Inovasi Gaharu

Labels:


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,


Saya baru balik daripada Program Inovasi anjuran Felda di Felda Lubuk Merbau, Kedah. Alhamdulilah program yang nampak simple pada awalnya namun saya mendapat begitu banyak maklumat yang boleh saya aplikasikan dalam perniagaan Gaharu ini. So pada hari ini saya ingin berkongsi sedikit dengan pembaca semua berkenaan inovasi, walaupun nampak macam agak akademik tetapi sebenarnya ilmu ini amatlah bermanfaat kepada semua. Jadilah seorang yang kreatif dan berinovasi. Program ini dikendalikan oleh para penceramah dari Putra Science Park, UPM. Terima kasih Dr dan Prof yang memberikan perkongsian pada program tersebut.




Cuba kita relatekan inovasi dengan industri gaharu. Untuk makluman semua, inovasi ialah ciptaan, teknologi, teknik atau proses baru terhadap sesuatu perkara. Inovasi adalah ciptaan yang memberikan impak kepada sesuatu perkara. Dalam industri Gaharu kita sendiri, masih terlalu banyak perkara yang boleh kita tambah baik. Tidak semestinya kita menggunakan satu teknologi yang paling baharu dengan kos yang tinggi, sebaliknya dengan hanya beberapa langkah tambahan mungkin akan meningkatkan hasil atau mengurangkan permasalahan sedia ada.


Jom kita buat latihan sikit. Manalah tahu kita akan dapat idea yang lebih baik untuk meningkatkan pengeluaran.


1) Masalah 1 : Proses memasak minyak Gaharu mengambil masa yang agak lama (3-5 hari)

Cadangan menyelesaikan masalah :
1) Menggunakan teknologi memasak yang lebih cepat.
2) Menambahbaik kaedah memasak
3) Proses grind kayu
4) Proses perendaman kayu

Daripada cadangan penyelesaian masalah tersebut, kita senaraikan dan search berkenaan hal tersebut melalui pembacaan bahan-bahan bacaan berkenaan. Pecahkan secara lebih details cadangan penyelesaian permasalahan tersebut.

1) Menggunakan teknologi memasak yang lebih cepat
- Pengubahsuaian dapur
- Guna elektrik
- Ada pengaduk elektrik automatik
- Basket memasukan bahan mentah ke dalam dapur
- Bahan untuk membuat dapur

2) Menambahbaik Kaedah memasak
- Masak dalam kuantiti tertentu
- Gunakan kaedah stim

3) Proses Grind Kayu
- Grind kayu basah
- Saiz kayu grind yang bersesuaian
- Jenis kayu yang hendak di grind
- Pemilihan kayu yang hendak di grind

4) Proses perendaman kayu
- Tempoh rendaman
- Penggunaan bakteria pengurai yang membantu memecahkan minyak dengan lebih cepat
- Tong rendaman
- Sumber air rendaman

Ok ini contoh latihan inovasi kita. Idea ni kadang-kala kita dapat ketika sedang lepak-lepak dengan kawan atau sambil minum secawan kopi Gaharu. So sentiasa sediakan buku nota kecil untuk mencatat idea-idea ini. Daripada situ barulah dikembangkan dengan cara sokongan daripada pembacaan kita. Dalam tempoh 2 hari program tersebut saya dapat 5 idea inovasi baru Gaharu yang mungkin boleh dikembangkan. Bila dah ada idea barulah buat brainstorm. Support dengan jurnal dan artikel. Kajian-kajian yang hampir dan sebagainya. Lepas ni kalau ada idea kita dah boleh start memcatat. Jika biarkan ia dalam minda sahaja, inshaAllah idea tu akan hilang dan susah untuk dikembangkan kepada yang lebih baik.


Dalam industri Gaharu ini, kita lebih banyak terikat dengan kaedah tradisional. Susah hendak "think outside the box" kerana persepsi dan cara menjalankan perniagaan tersebut masih tradisional. Harga kita masih terikat dengan pembeli yang menentukan harga. Kita penjual seolah-olah tiada kuasa menentukan harga. Sedangkan barangan itu barangan kita. Kita boleh tetapkan satu standard yang mana pihak pembeli pula yang perlu ikut. Gred pun begitu juga. Bagaimana kita hendak menghasilkan produk dengan kualiti yang konsisten, cepat dan dapat dijual dengan harga yang baik. Perkara ini semua tidak mustahil kerana jika kita banyak berfikir dan membaca, dan berkawan dengan orang-orang berilmu nanti kita akan dapat jawapannya.

Selain kaedah-kaedah di atas, jika anda buntu mencari penyelesaian cuba kita buat sesuatu diluar bidang kita. Contohnya hujung minggu ni jom kita bercamping sambil memancing, membaca tentang ilmu-ilmu senibina atau mungkin cuba membuat resepi baru untuk hidangan ahli keluarga. Jangan paksa diri untuk berfikir dan terus berfikir. Tenangkan fikiran dan kita akan dapat idea yang lebih fresh. Lagi satu, banyakkan mengembara. Lihat dunia luar. Sekarang ni tiket pun bukanlah terlalu mahal kan? InshaAllah jika kita rancang lebih awal banyak kita dapat jimatkan.


Ok, jom sambung buat kerja. Banyak ni program tergendala gara-gara pergi Pekan Baru melawat datuk dan juga program ni.

Sekian.

Puan Aminah Yang Excited Sokmo

Comments (0)

Post a Comment