Gaharu Trip & Pusat Pengumpulan Produk Gaharu

Labels: , ,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,

Minggu lepas adalah antara minggu yang agak pack dan memenatkan bagi saya. Namun syukur alhamdulilah saya berjaya menghabiskan minggu lepas dengan baik walaupun agak kelam kabut. Gaharu Tourism yang terpaksa dibatalkan telah diganti dengan lawatan kumpulan kecil. Saya harap mereka yang terlibat berpuas hati dan mendapat manfaat daripada segala yang dikongsikan, tempat yang dilawati dan juga kursus pengenalan PENGHARUM yang dihadiri.






Kursus Pengenalan Gaharu Anjuran PENGHARUM dan Bio Benua Sdn Bhd pada 30 Mac 2014.





Selain itu, saya juga ingin memaklumkan kepada semua Gaharu Lestari Resources telah membuka Pusat Pengumpulan & Pengedaran Produk berasaskan Gaharu bertempat di Trolak, Sungkai. Kepada yang berminat untuk mencuba produk-produk gaharu yang terdapat di pasaran anda boleh menghubungi pihak kami. Untuk pembelian secara online, laman web shopping masih dalam pembinaan. Anda boleh ke PAGE Gaharu Lestari Resources untuk mendapatkan maklumat berkenaan produk-produk ini.

* Pusat Pengumpulan & Pengedaran Produk Gaharu ini baru beroperasi sebulan setengah. Mudah-mudahan segalanya lancar.

Antara contoh produk-produk yang terdapat di kedai kami ialah : -






Oklah, saya rasa setakat ini dulu. Saya memang rasa macam blur je tak tahu nak tulis apa. Memang nak share gambar sahaja.

Sekian. Babai :)

Comments (0)

Post a Comment