Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,
Macam tak percaya dah hampir sebulan lebih saya tidak menulis apa-apa di sini. Dan yang lagi tak percaya ini entri pertama untuk tahun 2016. Oiii dah dekat habis bulan 2 tau. Hihi. Bukannya tak cuba menulis, kalau tulis pun memang semuanya masuk ke draft. Memang mood menulis ke laut dalam. Nak timbul punyalah susah. Haha. Ya..saya masih dalam industri ni. Masih setia pada Gaharu. Ramai ingat saya dah invisible dari industri yang agak mencabar ketabahan ni. Sebenarnya, skrg sy lebih banyak tumpukan perkara-perkara secara indoor. Pokok-pokok gaharu pun agaknya dah rindu pada saya. Ye lah, bila dah bekeluarga aktiviti saya adjust ikut keperluan. Saya kurangkan travel yang tidak perlu. Hanya atas urusan perniagaan/keluarga sahaja. Nampaknya memang dah tak ada jalan-jalan gaharu. Alhamdulilah saya dh puas berjalan sebelum ni.
So sempena entri pertama ni saya pun rasa blur nak tulis pasal apa. Pasal Gaharu semua orang dah pandai. Kursus pun banyak. Antara lalu pergi dengan tak je. Saya pun dah jarang sangat join program kan. Tak pelah, mungkin inilah medium yang masih ada untuk saya terus berhubung, berkenalan dan menyumbang ilmu kepada anda-anda diluar sana.
Rasanya hari ni saya nak berkongsi berkenaan lebat kelulut. Penternakan lebat kelulut. Saya tak mahir bab ni tetapi saya suka share something yang saya baru tahu tambahan pula ia merupakan sebahagian daripada perniagaan GLR juga. So take it or leave it. Ilmu ni kalau kita kongsi lagi bertambah-tambah manfaatnya. Tu yang best tu. Buat masa ini, kami mengeluarkan produk 100% madu kelulut asli. Belum diolah begitu begini. Yang tulen sahaja.
Memandangkan kebun GLR gabungan beberapa pokok ( Kelapa Mataq, Gaharu dan Herba) maka adalah sangat sesuai untuk membuat penternakan madu kelulut ini. Ada sumber makanan yang cukup. Lebah ini juga membantu pendebungan pokok-pokok disekitarnya. Kelapa lebih lebat buahnya. Alhamdulilah. Ia juga tidak merbahaya kepada penternak. Cuma ketika hendak sedut madu dari sarangnya kenalah pakai baju khas kelulut untuk mengelakkan ia menganggu proses menyedut madu.
Sumber-sumber batang yang dihuni oleh kelulut ini boleh diperolehi daripada orang-orang asli yang mencarinya di dalam hutan. Jika kita ingin ternak untuk makan sendiri, cukuplah membeli satu set rumah kelulut sahaja. Anda boleh biakkan sendiri bagi memperbanyakkan lagi lebah kelulut dan madu tersebut. Maybe bila saya rajin nanti boleh la saya update langkah demi langkah untuk buat rumah kelulut ni. Kalau malas buat sendiri boleh beli terus daripada Gaharu Lestari ye. Hihi. Selepas sebulan dan boleh ambil madu untuk digunakan anda sekeluarga. Itupun kena buat tempahan dulu sebab sumber adalah agak terhad. Kami juga menerima tempahan untuk baju kelulut. Free size. Fit S- XXL. Harga RM 60.
Macam tak percaya dah hampir sebulan lebih saya tidak menulis apa-apa di sini. Dan yang lagi tak percaya ini entri pertama untuk tahun 2016. Oiii dah dekat habis bulan 2 tau. Hihi. Bukannya tak cuba menulis, kalau tulis pun memang semuanya masuk ke draft. Memang mood menulis ke laut dalam. Nak timbul punyalah susah. Haha. Ya..saya masih dalam industri ni. Masih setia pada Gaharu. Ramai ingat saya dah invisible dari industri yang agak mencabar ketabahan ni. Sebenarnya, skrg sy lebih banyak tumpukan perkara-perkara secara indoor. Pokok-pokok gaharu pun agaknya dah rindu pada saya. Ye lah, bila dah bekeluarga aktiviti saya adjust ikut keperluan. Saya kurangkan travel yang tidak perlu. Hanya atas urusan perniagaan/keluarga sahaja. Nampaknya memang dah tak ada jalan-jalan gaharu. Alhamdulilah saya dh puas berjalan sebelum ni.
So sempena entri pertama ni saya pun rasa blur nak tulis pasal apa. Pasal Gaharu semua orang dah pandai. Kursus pun banyak. Antara lalu pergi dengan tak je. Saya pun dah jarang sangat join program kan. Tak pelah, mungkin inilah medium yang masih ada untuk saya terus berhubung, berkenalan dan menyumbang ilmu kepada anda-anda diluar sana.
Walaupun dah tahun 2016, tapi saya tetap gemuk :(
Rasanya hari ni saya nak berkongsi berkenaan lebat kelulut. Penternakan lebat kelulut. Saya tak mahir bab ni tetapi saya suka share something yang saya baru tahu tambahan pula ia merupakan sebahagian daripada perniagaan GLR juga. So take it or leave it. Ilmu ni kalau kita kongsi lagi bertambah-tambah manfaatnya. Tu yang best tu. Buat masa ini, kami mengeluarkan produk 100% madu kelulut asli. Belum diolah begitu begini. Yang tulen sahaja.
Pembungkusan lama 250ml. Sekarang semua dalam pembungkusan 300ml harga RM 80.
Batang yang dihuni oleh lebat kelulut
Sumber-sumber batang yang dihuni oleh kelulut ini boleh diperolehi daripada orang-orang asli yang mencarinya di dalam hutan. Jika kita ingin ternak untuk makan sendiri, cukuplah membeli satu set rumah kelulut sahaja. Anda boleh biakkan sendiri bagi memperbanyakkan lagi lebah kelulut dan madu tersebut. Maybe bila saya rajin nanti boleh la saya update langkah demi langkah untuk buat rumah kelulut ni. Kalau malas buat sendiri boleh beli terus daripada Gaharu Lestari ye. Hihi. Selepas sebulan dan boleh ambil madu untuk digunakan anda sekeluarga. Itupun kena buat tempahan dulu sebab sumber adalah agak terhad. Kami juga menerima tempahan untuk baju kelulut. Free size. Fit S- XXL. Harga RM 60.
Mamat hensem tengah buat demo sedut madu kelulut lengkap dengan baju kelulut.
Proses menyedut madu kelulut dari sarangnya
Saya yang awalnya tak berapa ambil tahu dh mula belajar sikit-sikit berkenaan kelulut ni. Bukan apa, kadang-kadang bila kita asyik fikirkan pasal gaharu pun memang jadi ting tong juga. Sekali sekala rehatkan minda dengan perkara-perkara yang berbeza.
Nah ambil ni gambar anak pokok gaharu siapa yang rindu sangat..Tengok puas-puas kejap lagi kita sambung kelulut lagi :)
Aktiviti mengenalkan alam kepada anak-anak sedaraku yang comel-comel
Sebenarnya ini entri santai bergambar berkenaan kelulut. Mungkin next entri saya akan buat secara lebih teknikal jadi kepada sesiapa yang berminat untuk terlibat boleh terus aplikasikan. Hasilnya boleh dituai dalam tempoh 3 bulan (jika yang belum ada kaloni lagi). Jika dibeli dari kami, inshaAllah dalam tempoh sebulan dah boleh kutip hasilnya. Kami juga menerima tempahan untuk pembelian madu kelulut secara pukal. Boleh emailkan kepada gaharulestary@gmail.com untuk mendapatkan quotation harga. Anda boleh buat pembotolan dan penjenamaan sendiri. Pihak GLR juga menerima tempahan untuk OEM madu kelulut. Bermula daripada sumber bahan mentah sehingga ke pembotolan. Design pembungkusan bolehlah sama-sama kita bincangkan. Bila dah menulis kan rasa macam susah nak berhenti. Kiki. Ok lah, rasanya sampai sini dulu. Berjumpa lagi di entri akan datang :)
Seronok sauk ikan sampai ada yang jatuh kolam..Haha :)
Ok semua. Bye-bye. Doakan saya dapat setelkan semua urusan-urusan gaharu saya. Pening juga kepala den ni...
Puan Aminah
Comments (0)
Post a Comment