan harga yang bersesuaian dengan penat lelah kita selama ini. Susah payah kita bermula sejak kita membuat keputusan untuk menanam gaharu, membuat pembelian pokok, menanam, menjaga, membaja, menyuntik dan sebagainya. Apabila hasil ingin di tuai kita tidak mendapat harga yang sewajarnya kerana dikatakan harga bagi gaharu perladangan adalah tidak laku/murah. Benarkah ??

Ada benar dan tidaknya pernyataan tersebut. Secara turun temurun, gaharu diniagakan atas dasar suka sama suka. Jika buyer suka dengan kayu tersebut, dan kita bersetuju dengan harga yang ditawarkan maka berlakulah transaksi tersebut. Jadi bila berurusan gaharu, selalu penjual akan berkata kepada pembeli " anda ingin membeli kayu ini dengan harga berapa?". Pelik kan. Sesetengahnya pun tidak tahu harga yang sewajarnya ditawarkan kepada pembeli. Kadang kala ia pun berlaku kepada saya kerana faktor "tradisi", jadi terikut-ikut dengan kaedah tersebut.

                                    

Namun begitu, berlainan jika di Thailand. Penjual lebih transparent dengan harga yang mereka kehendaki (berdasarkan pengalaman saya setahun jagung). Contohnya seperti di atas, harga bagi kayu diatas ialah USD 1950 = + RM 8000/kilo. Take it or leave it. Mereka sangat yakin dengan produk yang mereka hasilkan. Mereka mengajar pembeli untuk ikut standard harga yang telah mereka tetapkan sehingga sampai satu saat pembeli sudah tahu standard harga sepertiu yang mereka tetapkan. Pembeli dari Arab semestinya sering mencari hasil-hasil gaharu daripada hutan dan akhirnya menyatakan bahawa gaharu daripada ladang adalah tidak bernilai/tidak boleh dijual. Tunggulah sehingga tiada lagi hasil-hasil hutan yang boleh diperdagangkan, pastilah gaharu hasil daripada ladang menjadi pilihan untuk menggantikan sumber yang tiada. Bagi saya, gaharu daripada ladang juga mempunyai kualiti yang sangat baik dan semestinya lebih konsisten berbanding gaharu yang diperolehi daripada ladang. InshaAllah, suatu masa nanti gaharu ladang akan menjadi sumber utama jual beli. Itu saya yakin.

Mungkin ada yang bertanya kenapalah harga bagi kayu sehingga begitu mahal sekali. Macam tak masuk akal kan. Orang sanggup berhabis duit untuk memilikinya. Terutama bagi collector. Tapi bagi saya, setiap bidang/industri pasti ada kegilaan begitu. Membayar sesuatu dengan harga yang luarbiasa. Contohnya bagi wanita tidak dapat dipisahkan dengan pelbagai jenama beg tangan. Ada yang ratusan, ribuan, puluh ribu sehinggan ratus ribu. Seperti Beg Tangan Hermes Birkin, pelanggan sanggup membayar sehingga ratusan ribu dan sanggup menunggu sehingga 2 tahun untuk mendapatkan beg tersebut. Dan bag collector juga menyatakan investment pada hermes birkin adalah lebih baik daripada membeli emas kerana nilainya meingkat 500% dalam tempoh 10 tahun. Bagi orang yang tidak ambil tahu berkenaan industri fesyen, perkara ini mesti adalah sesuatu yang gila. Lebih baik beli rumah kan daripada hanya sebuah beg tangan. Kiki. Tetapi itulah kenyataannya. Seperti juga gaharu. Yang bezanya, gaharu digunakan selalu oleh masyarakat Arab dan permintaannnya sentiasa ada.

Jadi anda dan anda dan anda, mulalah menanam gaharu sekarangg. InshaAllah tak rugi. Berbudi pada tanah pasti anda tidak akan menyesal. Nak lagi jimat, beli anak pokok sekarang dengan harga tak masuk akal murah gila RM 4.00 utk pokok 3 kaki. Stok terhad. Untuk clearkan Nursery dan masukkan pokok baru untuk musim buah akan datang. Terima kasih kepada pembeli bijak yang merebut peluang ini. Kadang kala peluang datang sekali, jangan menyesal dikemudian hari.

Oklah, sampai sini dahulu perkongsian saya. Moga berjumpa lagi di masa akan datang.

Salam Sayang,
Aminah Saad

Comment (1)

Info lebih lanjut Penyuntikan tanaman/inokulan silahkan hub. 085640657365
BBM 54b87d79

Post a Comment