Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,
Semoga dalam keadaan sihat dan ceria selalu. Saya alhamdulilah sihat selalu. Biasalah bila duduk dengan mak makanan terjaga jadi saya semakin gemuk. Terima kasih mak. I love you :)
Ok kembali ke tajuk entri hari ini. Siapakah Pembeli Kayu Gaharu? Hmm, ramai yang mencari pembeli kayu gaharu kan. Tetapi daripada pengamatan saya masih ramai yang tidak faham apa yang ingin dijual. Ok, jom saya buat penerangan sedikit. Ini daripada pengalaman saya lah ye. Pengalaman dan pengetahuan orang lain mungkin berbeza.
" Salam Cik, saya ingin menjual gaharu? Berapa harga gaharu?"
Soalan berkonsep begini antara yang paling banyak saya terima. Susah sebenarnya nak menjawab sebab terlalu umum. Gaharu ini ada pelbagai jenis. Tetapi yang orang tahu gaharu itu mahal. Harganya puluhan ribu malahan ke ratusan ribu. Tak ramai yang tahu ada kayu gaharu yang berharga hanya RM 5. Bila dari harga pun dah terlalu banyak bezanya, maka sudah tentulah terdapat banyak perbezaan antara gaharu-gaharu tersebut. Saya sendiri pun akui saya tidak mahir hal yang satu ini. Kebanyakkan otai-otai yang mahir pengelasan kayu gaharu ini terlibat dalam industri gaharu bukannya sekejap, tetapi memakan masa puluhan tahun. Keluar masuk hutan. Menjelajah ke sana sini. Barulah ilmu tersebut sebati didalam diri. Saya yang setakat setahun jagung ni lagilah kurang mahir.
Ok, daripada satu baris soalan tersebut boleh diterjemahkan kepada banyak benda. Ada yang maksudkan gaharu tersebut ialah Pokok Karas. Memang kebanyakkan maksudkan pokok karas. Pokok karas tanpa suntikan. Pokok karas yang ditanam atau pun liar. Kebanyakkan bertanya untuk menjual pokok gaharu/karas ini begitu saja. Ramai yang salah faham mereka menganggap Gaharu = Pokok Gaharu/Karas. Sedangkan ia perkara yang berbeza.

Gaharu
(Gaharu Cip, Agarwood Chips)
Sumber : Google
VS
Pokok Gaharu
(Pokok Karas/ Depu)
Lokasi : Bangkok, Thailand
Ia memang adalah 2 perkara yang sangat berbeza. Dan harganya pun memang berbeza. Gaharu terdapat di dalam pokok karas atau depu tersebut. Tidak semua pokok karas mengandungi gaharu. Sebab itulah pokok tersebut perlu di suntik terlebih dahulu supaya gaharu boleh terbentuk. Pokok karas/depu yang tiada pembentukan gaharu bernilai rendah manakala gaharu adalah hasil daripada pokok karas/depu yang bernilai tinggi. Rasanya boleh faham tak penerangan saya ini? Kadang-kala saya rasa serba salah bila ada yang ingin menjual gaharu (yang sebenarnya dia maksudkan pokok gaharu) pada harga yang sangat tinggi. Sebab katanya pokok ini sudah sebesar pemeluk dan tentulah harganya mahal. Jika pokok tersebut sudah berisi "gaharu" memang wajarlah dibeli pada harga yang mahal. Tetapi perlulah diambil kira kos-kos lain juga.
Tafsiran kedua bagi soalan di atas ialah gaharu yang dimaksudkan ialah kayu minyak. Yang ini sebenarnya konsep pemahaman tu tak salah cuma yang salah apabila harga kayu minyak di samakan dengan harga teras. Tidak dapat di nafikan kayu minyak juga berbau wangi apabila dibakar kerana ia sudah mempunyai minyak. Tetapi bukan sekadar bau yang menentukan harga gaharu tersebut. Saya pernah berkongsikan berkenaan gred kayu gaharu di sini. Walaupun gred yang saya kongsikan sebelum ini berdasarkan gred daripada kayu secara semulajadi namun ia masih boleh dijadikan rujukan walaupun tidaklah 100% tepat. Dan daripada gred sebelum ini saya rasa harga sudah jauh berubah. Ini kerana sumber kayu yang diperoleh secara semulajadi adalah sangat terhad dan sukar untuk diperolehi.
Contoh kayu minyak untuk pemprosesan Pati Minyak Gaharu
Ada yang ingin menjual kayu minyak dengan harga RM 500 dan ke atas. Jika harga kayu minyak sudah RM 500 ke atas berapa pemproses minyak gaharu hendak menjual minyak. 12kg boleh menghasilkan anggaran 1 tola. Jika harga pasaran setola minyak gaharu RM 500. Kalau sumber kayu sahaja RM 6000 ? Seperti yang pernah saya tulis sebelum ini harga bagi kayu minyak adalah anggaran RM 5 - RM 100 sahaja. Namun begitu, bagi syarikat kecil saya hanya membeli kayu minyak berharga dalam lingkungan RM 5-10 sahaja sekilo. Ini kayu yang dihantar oleh pencari kayu. Ada juga sesetengah pihak yang memasak kayu yang berkualiti dan bernilai tinggi, tetapi pastilah kayu yang dibeli juga setaraf dengan harga yang ditawarkan.
Kadang kala, sebelum membuat sebarang pembelian pembeli akan meminta gambar awalan terlebih dahulu bagi menganggarkan jenis gaharu yang ingin ditawarkan oleh pembeli. Namun begitu, itu tidak bermakna transaksi tersebut akan berjaya kerana gambar dan realiti adalah sangat berbeza. Kdg kala mmg ada gambar yang di edit semata-mata untuk menunjukkan kualiti gaharu tersebut bagus. Tetapi apabila berjumpa 4 mata, barulah terbongkar bahawa gaharu yang ditawarkan adalah tidak seperti yang di gambarkan. Macam cara dan kaedah yang digunakan bagi pembeli dan juga penjual. Ada juga bila kita dah setuju dan gaharu A tetiba bila berjumpa cakap yang A dah jual tinggal yang B. Hmm, macam-macam :)
Sebenarnya banyak lagi yang saya nak tulis tetapi nanti saya sambung lagi ye. Kita cerita karenah dan trick pembeli gaharu pula. Cuma entri kali ini saya nak tekankan sebelum kita cari pembeli gaharu kita perlu faham dulu apakah yang ingin kita jual.
Terima Kasih.
Wassalam.